Bila Blogger Jelita Menjanda

Tajuk nampak kasar, bila blogger jelita dan terkenal menjanda. Sengaja saya tulis untuk tarik perhatian anda. Jika anda pengunjung baru, selamat hadir ke blog tidak seberapa ini. Jika anda seorang pengunjung yang dah biasa, jangan terbeliak mata membaca tajuk yang mengumpan ini. Bila blogger jelita menjanda, bukan cerita retorik yang dicipta, ia kisah benar ... sekadar menulis untuk menjadi ingatan dan pedoman buat semua, terutama blogger yang suka cerita bab keluarga dan personal di blog.

Bila Blogger Cantik Jelita Menjadi Ibu Tunggal

blogger cantik jelita dan terkenal bercerai
Bila blogger jelita menjanda, bukan benda baru pun. Ramai je yang alami situasi begini. Tak perlu saya nak sebut nama siapa-siapa blogger tersebut. Nanti aib jadinya. Bila aib, entri yang berunsur nasihat sudah menjadi tapak untuk menghimpun dosa. Elakkanlah.

Blogger yang menulis soal kekeluargaan, cerita rumahtangga, soal peribadi .. jika boleh cuba kurangkan kisah terlalu mendalam mengenai keluarga. Cuba jadi sedikit secretive. Saya pernah berbicara hal ini, terutama apabila mengaitkan akan keselamatan dan ketenteraman keluarga kita.

Blogger Jelita Terlalu Banyak Kisah Bersama dalam Blog

Saya lihat ramai blogger popular, terkenal yang tidak terlalu mendedahkan hal terlalu intim dalam kehidupan. Walaupun ada cerita mengenai anak, suami atau isteri ... ada ruangan lompong yang disengajakan. Dibiarkan misteri. Ramai je blogger yang tak tunjukkan siapa suami, siapa isteri .... kalau ada pun, itu disebabkan oleh pasangan dan anak-anak memang blogger yang diberikan pendedahan eksklusif di blog mereka.

Namun, rata-rata blogger yang dah dikenali ni, agak jarang nak paparkan gambar serta foto pasangan atau anak-anak. Ada memang ada, tapi terhad dan banyak yang buatkan jadi misteri.

Misteri bagus. Adakala juga tidak bagus. Bergantung. Saya dah ceritakan baik buruknya sebelum ini. Cubalah cari nanti ye ... :)

Bila blogger jelita menjanda ditulis disebabkan oleh satu permintaan yang telah saya terima menerusi Facebook. Blogger cantik dan jelita; sebelum ini memang nampak bahagia dan ceria, jika baca blognya ... akan nampak keseronokan berkeluarga dan punyai pasangan.

Blogger ini saya fikir ramai yang kenal. Memang popular. Memang cantik. Memang jelita. Pernah diberikan penghargaan dalam komuniti blogger Malaysia. Siapa dia? Itu biarlah menjadi misteri. Lama-lama, anda akan tahu juga. Lagipun tidak layak bagi saya nak cerita lebih-lebih, kerana ini merupakan kisah rumahtangga orang. Cuma entri ini ditulis kerana ada sebab yang mahu saya sampaikan.

Namun, panas yang disangka hingga ke petang, hujan turun di tengahari. Itu takdir dan ketentuan. Tak dapat nak elak, terpaksa terima hakikat rumahtangga yang dirasakan kukuh... hmmm .... ada anai-anai yang makan isi dalam kayu.
blogger cantik jelita dan terkenal bercerai

Tanggungjawab Sebagai Rakan Blogger Prihatin

Dah bercerita banyak dalam blog, ada gambar itu ini, terpaksa mohon jasa baik untuk tidak lagi dikenang, terpaksa buang segala gambar kenangan lalu. Hati dah kecewa, hati dah terluka .. nak ubati memang susah, jadi langkah yang perlu adalah hilangkan ingatan lalu yang mungkin buat parut kembali berdarah.

Nak tak nak, saya juga rasa brtanggungjawab apabila sebelum ini pernah mencoretkan kisah blogger jelita ini dalam blog. Maka, sebagai hormati permintaan, saya perlu cari entri tersebut, buang gambar samada di entri dan juga dalam album Picasa yang menyimpan foto-foto ini. Apatah lagi ia merupakan permintaan personal yang tiba di kotak inbox blog saya.

Saya hormat. Saya faham. Saya mahu blogger jelita yang sudah berstatus ibu tunggal ini untuk jalani kehidupan akan datang dengan lebih baik. In Sha Allah.

{ 9 comments.. read them below or add one }

reezluv reezluv May 08, 2014
jenuh nak track balik gambar-gambar yang sweet kat internet..sebab lepas manis..jadi pahit..payah gitu..:D
Bro hantu Bro hantu May 08, 2014
Yang ni banyak berlaku pada blogger blog personal. Sampai apa buat kat rumah pun nak pot... pet... Lepas share pulak kat FB, wechat, tweet, instagram.. mengalahkan artis pulak.. Kisah dalam rumah tu tak payah nak cerita sampai ke dalam blog.
Wafa Cw Wafa Cw May 08, 2014
Allahuakbar.... sedih jugak lah bila kenangkan kejadian macam tu boleh menimpa dia... nak buat macamana, macam yang biasa kita dengarlah... kita merancang, Allah swt juga merancang...tetapi yang terbaik adalah perancangan Allah... Sebab tu saya pernah 'tegaskan' dalam entri tip rumahtangga yang ianya semua atas kehendak Allah... nak bahagia boleh ikut tip, tapi Allah swt yang tahu, apa akhirnya rumahtangga kita..cuma salah satu tip dia..kena banyak-banyak berdoa minta ikatan suami isteri kita dikekalkan dan diberkati... kenangan lepas tak boleh hilang, asal nampak benda-benda berkaitan, akan teringat...tapi yang lepas tu lepas lah... insyaAllah Allah bagi kekuatan... Allahualam bissawab...

Bila cantik dan jelita, tu antara ujian Allah sebenarnya... Semoga rakan blogger kita tu tabahlah...
Mrs Velentine Mrs Velentine May 08, 2014
tak kenal tak bersimpati....semoga ada hikmah di sebaliknya
hafizmd hafizmd May 09, 2014
Kehidupan yg berputar2..moga tabah utk teruskan perjalanan
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 12, 2014
Apa nak buat, ada benda tak boleh nak dijangka dalam hidup, bila berlaku ... kena buat apa yang perlu melainkan jika diri dah redha akan ketentuan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 12, 2014
Ya betul tu bro, itu sbb perlu ada kekangan mengenai cara nak tulis entri berkaitan personal life dalam blog. Kena hati2 ... bukan setakat seperti apa yang saya tulis dalam entri ini, tetapi juga utk elakkan dari jadi mangsa jenayah
ctfand (ctfand.com) ctfand (ctfand.com) May 12, 2014
peringatan untuk saya juga.. moga beliau tabah menghadapi dugaan. terima kasih HH kerana berkongsi..
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah May 12, 2014
Peringatan utk CN gak supaya lebih secretive sbb org pompuan ni mmg suka bercerita,takut terlebih cerita,thanks utk peringatan ini :-D

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.