Pilih Kasih Sesama Blogger Malaysia

Wujudkah pilih kasih sesama blogger Malaysia? Ada blogger Malaysia terutama yang sedang berusaha untuk naik pernah beranggapan begitu. Malah, saya sendiri di awal-awal pembabitan serius dalam arena blogging pun ada terdetik mengenai perkara ini. Pilih kasih antara blogger yang ada nama dengan blogger yang baru nak naik ... macam serius sahaja, tapi benarkah ia berlaku?

Pertama sekali, tanggapan pertama tak selalunya benar. Adakala, maklumat yang tidak lengkap, sumber yang kurang adil menyebabkan kita sering menyimpulkan sesuatu dengan mudah. Kesilapan seperti ini sering saya buat ketika awal mencari tapak dalam dunia blog Malaysia.

Pilih Kasih Sesama Blogger Malaysia

Pilih kasih sesama blogger Malaysia

Kita nampak seolah ada pilih kasih antara blogger apabila seorang blogger popular A sering mempromosikan blog AD dan blog AK. Ada banyak backlinks diberikan kepada dua blog tersebut. Kalau dalam bab komen, komen-komen daripada dua blogger tersebut sahaja akan dibalas. Begitu halnya apabila di dalam media sosial Facebook. Blogger popular A seringkali bagi peluang pada blog AD dan blog AK. Ada sahaja nak dikaitkan.

Itu pandangan kasar. Dan itulah kesilapan saya menilai sesuatu. Maka, eloklah jangan ditiru.

Apa sebenarnya berlaku?

Ok, pertama sekali jika anda pernah membaca blogpost saya bagaimana mahu mempromosikan blog dalam dunia blog Malaysia, pasti anda sudah tahu. Inilah impak yang akan anda dapat jika anda bijak dan pandai mempromosikan blog anda. Inilah juga yang saya ceritakan mengenai soal blogwalking terpilih.

Tidak Wujud Soal Pilih Kasih

Tiada. Tiada soal pilih kasih sesama blogger. Tetapi apa yang berlaku ialah siapa yang pandai menonjolkan diri dalam perspektif positif, maka dialah yang akan ditonjolkan. Semua orang suka pada anda, dan tanpa masalah, baik blogger yang ada nama mahupun blogger baru akan bantu secara sukarela menaikkan blog anda. Ya, tiada pilih kasih!

Inilah yang telah berlaku pada blog ini satu ketika dahulu. Dipromosikan 2-3 kali oleh seorang blogger Malaysia yang cukup terkenal, sehingga melonjakkan nama blog ini dikenali ramai terutama di kalangan blogger baru.

Apabila blog ini sudah ada tapak yang kukuh, blogger terkenal itu beralih pula pada yang difikirkan menonjol dalam penghasilan sebuah blog terbaik untuk diikuti.

Cara Tonjolkan Potensi Sebagai Seorang Blogger

Bagaimana nak menonjolkan diri ini?

Ikhlas dan jujur dalam menyampaikan sesuatu di dalam blog. Bila ikhlas dan jujur, blogpost anda akan sendirinya mempunyai informasi, ilmu dan maklumat yang orang lain mahu tahu. Anda tidak lokek memberikan sesuatu yang anda telah anda tahu dan dapat manfaatnya kepada orang lain. Orang semua suka pada mereka yang murah memberi - konsep sedekah.

Pilih kasih sesama blogger tidak berlaku. Andai anda terfikirkan akan perkara ini berlaku, maka usahalah lebih lagi bagi menonjolkan blog anda, tetapi janganlah sehingga memperjudikan satu-satu isu hot yang nanti akan menghangitkan anda. Elakkan kontroversi dan lebihkan kepada memesrakan entri kepada semua. Bila orang suka ... maka orang akan pilih. As simple as that looo .. :P

In Sha Allah.

Update: Saya terbaca satu entri ini - Blogger Pilih Kasih Hanya Senaraikan Blog Otai Dalam Bloglist - ini luahan rasa seorang blogger yang menyifatkan berlaku pilih kasih dalam dunia blog Malaysia.

p.s: Fahami maksud apa itu pilih kasih. Dan bandingkan dengan pilih potensi.

{ 39 comments.. read them below or add one }

titan titan March 16, 2014
normal la tu. haha..
BM BM March 16, 2014
Otai pun tidak menafikannya... nak kata apa lagi, hehe
reezluv reezluv March 16, 2014
antara seorang blogger pakcik pakcik dengan sorang blogger gadis comel...mintak entri khas untuknya,...mana satukah menjadi pilihan blogger tersebut?hehee..ini juga boleh jadi salah satu perkara boleh buat pilih kasih..yeke?hahaa
therylisa nurul ain therylisa nurul ain March 16, 2014
Normal letew.. hihi. Nanti lama2 akan paham :)
Wafa Cw Wafa Cw March 16, 2014
hahahaha.. saya pilih buat tebal muka.. hahahaha... :D
ke macamana?
Wafa Cw Wafa Cw March 16, 2014
kat sekolah pon ada yang pilih kawan nak berkawan kan? :D
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad March 16, 2014
dulu masa awal2 berblogging, memang rasa macam tu juga. tapi, biasalah... adat berblogging ni sama macam dunia bisnes. siapa bijak, dia ke hadapan. Yang pasti, saya selalu buat muka tak malu singgah ke blog mereka yang dah hebat2 even ada yang tak jengah pun blog saya tu. Sebab dah faham, dunia blogging yang sebenar bila semakin hebat seseorang itu, semakin sukar beliau ke blog orang lain kecuali ada masa. Saya sendiri letak bloglist dalam blog personal saya orang2 yang hebat... :D Tapi saya ada blog khusus untuk bloglist saya :)
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad March 16, 2014
Dasat eh, 20 komen dah kat blog beliau tu. Secara tak langsung, sifu dah promote blog beliau. Bijak2... :)
Sukma Haron Sukma Haron March 16, 2014
Itu yg kita patut praktikkan untuk menonjolkan diri dlm berblog...walaupun blogger femes tak singgah kat blog kita tapi impak komen kita tu beri kesan pada blogwalking....
Norhasniza Khalid Norhasniza Khalid March 16, 2014
niat kena kena baik,.. itu sahaja, jangan mengharapkan balasan. kena usaha sendiri kan untuk menonjolkan blog..
terima kasih atas perkongsian hebat
rossaimi rossaimi March 16, 2014
Tak kira ada pilih kasih ke tak kalau ada masa aku blog walking.
Siti Anirah Azuri Siti Anirah Azuri March 16, 2014
Kadang2 rasa macam tu gak.. Tapi cuba branding diri melalui gaya penulisan sendiri..
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah March 16, 2014
perkara biasa semua tu..berlaku di mana-mana..yang penting niat dan cara kita..jangan terlalu mengharapkan sesuatu balasan..
Vee Sandi Vee Sandi March 16, 2014
berbalik pd sifat semulajadi manusia ... memang ada . sbb itu wujud istilah " blog sampah " daripada mereka ... ^_^
Zack Faran Zack Faran March 16, 2014
he he he ,,,,, ada pilih kasih ke ? tak boleh ke stand alone..?

Pilih kasih tu biasa le, sebab kita ni manusia.

Zack Faran Zack Faran March 16, 2014
blog saya hanya ada satu komen je... konfem tak pernah ada blogger femes yang baca. tapi peminat niche saya memang akan baca.
Mas Zull Mas Zull March 16, 2014
assalamualaikum hh...biasa la tu kalau ada yg pilih kasih juga...tapi sebenarnya kita juga perlu rajin menonjolkan diri agar mudah dikenali oleh semua blogger...:)
RDZ Z RDZ Z March 16, 2014
Kalau niat kita ikhlas pasti ada jalan..pilih kasih ni berlaku dimana-mana. kat Blog ni pun berlakukan..he..he. Tapi semua tu tak penting sebenarnya. Yang penting kena kena ada usaha sendiri untuk mempromosikan Blog masing-masing. Tak perlu terlalu mengharapkan orang lain untuk mempopularkan Blog masing-masing...
profhariz profhariz March 16, 2014
Lumrah seorang blogger picisan :)
Mia Liana Mia Liana March 16, 2014
memang ada blogger yang pilih kasih... tapi sudah tentu bukan mia orangnya hehehehe... ai is tak kisah punya..
kak ina kl kak ina kl March 16, 2014
kena pandai tonjolkan diri dan rajin rajinlah menggali ilmu blog ni yer kalau nak jadi hebat cam kamu ni
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 17, 2014
Ada sebab tu .. bukan main suka2 je ... :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 17, 2014
Tgk pada sebab dan tujuan. Kalau mahu blog ada PR bagus, maka kenalah rapat2 dengan blogger pakcik2 yang ada PR bagus, supaya melekat PR tu nanti... kalau blogger gadis comel, blog tak berapa nak mantap PR dan SEO ... tentulah si blogger A fikirkan sebab lain.
❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ March 17, 2014
takde maknanya nak pilih2...org yg selalu datang blog kita,komen kat entri kita,semestinya kita membalas kunjungan mereka..
Ujang9897 Ujang9897 March 17, 2014
jika ada rasa dengki timbul perasaan tu... tp bila muhasabah diri kita akan tau apa punca dan fikir mcm mana nk ke situ
Innanie Ariffin Innanie Ariffin March 17, 2014
sebagai manusia normal, berperasaan sebegitu memang biasa.

Tapi bak kata Abang HH, bijaklah menonjolkan diri sendiri. Bukan untuk fake, atau mengambil kesempatan. Sebab ada juga di kalangan blogger baru cuba untuk mendampingi blogger-blogger hebat dengan harapan mendapat tempias mereka.

Hahahah! Well, duni blogger ni bukan besar mana. Elakkan lah perasaan negatif dan cemburu, iri hati semua tu!

Lebih elok naikkan lagi skill kita menyampaikan sesuatu maklumat dengan berhemah dan dengan baik! :)

*sekadar pandangan
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 17, 2014
Zack Faran, ada ramai pembaca yang senyap lagi baik dalam sesetengah kes.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 17, 2014
Betul tu. Saya praktikkan dalam seni blogwalking saya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 17, 2014
Bila terlalu berharaplah jadinya kes seperti tajuk ini .. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 17, 2014
Heh, bagus ayat ni ... macam pernah ku tulis di mana-mana .. terima kasih Ieta sebab sentiasa berikan sokongan kat blogger picisan seperti saya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 17, 2014
Kita kena bijak ambil peluang. Bila peluang diberikan, terus sahaja manfaatkan bagi kebaikan blog sendiri.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 17, 2014
Saya ada berikan banyak cara untuk kita promosikan blog tanpa harapkan orang lain terutama blogger popular.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 17, 2014
Ya betul tu. Sepatutnya hasad dengaki dan fikirkan benda negatif tak patut berlaku.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 17, 2014
Ya, satu proses jangkapanjang yang sepatutnya ramai blogger tahu ...
Bro Framestone Bro Framestone March 17, 2014
Maaf jika gua pilih kekasih dari kalangan blogger.

www.broframestone.com
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim March 21, 2014
Niat itu yang penting....menulis demi saham akhirat. Amin.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.