Langkau ke kandungan utama

Widget Donate Dengan Fungsi Kongsi

Lama saya tak kongsikan widget menarik untuk para blogger Malaysia. Ok, kali ini saya nak promosikan satu widget baru yang telah disediakan oleh seorang rakan blogger yang cukup hebat iaitu +Bukhari Malek . Widget yang menarik ini berfungsi untuk memberikan penghargaan kepada penulis blog yang berkongsi entri atau post yang baik dan bermutu. Pemasangan cukup mudah, widget donate dengan fungsi kongsi ini juga akan bantu entri dan post dalam blog disebarkan secara lebih berkesan ke laman-laman sosial.

Kelebihan Widget Donate Dengan Fungsi Kongsi

Buat apa nak pasang widget ini dalam blog? Ok, saya berikan beberapa kelebihan widget ini jika dipasang dalam blogspot anda
  1. Mudah digunakan
  2. Tidak berat / ringan untuk blog
  3. Membantu menaikan trafik blog
  4. Mesra pengguna
Lihat je demo yang telah disediakan di sini - Demo

Secara amnya, widget ini membolehkan pengunjung yang menghargai hasil tulisan di blog dengan 'derma' menggunakan fungsi kongsi (share) dan bukan seperti kebiasaan, yang menggunakan wang ringgit. Ia tidak bebankan pengunjung blog untuk berikan sedikit 'derma' dengan cara ini.

Berminat tak? Cara nak pasang dalam blogspot adalah seperti penerangan di bawah ini.
  • Masuk ke bahagian dashboard blogspot anda. Pergi ke bahagian template atau HTML blog. Kemudian cari bahagian body blogspot.
  • Sebelum penutup body blogspot anda masukkan kod HTML di bawah ini.

Ia akan kelihatan seperti di bawah:

Sebelum ia boleh berfungsi, masukkan script di bawah sebelum penutup head blog anda.

Ok jelas? Dah buat langkah-langkah di atas, simpan template anda, dan kemudian lihat hasilnya. Masih lagi tak berapa nak jelas, boleh rujuk sumber asal di sini - Donate with Sharing Button

Selamat mencuba.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. wah leh guna nie haha thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Leh je kongsikan benda yang ada kaitan dengan blogger.

      Padam
  2. terima kasih bos :) atas share nya... majulah blogger malaysia hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya gitulah, kalau ikut Denaihati; kita perlu saling bantu dan akrab dalam perkongsian bermanfaat.

      Padam
  3. Itu macam ka ? Boleh try pasang kat blog ni.

    BalasPadam
  4. lepas nie boleh pasang kat my blog......thanks HH & Bukhari Malek....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih diatas komen yang diberikan.. jangan lupa beritahu saya tentang perubahan blog anda termasuk trafik blog ya :) untuk saya bantu anda setakat yang mampu...
      User Donate with Share Plugin

      Padam
  5. Bagaimana pula bagi pengguna WordPress?

    www.broframestone.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…