Langkau ke kandungan utama

Blogger Berprinsip

Apakah prinsip diri anda sebagai seorang blogger Malaysia? Sebagai seorang manusia, perlu ada banyak prinsip dalam aspek-aspek tertentu. Blogger berprinsip bermakna anda ada pegangan sesuatu dalam menghasilkan entri dalam blog anda. Blogger berprinsip bermaksud anda tahu apa yang anda akan lakukan untuk blog anda.

Blogger Berprinsip

Ada blogger prinsipnya utuh dan kukuh, tak mudah nak goyah dan goyang.

Ada blogger yang prinsipnya mengikut apa yang mahu oleh pembaca blognya.

Ada blogger yang mengadunkan prinsipnya mengikut rentak semasa.

Mungkin ada yang pening-pening lalat baca kenyataan-kenyataan di atas. Tapi buat anda yang mungkin mahu berfikir, pasti ia memberikan seribu satu soal ... "adakah saya seorang blogger yang ada prinsip?".

Baca situasi di bawah ...

Situasi 1

Seorang blogger buat blog pelancongan. Dalam blognya banyak kisah mengenai tempat dia. Dia tak pernah bercerita mengenai tempat lain. Prinsipnya - "Aku buat blog adalah untuk mempromosikan tempat aku, biar orang kampung tempat aku dapat jana pendapatan dengan pelancongan". Blogger ini mementingkan sesuatu yang dapat diberikan kepada masyarakat setempatnya, dan mahu melihatkan tempatnya lebih baik dari tempat lain.

Situasi 2

Seorang blogger buat blog mengenai affiliate. Menerusi blognya itu, dia menzahirkan kejayaannya dalam mencari pendapatan online menerusi affiliate. Walaupun dia tidak berjaya menjadi seorang blogger yang kaya raya dengan affiliate, tapi dia berprinsip bahawa affiliate adalah salah satu sumber pendapatan online menerusi blog. Ada orang mempromosikan kepadanya untuk tukar blognya menjadi sebuah blog lain yang boleh beri pendapatan, tapi dia tetap dengan prinsipnya tadi, dan membiarkan blognya hanya bercerita soal affiliate.

Situasi 3

Mula-mula buat blog peribadi. Lama dan makin lama, dia mula beralih isi kandungan blognya itu menjadi sebuah blog pasal artis, pasal selebriti, ini adalah kerana blogger itu dahagakan trafik ke blog. Dia mahu blognya dapat ranking tinggi dalam trafik. Prinsipnya ialah ... "Aku berblog untuk membolehkan blog aku jana pendapatan menerusi trafik".

Dalam tiga-tiga situasi di atas, semuanya ada prinsip masing-masing. Ada yang kekal dengan prinsip utuhnya, ada pula yang compromise dengan situasi semasa. Ada yang memegang prinsip hanya untuk dirinya sahaja, dan ada yang memegang prinsip untuk memberikan sesuatu yang lebih dari dirinya.

Blogger berprinsip tahu apa yang baik untuk blognya. Ia mungkin berbeza dengan prinsip hakiki. Ia mungkin juga senada dengan prinsip asas hidupnya. Prinsip itu adalah tunjang tujuaannya untuk hasilkan blog. Jika buat blog tanpa prinsip, ia seperti buat blog tanpa tujuan.



Lagi Komen Pembaca ...

  1. Saya rasa terkesan dengan entri ni. Prinsip apa yg saya pakai? susah nak cakap. sebab saya belum pernah merasai atau jana pendapatan melalui cara berblog ni. Nak dapat tu memang jauh sekali. masih mencuba mencari tapak dan bila dah stabil, prinsip tu akan terus utuh dan menyerlah agaknya.

    BalasPadam
  2. tips yang berguna Bro HH. Memang layak jadi sifu Bro HH.

    BalasPadam
  3. benar saya juga terkesan.... thxs...

    sebab kadang2 saya xpasti niche blog saya... mungkin lifestyle dan travel...

    BalasPadam
  4. Blog CN caca merba...ikut mood..ok ker? Hehe

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum... bro HH,

    mselim3 punyer blog ada niche agama dan perkongsian pasal sahabat rasulllulah saw,isteri2 rasullulah dan perjuangan rasulllulah. Baru2 nie, mselim3 terfkir nak 'pecahkan niche blog' kepada blog informasi agar blog lebih mudah kejar traffik. Persoalan mselim3 berprinsip ker mselim3? sekadar mohon pandangan tuan guru..

    mselim3

    BalasPadam
  6. "Diri, oh diri! Berprinsipkah kamu?"

    Monolog sendirian...

    BalasPadam
  7. biasa la tu abg hasnul semua nak duit jer huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi seorang blogger sepenuh masa, pendapatan menerusi blog adalah WAJIB ... jadi kita perlu lihat latar belakang seorang blogger itu sendiri. Ada blogger yang dah berduit, jadi penulisannya tak menjurus ke arah itu.Lebih suka menulis ikut sukaati tanpa memikirkan adakah entri ini boleh memberikan income kepadanya.

      Padam
    2. Setuju... especially blogger part timer cam saya nie... ;)

      Padam
  8. Mula2 saya blogging pun macam caca-marba.. tak tau apa yang dikehendaki... tapi semakin lama semakin nampak arah tujuan... :D

    Good info.. :)

    BalasPadam
  9. Terfikir prinsip blog sendiri. Terima kasih HH :)

    BalasPadam
  10. prinsip saya mula buat blog suka2, skrg ni cuba nak buat duit dengan blog..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.