Isu
copy-paste memang isu hangat dalam dunia blog Malaysia. Ramai yang telah berikan pendapat mengenai isu ini, dan ramai yang luahkan ketidak-puashatian bila ketahui bahawa ada entri yang diambil tanpa pengetahuan, dan tanpa diberikan kredit sepenuhnya. Saya sendiri hadapi permasalahan serupa, tapi setakat ini saya redha je, saya tak ambil kesah entri diambil dan disalin-tampal dalam blog lain. Ambillah, lakukan sahaja Ctrl-C tanpa rasa ragu, asalkan nanti apabila tekan Ctrl-V jangan diubah apa-apa sudahlah.
Ok. Masalah ini bukan semua orang
boleh tahu bahawa entri kena ciplak. Macamana nak tahu?
Cara Ketahui Entri Diplagiat Ditiru
Dalam entri ini, saya nak kongsikan cara mudah untuk anda tahu bagaimana entri anda disemak untuk sebarang kegiatan plagiat atau cilok mencilok ini. Cara yanag akan saya kongsikan ini membolehkan samada sebahagian atau semua entri dikesan terdapat peniruan yang nyata. Atau dalam kata lain, ayat semua sebijik diambil tanpa kredit yang betul.
Apa yang perlu anda buat ialah pergi ke laman web berikut -
Plagiarism Checker
Kemudian, cuba cari entri anda yang anda rasa kena ambil atau diplagiat tanpa pengetahuan. Salin ayat-ayat yang ada - samada guna tetikus highlight bahagian tertentu atau
Select All menggunakan Ctrl-A. Letak ayat-ayat anda tersebut dalam kotak tersedia seperti ditunjukkan di bawah ini.
Lepas tu, anda klik butang di bawah kotak yang warna hijau tertulis
Check for Plagiarism, selepas anda masukkan
verification code image yang diberikan. Hasilnya akan disenaraikan pautan-pautan yang ada ayat-ayat tertentu yang sama sebijik dengan apa yang telah anda letakkan dalam kotak di atas tadi. Turut dipaparkan ialah tarikh ia diterbitkan. Kalau sama dengan tarikh terbitan di blog anda, maknanya ia datang dari blog andalah, kalau lain tu .. haaaaa tu kena periksa.
Saya harap entri ini atau tips blogspot ini dapat bantu anda kesan samada blog atau entri anda disalin-tampal tanpa pengetahuan anda.
oooo..nice nice..
BalasPadamLama tak nampak bro carlos? Ke mana menghilang?
Padamboleh lah cuba nnt.... tq...!
BalasPadamterima kasih.
BalasPadamgambar dalam entri saya pun pernah kena cilok oleh satu page kat facebook. nasib baik saya jumpa secara tak sengaja...
terma kasih perkongsian ini sifu..
BalasPadamtips yang bagus. thanks :)
BalasPadamTerima kasih
PadamSalam
BalasPadamCara paling mudah, copy artikel berkenaan,kemudian paste kat google search.Dan kita kan tahu artikel kita dikongsi bersama.
Ini pengalaman yang saya guna ketika masih bertugas sebagai seorang pensyarah Universiti...saya selalu menasihati pelajar agar,
sertakan rujukan....dan kebanyakkan blogger yang lulusan diploma keatas akan faham dalam kontek ini.
Untuk artikel saya,saya cuma sekadar berkata "BI HI SODOKOH"
tapi saya tak setuju
Bila blogger copy paste dari akbar tempatan,....buat ulasan ..jangan malas sangat...jangan nanti orang kata MALAS itu sinonim dengan MELAYU....
Saya pun copy juga...tapi tak lupa letakkan rujukkan....kerana saya bukan PENCURI....
cantik...ini yang kita cari.....thanks HH....
BalasPadamwahh .. menarik. ada cara erk .. ^^
BalasPadammemang rajin check-mengechek ni abang hasrul...he he he...kalau dah copy paste kenalah bagi kredit ye tak?
BalasPadamsekarang ni dah tak nak copy paste dah nak buat entry sendiri kalau orang nak copy dari saya saya tak kisah pun...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadambagus tools ni. thanks bro atas perkongsian. first time jumpa. biasa paste je ayat kita kat google dan tengok ada plagiat ke tak.
BalasPadamMemang entri blog saya ada diplagiat. Dapat jumpa sendiri.
BalasPadamTapi, nak cuba teknik ni. Awesome~
Terima kasih.
Dah cuba sebelum ini, tetapi sekarang ini dibiarkan aje...tak ambil kisah nak copy dan paste.
BalasPadamThanks kerana sharing perkara ini.. Ia amat bermanfaat..
BalasPadamSama-sama Hanafi .. :)
PadamThanks kerana sharing perkara ini.. Ia amat bermanfaat..
BalasPadammenarik tips ini, nanti nak cuba check lah, thanks HH!
BalasPadamguna Copyscape.com lebih mudah.. ataupun Siteliner. :D
BalasPadamselalunya saya pun biarkan je. ada rezeki adalah, kalau bukan rezeki tertulis mmg bukan.
BalasPadamtips yang bagus..
BalasPadamTq perkongsian.Menarik..tapi penatlah nak check satu-satu. Tak apalah,niat sedekah. Lagipun gaya penulisan kita jarang orang boleh tiru. Kalau tiru pun tak ada 'feel'.
BalasPadamIlmu baru ni, terima kasih !
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.