Langkau ke kandungan utama

Blogger Hartanah AbangEnsem Undir Diri dan Jual Blog

Blogger yang hebat dengan perkongsian ilmu-ilmu hartanah akan undur diri dari bidang penulisan blog, dan dikhabarkan untuk jual blog kepada sesiapa yang berminat. Bukan setakat blog yang akan dijual, malah jenama AbangEnsem sendiri meliputi akaun Facebook juga akan dipindah-milik kepada sesiapa yang berminat. Blogger hartanah AbangEnsem akan undur diri.

Bertuah mereka yang pernah hadiri seminar hartanah murah berbaloi yang dianjurkan olehnya. Dan bertuah juga kepada mereka yang telah cedok segala ilmu yang dikongsikan di blog, Facebook dan ebook hasil pengalaman sebenar darinya.

Blogger Hartanah AbangEnsem Undir Diri dan Jual Blog

Alhamdulillah.

Saya telah berkesempatan berjumpa dengan blogger ini, yang memang ada karisma sangat hebat bila bercerita soal buat duit dengan hartanah. Malah, saya sendiri telah mendapatkan ebook-ebook hasil perkongsian ilmu hartanah kerana saya telah pun diberitahu akan niat awal blogger ini untuk berhenti berkongsi ilmu berkaitan hartanah.
Blogger Hartanah AbangEnsem Undir Diri dan Jual Blog
Baca ebook abang ensem berkaitan cara buat duit hartanah

Satu anjakan paradigma barangkali. Saya tahu pemilik blog AbangEnsem.com ini telah berjaya menunaikan hasrat awal pembabitannya dalam dunia blog Malaysia, iaitu memberikan tips terbaik berkaitan hartanah - cara memiliki rumah, cara mendapatkan pinjaman perumahan, cara untuk buat duit dengan hartanah dan banyak lagi. Semua ilmu tersebut ada yang telah dimasukkan ke dalam ebook-ebook hasil idea dan pengalaman sebenar beliau, dan ada yang dikongsikan di dinding Facebook.

AbangEnsem akan meneruskan projek peribadi dan syarikatnya, yang kini sudah semakin sibuk menguruskan banyak tawaran-tawaran lumayan. Arah tujunya sudah ada haluan baru, dan saya hormati keputusan tersebut.

Ebook Berkaitan Hartanah oleh AbangEnsem.com

Kemungkinan juga AbangEnsem akan tamatkan penjualan ebook-ebook berkaitan ilmu hartanah. Maka, di kesempatan ini, seandainya mahu dapatkan ilmu-ilmu tersebut, jangan lepaskan peluang mendapatkannya selagi ia masih lagi ditawarkan. Ilmu tak ternilai dari pengalaman bertahun-tahun  AbangEnsem dalam bidang hartanah.

Jika anda merasakan anda sudah cukup tahu tentang bagaimana nak jana income pasif dari sektor hartanah yang pesat membangun di Malaysia, maka jangan dapatkan ebook tersebut, tetapi seandainya anda mahu cedok segala ilmu yang ada dari pengalaman sebenar AbangEnsem, maka dapatkan segera menerusi pautan ini - Ebook-Ebook AbangEnsem Semurah RM30
Apa rugi dapatkan ilmu sebenar dari pengalaman sebenar yang berjaya buat duit ribu-ribu sebulan tanpa perlu bekerja keras pun... tak nak? Tak mengapa ... anda mungkin ada banyak duit untuk buat benda lain, ye tak?

Terima kasih kepada AbangEnsem.com yang selama ini berkongsi ilmu padat terbaik lagi memikat awek-awek satu Malaysia untuk mengetahui cara, tips serta rahsia dalam bidang hartanah. Saya pasti jenama AbangEnsem.com akan terus kekal selagi blog tersebut 'dihidupkan'.. in Sha Allah.

Saya sempat juga merasa AbangEnsem belanja makan Briyani bersama blogger hebat AriffShah.com



Sebenarnya cerita blogger +Abang Ensem nak undur diri dan jual blog ini dah lama, malah telah ada harga diletakkan - RM200K Untuk Miliki Blog AbangEnsem.com

Apa pendapat anda dengan pengunduran diri AbangEnsem.com dari dunia blog Malaysia? Atau anda sedang ada ura-ura untuk miliki blog AbangEnsem.com yang memang punyai pengaruh kuat dalam bidang hartanah di Malaysia?

 Jangan lupa miliki ebook-ebook mamat pink ini sebelum habis dimiliki oleh awek-awek yang kini semakin ghairah nak buat duit dengan hartanah, hasil didikan dan ilmu hebat dari AbangEnsem ... berminat? Dapatkan di sini - Ebook-Ebook AbangEnsem Semurah RM30

p.s: AbangEnsem juga salah seorang daripada ramai client saya yang telah menggunakan peluang Advertorial di blog ini... dan sangat berpuas hati apabila entri tersebut berjaya di rank #1 di Google!


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. waaa 200k...xmampu mokcik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuailah dengan jenama yang dah established

      Padam
  2. Hohohoho berganda2 harganyaa ...

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Sebenarnya memang hasrat dia nak jual, sbb bizi dengan urusan di MIRI ... nanti susah nak jumpa dia dah sbb mungkin tak duk Malaysia dah tu .. hehehe

      Padam
  4. hohohoho..harga blog 200k..!!

    BalasPadam
  5. terbaiklah AE. siapa berani dengan pakej RM200k dengan awek-aweknya sekali...heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. dapat awek sekali tu .. tak tahan punya tawaran

      Padam
  6. tak sesuai kalau nak beli blog tu..
    nama abangensem dah trademark tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab dah ada trademark la kena beli ... tak yah susah2 lagi nak promo .. macam Mark beli WhatsApp ...

      Padam
  7. pergh bersara tu. Fb pon nak jual. tak boleh dahla dapat tips percuma setiap hari

    BalasPadam
  8. Berbaloi abang ensem berpenat lelah naikkan brand! Tahniah!!

    BalasPadam
  9. Memang property taikun dengan website2 sekali dia jual, ni property maya baru orang nampak ada value dulu kurang orang nk jual website2 yang dah establish kan...

    BalasPadam
  10. alah.. jangan le bersara.. sifu HH pujuk la AE

    BalasPadam
  11. kalau sanggup boleh beli RM200k..pelaburan yang berpotensi tu!

    BalasPadam
  12. Wow...beruntung sapa beli blog abangensem tu..

    BalasPadam
  13. RM200K...memang hebat dan terbaik.. kalau dah ada nama, jual blog pun boleh sampai ratus riban..

    BalasPadam
  14. Kalau kawe take over terus jadi tak ensem lagi... adehhh.. Dari harga blog 200k jadi 200 jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepek2 bedok ttebal skit, ramai lagi terpikat tuh

      Padam
  15. 200k :) tak senilai ng ilmu yg akn dberi.
    Mcm mnee nk beli buku tu :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…