Komisen dari Lazada Malaysia - Dapat juga beberapa sen daripada program affiliate Lazada Malaysia ini. Walaupun ramai kata komisen diberikan sangat rendah dan kecil, tapi bagi saya, di mana ada peluang buat duit online walaupun nilainya tak seberapa, harus dicuba dan dicuba. Kena pelbagaikan sumber income online terutama dari blog.

Ini merupakan antara sumber income online yang boleh anda gunapakai menerusi blog. Lazada Malaysia ada program affiliate yang bagus. Bagus kerana setiap bulan, setiap minggu .. malah setiap hari ada sahaja tawaran menarik yang diberikan. Jika anda rajin, anda boleh dapat komisen lebih banyak dan lebih baik.

Komisen Dari Program Affiliate Lazada Malaysia

Komisen Dari Lazada Malaysia

Saya dapat komisen affiliate dari Lazada Malaysia tak banyak, tapi alhamdulillah, boleh buat pembayaran bil-bil mana yang patut. Zaman sekrang, semua benda nak kena duit. Guna jalanraya kena duit, guna tandas kena duit, nak keluarkan duit kat bank pun kena duit ... jadi camner? Maka, penyelesaian adalah dengan pelbagaikan sumber pendapatan yang ada.

Salah satu caranya ialah mengetahui cara untuk buat duit dengan blog.

Komisen dari Lazada Malaysia adalah salah satu cara buat duit dengan blog. Sebab Lazada ada program affiliate. Saya dah banyak kali sebut dan cerita dalam blog ini mengenai program affiliate. Pada yang tak jelas, affiliate bukan skim cepat kaya, bukan MLM, bukan skim menipu. Menjadi seorang ahli affiliate, bermakna anda menjadi agen pemasaran. Anda promosi, orang beli; anda akan terima komisen. Dan paling bagus sekali, anda tidak perlu bayar sesen pun untuk mendapatkan komisen yang dijanjikan.

Belajar Mudah Mengenai Affiliate

Masih lagi tak faham mengenai affiliate? Ok, saya syorkan anda rujuk dua pautan yang saya sediakan di bawah ini.

Selain Lazada Malaysia, ada banyak lagi sumber-sumber jana income menerusi affiliate. Ada program dari luar negara, ada program tempatan, ada yang berikan komisen RM100, ada yang berikan komisen RM25, malah ada yang berikan 70% daripada hasil jualan!

2 Cara Jana Income Affiliate

Affiliate pula ada dua cara income dijana; iaitu dari program PPL (Pay-Per-Lead) dan PPS (Pay-Per-Sale).

Bab PPL dan PPS pun saya telah ceritakan kepada anda. Dan ada yang saya tunjukkan income yang telah berjaya saya buat dari kedua-dua program tersebut. Bayangkan betapa mudahnya jana income menerusi affiliate ini sampai ada program yang komisen RM0.20 ... saya boleh dapat sehingga RM100 lebih dalam masa sebulan lebih!

Oklah. Saya dah cerita dan tunjukkan hasil komisen online saya terima dari Lazada Malaysia. Saya pun dah berikan pautan untuk anda mengetahui tentang Affiliate dan pemasaran Affiliate. Pilihan sekarang pada anda untuk jana income online menerusi blog menggunakan affiliate.

Cara Daftar Program Affiliate Lazada

Berminat nak daftar affiliate Lazada Malaysia tak?

Jika berminat, boleh daftar percuma di pautan ini - Program Affiliate Lazada Malaysia

Cubalah. Jika ada apa-apa nak tanya, jangan lupa add saya sebagai rakan Facebook anda.

Untuk lebih peluang mengetahui mengenai Affiliate; boleh join community di sini: Bisnes Online Tanpa Modal



19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow
    salam nak tanya bloglist anda ok ke
    bloglist anum hanya nampak satu shj

    BalasPadam
  2. dh dftr..tp msh blum mnunjukkan hasil..hehehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah langgan newsletter derang? lihat tawaran2 harian .. boleh buat entri khas untuk sehari .. macam advertorial la .. lepas sehari padamlah .. :P

      Padam
  3. nak cuba juga nie...mana tahu ada sumber rezeki kat situ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak cuba juga la..terimakasih sifu.jazakallah khairan

      Padam
  4. Tahniah, baru nak bermula dengan lazada ni.

    BalasPadam
  5. payah plak nak cari aff link produk nih.. adehh

    BalasPadam
  6. sedang berusaha gigih nak dapatkan komisen..setakat ni masih pasang umpan umpan yang patut..:P

    BalasPadam
  7. dah daftar dgn zalora,
    tapi sampi skarang x cuba2 lagi.
    blum ada masa lagi nk xplore.

    BalasPadam
  8. klu ada pluang bt duit..mmg nk dftar la..tak fhm ayat yg HH katakan 'boleh buat entri khas untuk sehari .. macam advertorial la .. lepas sehari padamlah .. :P'.. boleh x HH terangkan lg..

    BalasPadam
  9. Fuh....boleh cuba ni...terima kasih kerana berkongsi... :)

    BalasPadam
  10. Terima kasih berkongsi tips..
    saya baru nak berjimak-jinak ni..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement