Langkau ke kandungan utama

Antara Sebab Aku Benci Politik Malaysia

Ini antara sebab saya bencikan politik di Malaysia. Ramai yang kononnya fikir mereka betul telah memperbuat tipu daya yang melampau demi kelangsungan politik mereka. Saya sangat-sangat tidak bersetuju dan sekerasnya mengutuk tindakan mereka yang menggunakan pendekatan menghina-dina orang lain.

Saya pernah diminta untuk menjadi wakil pemuda satu parti politik yang berpengaruh di Malaysia, namun saya tolak. Saya tahu, sekali saya melangkah ke alam politik Malaysia, pasti nanti nak keluar akan terpalit banyak kotoran yang berbaur hanyir, hatta diri telahpun kata ..."Aku dah bersara".
Antara Sebab Aku Benci Politik Malaysia
Ada kata, kena masuk politik untuk perjuang bangsa dan agama. Mungkin ada betulnya. Tapi melihat keadaan dan senario yang cukup parah dalam arena politik Malaysia, bagi saya ia seperti memasukkan diri ke dalam lembah yang menarik diri untuk berbuat himpunan dosa-dosa; walaupun sebenarnya bukan niat asalnya.

Saya bukanlah penyokong mana-mana parti politik di Malaysia ini. Ya, saya anggap diri saya lalang, tapi lalang yang bukan menyemak laman, tetapi lalang yang tumbuh untuk berikan lembu-lembu makan; yang akhirnya lembu-lembu itu dimakan pula oleh manusia-manusia yang kononnya ada prinsip dalam politik.

Menyiar dan menyebar, apatah lagi membuat fitnah durjana dengan kemahiran dan ilmu diberikan atas kurniaan Allah S.W.T adalah mereka yang tidak tahu bersyukur. Hari ini mungkin boleh gelak tawa berdekah-dekah, esok lusa, entah-entah orang yang ditebar fitnah, caci-maki itu juga yang akan bacakan doa segera sembuh dan pulih, mohon Allah S.W.T belas kasih.

Tolonglah.

Tolonglah jangan jadi diri sebegitu sedemikian rupa. Ada ilmu, gunakan untuk tujuan yang lebih baik dan lebih afdal.

Anda seorang ahli politik, ada konco-konconya; tolong tarbiyah mereka supaya jangan lakukan perkara yang akan merosakkan peribadi diri anda, dan lebih-lebih lagi, jangan sampai Allah S.W.T memandang anda dalam keadaan murka di akhirat kelak.



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…