Permohonan Online Pinjaman Perumahan Jabatan Perumahan Negara

Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa pihak Jabatan Perumahan Negara ada menyediakan bantuan pinjaman perumahan untuk sesiapa yang mahu mendapatkan rumah impian sendiri. Permohonan boleh dilakukan secara online, dengan melengkapkan borang yang telah disediakan. Pinjaman ini diberikan menerusi satu skim khas yang telah ditubuhkan yang dinamakan Skim Pinjaman Perumahan (SPP).

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Kumpulan wang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976.
Permohonan Online Pinjaman Perumahan Jabatan Perumahan Negara

Permohonan Online Pinjaman Perumahan Jabatan Perumahan Negara

Untuk info, SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri. Bagi membolehkan anda, untuk mendapatkan atau memohon skim ini, syarat-syarat berikut perlu dipatuhi.
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 60 tahun
  • Bukan kakitangan Kerajaan (termasuk pasangan)
  • Belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM750 hingga RM2,500.00
  • Had Pinjaman Maksimum RM45,000.00 (tidak termasuk insuran)
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat (cth : ibu, bapa, adik-beradik, suami atau isteri, ibu atau bapa saudara)
  • Perlu mengambil pelindungan insuran yang disediakan oleh panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina.
Permohonan Online Pinjaman Perumahan Jabatan Perumahan Negara

Syarat Cagaran Tanah untuk Pinjaman

  • Tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
  • Nilai tanah berdasarkan penilaian Jabatan Perkhidmatan Penilaian Harta (JPPH) tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
  • Bagi tanah milikan secara pajakan:
    • Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
    • Mendapat kelulusan kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Syarat Pembinaan Rumah

  • Rumah kos rendah - keluasan lantai 700 – 1000 kakipersegi,
  • Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
  • Menggunakan pelan seragam yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara atau pelan sendiri dengan mematuhi syarat di perenggan (i).
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan. 

Cara Memohon

Anda boleh terus memohon secara online pinjaman SPP ini di pautan berikut: http://goo.gl/s1pa1B
Borang Online SPP Jabatan Perumahan Negara
Untuk permohonan dari Sabah dan Sarawak, anda perlu menggunakan borang permohonan SPP yang berlainan, pautan diberikan seperti berikut:


Sekiranya terdapat kemushkilan, anda boleh hubungi pihak Jabatan Perumahan Negara menerusi laman web di sini - Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara

Semua maklumat yang dikongsikan ini adalah benar semasa artikel ini ditulis. Saya hanya berkongsikan informasi ini untuk bantu mereka yang memerlukan, saya tiada kaitan dengan pihak berwajib dan tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang mungkin dihadapi.

Apapun, saya berharap dapatlah kiranya kongsikan kepada mereka yang memerlukan informasi ini.




5 comments.. read them below or add one

Hafizul Hafizul January 30, 2014
Emm berita baik buat mereka yang kerja kerajaan..hehe
ctfand ctfand January 30, 2014
tq for sharing this HH. btw, en. Hafizul, skim ini khas bagi mereka yang BUKAN kakitangan kerajaan...syarat utama tu..
Raudzah Z Raudzah Z January 30, 2014
Selamat berjaya untuk semua yang layak yang memohon !!!!
Hairul Hafiz Hairul Hafiz January 30, 2014
ooo ini utk pekerja swasta ke..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.