Langkau ke kandungan utama

Blogger Malaysia Kaki Kencing!

Erkk ... tentu ada yang terkujat dan terkesima melihat tajuk - Blogger Malaysia Kaki Kencing. Jangan risau, saya bukan mahu menyindir sesiapa, tetapi kalau terasa ... saya mohon maaf. Saya sendiri pun terasa gak, sebab memang sejak akhir-akhir ini selalu sahaja terasa mahu terkencing. Hahahaha.... adeh, lalu terfikirlah akan tajuk ini ... bloggger kaki kencing; tetapi bukan bermaksud kaki kelentong yang mungkin sesetengah daripada anda memikirkannya .. ye tak?

Blogger Malaysia Kaki Kencing!

Kaki kencing yang saya maksudkan ialah berkaitan penyakit. Jika anda selalu sahaja terasa ingin terkencing atau terlalu kerap membuang air kecil, anda mungkin menderita dengan satu penyakit, dan bolehlah saya anggap anda sebagai kaki kencing.

Apakah penyakit yang dianggap kaki kencing ini?

Tahukah anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).

Masalah ini selalunya difahamkan akan berlaku ketika usia semakin meningkat, namun ada kes yang melibatkan anak gadis dan ibu hamil yang mengalami masalah yang serupa.

Majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka - malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian.

Faktor Jadi Kaki Kencing

Antara faktor menyebabkan masalah ini ialah
  • Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
  • Strok
  • Kecederaan saraf tunjang
  • Dementia
  • Penyakit Parkinson
  • Diabetes
  • Pembesaran prostat
  • Pembedahan prostat
  • Hamil kembar

Saya pula, sejak akhir-akhir ini berhadapan dengan masalah ini. Apabila berada lama di hadapan komputer, saya akan lebih kerap buang air kecil. Bagaimana dengan anda? Saya cuba untuk tanggani masalah ini dengan beberapa tips yang telah saya dapat dari sumber seperti daripada Berita Harian Online ini.

Tips Rawatan Kaki Kencing

  • Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya. 
  • Kekalkan berat badan yang ideal. 
  • Jauhi minuman kafein. 
  • Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat. 
  • Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing. 
  • Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong. 
  • Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil. 
  • Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda. 
  • Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil. 
  • Berdoa

Jadi, kalau anda juga ada masalah yang sama, maka anda bolehlah dianggap tergolong di kalangan blogger kaki kencing .. hehehee.... :)

Ok. Semoga informasi ini membantu dan bermanfaat.

p.s: Bayangkan kalau kita tak boleh nak buang air kecil ... terasa azab kan?


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. nice entri...info yg berguna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. :) Harap dapat manfaat menerusi entri ini.

      Padam
  2. blogger kaki kencing pun xper...janji selagi tuhan bagi nikmat kencing alhamdullilah....kalau xdpt nikmat kencing mcm mna...?hehee

    BalasPadam
  3. hehe... tajuk entri membuat saya terus nak terjah. Dasat penangan tajuk... Tp mmg bagus tips dlm entri nih... hehe...

    BalasPadam
  4. hehehe.. buat saspen jer bro HH ni

    BalasPadam
  5. tajuk memang penting untuk tarik traffic ke blog kan tuan HH ? saya pun terjebak baca post ni sebab nak tahu what is the story behind..hehhe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. tapi rasanya tak sia-siakan kalau baca? Dapat tambah ilmu mengenai penyakit ni kan kan?

      Padam
  6. oOOoo kencing yang ini..ingatkan tadi kencing yang itu,,,
    tq atas tip yg diberikan...

    BalasPadam
  7. pergh tajuk memang betul2 gempak ni abang HH...he he he...terkejut Farah...

    BalasPadam
  8. Memang betol2 kencing rupanya...
    Masalah biasa pabila usia semakin meningkat, yg perlu di jaga adalah pemakanan dan kecergasan badan.

    BalasPadam
  9. Ini baru betul2 kencing!
    Hak3..
    Terbaek HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua orang merasai nikmat kencing kan?

      Padam
  10. ada kaitan dgn batu karang tak bro

    BalasPadam
  11. Maaf, pak cik HH. Sekadar sedikit pembetulan. Ejaan arab dalam doa masuk tandas tu salah. Sepatutnya dieja dengan huruf kho, bukan huruf ha. Mungkin orang yang buat ni tertukar ataupun terlupa letak titik. Mohon diperbetulkan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah diperbetulkan. Terima kasih kerana menegur.

      Padam
  12. Suspen je....salam blogging. Topik itu menarik...terasa ingin tahu lebih lanjut tentang kencing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) syabas kerana anda telah terkena kencing dengan tajuknya

      Padam
  13. Terketawa sy baca perenggan kedua entri HH ni.. org kuat buang air kecil mmg boleh jadi kaki kencing hahaa :D :D

    BalasPadam
  14. Assalam
    Lebih sangat buang air kecil pun risiko juga ya...kena buat pemeriksaan tu.

    BalasPadam
  15. tajuk entri macam nak baca sahaja bro!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…