Langkau ke kandungan utama

#MH370 - Amaran SKMM Buat Pengguna Internet

Ini merupakan peringatan dan amaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penyebaran maklumat dan informasi yang tidak disahkan berkaitan isu kehilangan pesawat MH370. Warga online, termasuklah pengguna Facebook, Twitter, Instagram mahupun penulis blog perlulah prihatin akan keadaan semasa berkaitan kehilangan pesawat MH370 Boeing 777-200. Penulisan yang keterlaluan dengan pelbagai spekulasi akan cuma mengundang kecelaruan dan boleh mengganggu proses siasatan.

Amaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Berkaitan Isu Kehilangan MH370

Blogger Malaysia Perlu Peka dan Sensitif

Bagi saya, sebagai seorang penulis blog, seawal mula lagi sudah faham akan situasi ini. Kehilangan MH370 memang satu misteri, lalu membuatkan orang lain terutama yang kononnya tahu membuat pelbagai andaian dan spekulasi yang kurang berasas. Elakkan babitkan diri dalam perkara yang boleh menyakiti dan mengguris hati orang lain. Tindakan yang sebegini tidak beri apa-apa kebaikan pun.

Jika benarlah anda sebagai seorang pengkaji fakta, dan mungkin ada maklumat kukuh mengenai kehilangan MH370, mengapa tidak tampil ke hadapan berhubung dengan pihak berkuasa untuk jalankan siasatan? Itupun jika benar-benar anda tahu dan mahu ikhlas jujur membantu.

Mahu buat spekulasi? Ok, berikan bukti yang boleh dipercayai dan credible. Buang segala assumption, dan elakkan guna perkataan 'kalau'. Elakkan memberikan harapan palsu kepada mereka yang terlibat.

Kerana Spekulasi, Pembaziran Sumber Berlaku

Bukan sedikit negara, agensi, orang perseorangan yang terlibat dalam misi mencari MH370 ini. Bayangkan seandainya apa yang anda tulis mempengaruhi siasatan dan pencarian mereka. Bila siasat .... tiada bukti yang sah untuk memberikan kesahihan kepada apa yang anda telah sebarkan. Rugi masa, rugi tenaga, rugi wang ringgit. Anda pula senyum sengih bagai ia tiada kena mengena dengan diri anda.

Bertanggungjawablah dengan apa yang anda mahu tulis dalam blog. Seperti saya pernah kata, tulis apa yang anda tahu, tulis perkara yang anda pakar sahaja. Jika tak tahu, baik diam dari menjadi mulut murai yang berak merata-rata. Elakkan diri dari terjebak kepada sesuatu yang akhirnya nanti akan berikan penyesalan kepada diri.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. makin maklumat itu disebarkan,makin banyak pulak yang tidak sahih dari maklumat asal,,kadang2 mereka ni suka menokok tambah cerita sesedap rasa..
    Apa pun sebagai rakyat,kita perlu berdoa yang terbaik untuk pesawat MH370..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal .. manusia ni suka tambah tambah cerita, benda takat A-C je ... tapi dia pulun tambah lagi sampai jadi Z.

      Padam
  2. kena berhati2 dengan setiap maklumat yang disampaikan saya pun ada buat entri ni today abang HH, tapi tengah hari sikit ...scheduled post giteww katanya...ahakss...

    BalasPadam
  3. Singgah sini, jemput singgah blog awksweetgitu.blogspot.com =D

    Support each other =)

    BalasPadam
  4. ada segelintir tu boleh buat perkara yang terjadi sekarang ni sebagai satu bahan jenaka, specially menghentam kerajaan Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal Ann Ishak, ada yang cuba ambil kesempatan, lepas tu buat cerita putar belit supaya nampak mereka ni betul, walhal tak betul pun, bila dah tak betul, tak tahu nak minta maaf pulak tu.

      Padam
  5. teman dah taknak percaya berita2 yg tak sahih dan hanya bersandarkan kepada AGAKAN aje.. klu main agak2.. main kalau2.. main tulis jea apa ada di fikiran memang tak membantu apa2 pun kan.. menyulitkan lagi keadaan lg ada.. apa2 pun teman punya harapan yg sgt2 besar moga penumpang n krew mh370 selamat kembali ke pangkuan kuarga masing2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, MH370 akan selamat.

      Padam
  6. Terima kasih peringatan ni. Isu macam ni buan boleh dibuat main.

    BalasPadam
  7. Kita seharusnya faham akan perjalanan kehilangan pesawat ini...segala spekulasi yg dibaca membuatkan kita berfikir di luar kotak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tapi biarlah sampai ia telah disahkan. Spekulasi tetap spekulasi, bila kita sebar spekulasi, ia ibarat sebar fitnah juga, sbb dalam spekulasi tu ada dakwaan, dan ia ada bau-bau fitnah tanpa kita sedar.

      Padam
  8. kerana tidak menjawa persoalan.. spesikulasi juga berlaku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kata satu2 persoalan itu lebih baik dibiarkan menjadi persoalan. Kalau semua benda kita tahu, dan hijab dibuka, akan nanti timbulkan masalah lain. Bukan mudah mahu menjadi seorang pemimpin.

      Padam
  9. Tulis yang kita tahu...itu yang terbaik.

    BalasPadam
  10. Okay. Noted...

    Ikhlas,
    profhariz.com

    BalasPadam
  11. sya setuju...baik duk diam2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada pengetahuan .... beritahu kepada pihak yang benar, dari dok sebar yang langsung tak berikan apa2 kebaikan.

      Padam
  12. betul tu, kalau tak ada bukti kukuh, better diam dari berbicara..terlalu banyak spekulasi kat internet ni ttg MH370, mmg tak berani baca takut terpedaya..hehe

    BalasPadam
  13. Penat dah baca pelbagai spekulasi... berdoa dan berharap sangat mereka jumpa MH370 tu... kalau mereka masih selamat, alhamdulillah. kalau sebaliknya, harap Allah berikan kita semua kekuatan untuk terima qada' dan qadrNya...

    BalasPadam
  14. memang byk spekulasi. Byk yg ditokok tambah. Terus je berdoa gar #MH370 ditemui. Kita kena redha dengan ketentutan Illahi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …