13 Mac 2016

Cara Ketahui Entri Ditiru

Isu copy-paste memang isu hangat dalam dunia blog Malaysia. Ramai yang telah berikan pendapat mengenai isu ini, dan ramai yang luahkan ketidak-puashatian bila ketahui bahawa ada entri yang diambil tanpa pengetahuan, dan tanpa diberikan kredit sepenuhnya. Saya sendiri hadapi permasalahan serupa, tapi setakat ini saya redha je, saya tak ambil kesah entri diambil dan disalin-tampal dalam blog lain. Ambillah, lakukan sahaja Ctrl-C tanpa rasa ragu, asalkan nanti apabila tekan Ctrl-V jangan diubah apa-apa sudahlah.

Ok. Masalah ini bukan semua orang boleh tahu bahawa entri kena ciplak. Macamana nak tahu?

Cara Ketahui Entri Diplagiat Ditiru

Dalam entri ini, saya nak kongsikan cara mudah untuk anda tahu bagaimana entri anda disemak untuk sebarang kegiatan plagiat atau cilok mencilok ini. Cara yanag akan saya kongsikan ini membolehkan samada sebahagian atau semua entri dikesan terdapat peniruan yang nyata. Atau dalam kata lain, ayat semua sebijik diambil tanpa kredit yang betul.

Apa yang perlu anda buat ialah pergi ke laman web berikut - Plagiarism Checker

Kemudian, cuba cari entri anda yang anda rasa kena ambil atau diplagiat tanpa pengetahuan. Salin ayat-ayat yang ada - samada guna tetikus highlight bahagian tertentu atau Select All menggunakan Ctrl-A. Letak ayat-ayat anda tersebut dalam kotak tersedia seperti ditunjukkan di bawah ini.
Bagaimana nak semak blog kena plagiat - hasrulhassan.com
Lepas tu, anda klik butang di bawah kotak yang warna hijau tertulis Check for Plagiarism, selepas anda masukkan verification code image yang diberikan. Hasilnya akan disenaraikan pautan-pautan yang ada ayat-ayat tertentu yang sama sebijik dengan apa yang telah anda letakkan dalam kotak di atas tadi. Turut dipaparkan ialah tarikh ia diterbitkan. Kalau sama dengan tarikh terbitan di blog anda, maknanya ia datang dari blog andalah, kalau lain tu .. haaaaa tu kena periksa.


Bagaimana nak semak blog kena plagiat
Saya harap entri ini atau tips blogspot ini dapat bantu anda kesan samada blog atau entri anda disalin-tampal tanpa pengetahuan anda.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

26 Komen Cara Ketahui Entri Ditiru

boleh lah cuba nnt.... tq...!

terima kasih.

gambar dalam entri saya pun pernah kena cilok oleh satu page kat facebook. nasib baik saya jumpa secara tak sengaja...

terma kasih perkongsian ini sifu..

Salam
Cara paling mudah, copy artikel berkenaan,kemudian paste kat google search.Dan kita kan tahu artikel kita dikongsi bersama.
Ini pengalaman yang saya guna ketika masih bertugas sebagai seorang pensyarah Universiti...saya selalu menasihati pelajar agar,
sertakan rujukan....dan kebanyakkan blogger yang lulusan diploma keatas akan faham dalam kontek ini.
Untuk artikel saya,saya cuma sekadar berkata "BI HI SODOKOH"
tapi saya tak setuju
Bila blogger copy paste dari akbar tempatan,....buat ulasan ..jangan malas sangat...jangan nanti orang kata MALAS itu sinonim dengan MELAYU....
Saya pun copy juga...tapi tak lupa letakkan rujukkan....kerana saya bukan PENCURI....

cantik...ini yang kita cari.....thanks HH....

wahh .. menarik. ada cara erk .. ^^

memang rajin check-mengechek ni abang hasrul...he he he...kalau dah copy paste kenalah bagi kredit ye tak?

sekarang ni dah tak nak copy paste dah nak buat entry sendiri kalau orang nak copy dari saya saya tak kisah pun...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

bagus tools ni. thanks bro atas perkongsian. first time jumpa. biasa paste je ayat kita kat google dan tengok ada plagiat ke tak.

Memang entri blog saya ada diplagiat. Dapat jumpa sendiri.
Tapi, nak cuba teknik ni. Awesome~
Terima kasih.

Dah cuba sebelum ini, tetapi sekarang ini dibiarkan aje...tak ambil kisah nak copy dan paste.

Thanks kerana sharing perkara ini.. Ia amat bermanfaat..

Thanks kerana sharing perkara ini.. Ia amat bermanfaat..

menarik tips ini, nanti nak cuba check lah, thanks HH!

Lama tak nampak bro carlos? Ke mana menghilang?

guna Copyscape.com lebih mudah.. ataupun Siteliner. :D

selalunya saya pun biarkan je. ada rezeki adalah, kalau bukan rezeki tertulis mmg bukan.

Tq perkongsian.Menarik..tapi penatlah nak check satu-satu. Tak apalah,niat sedekah. Lagipun gaya penulisan kita jarang orang boleh tiru. Kalau tiru pun tak ada 'feel'.

Ilmu baru ni, terima kasih !


EmoticonEmoticon