11 Oktober 2013

Rahsia Memilih Tajuk Entri

Tajuk entri adalah senjata untuk membolehkan orang tersesat ke blog kita. Tajuk entri perlu mantap dan kreatif. Namun, perlu diingatkan, tajuk terlalu panjang tidak sesuai untuk ditulis memandangkan dalam bab SEO, hanya 30 huruf sahaja dibenarkan (kalau tak silap). Jadi, sebagai seorang blogger, anda perlu tahu cara teknik terbaik menulis tajuk entri.

Rahsia Serta Panduan Memilih Tajuk Entri

Seperti yang pernah saya paparkan dulu-dulu kala, ada dua cara untuk kita cari tajuk entri kita. Satu, kita tulis tajuk dan buat entri; kedua adalah kita buat entri dan barulah tulis tajuk. Saya lakukan kedua-duanya. Tapi, antara keduanya; bagi mantapkan SEO, lebih baik tulis dulu entri anda .... dan kemudian buat tajuk entri tersebut. Bukan apa, kalau nak tulis santai, anda tak perlu terikat dengan tajuk entri yang ada kata-kata kunci tertentu. Lebih selesa, anda tulis entri anda dahulu, lihat kata kunci sering keluar dan jadikan ia sebahagian tajuk entri anda.

Perkara kedua untuk tulis tajuk entri ialah dengan buat penyelidikan tentang tajuk yang ingin kita terbitkan. Selalunya macam blog ini, saya akan cuba Google dahulu tajuk entri tersebut, lihat berapa banyak post yang ada, link yang muncul ... kalau sedikit, baru saya akan gunakan tajuk tersebut. Kalau tidak, cuba pusingkan atau olah tajuk.

Contohnya; Tips Tarik Pengunjung ke Blog

Anda perlu tahu, bahawa perkataan tarik itu ada banyak makna. Satu menarik. Satu perbuatan tarik. Satu untuk nama tertentu seperti Teh Tarik atau Tarik Aziz. Jadi kena alert mengenai benda ni.

Cuba Google. Kalau nampak macam banyak entri yang ada entri dengan tajuk sedemikian, cuba olah menjadi seperti Tips Pengunjung Tertarik ke Blog. Atau boleh menjadi Panduan Pengujung Singgah ke Blog.

Dan dalam entri anda, gunakan ayat-ayat yang memperkayakan tajuk entri anda. Contohnya macam tadi ... dalam perenggan pertama boleh letak ayat ... Saya akan kongsikan kepada anda tips untuk menarik pengunjung ke blog anda....

Dalam perenggan seterusnya, gunakan pula ayat seperti Saya tahu ramai yang mahu pengunjung singgah ke blog atau Bagaimana dengan tips membuatkan pengunjung tertarik dengan blog anda ini ...

Dan begitulah seterusnya. Ia pengulangan kata kunci secara penkayaan sesuatu ayat atau perkataan. Jangan risau mengenai keyword stuffing, sebab anda bukan guna perkataan sebijik-sebijik. Apa yang perlu anda ketahui ialah Google ada pengkalan bahasanya sendiri, dan percayalah mereka sentiasa menambah kosa kata setiap hari supaya entri bernilai dan berkualiti anda akan dapat tempat yang baik dalam enjin carian.

Jadi, cuba buat tajuk entri yang sesuai dengan kandungan entri anda. Kayakan entri dengan informasi dan maklumat berguna dan bukan celoteh kosong yang tiada makna.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

19 Komen

tip terbaik dr bri hari ini...tq

Terima kasih... tetiba lak dapat idea nak tulis tajuk ni

saya??? biasanya tajuk dulu baru entri, lepas ni nak cubalah entri dulu baru tajuk...he he he...

good article bro :) since blog fae blog santai so fae x berapa menitik beratkan SEO title ne tapi x lah sampai hentam kromo je fae buat tajuk hehe.

Tips yg baik ni HH.. t kasih & Salam Jumaat :)

thanks sharing info utk blogger baru mcm sy...masih zero lagi..

Antara tips termudah tapi terbukti paling berkesan! Good info HH!

Assalam. Tips yang membantu. Terimakasih Tuan HH.

Thanks utk pencerahan nih. Wan baru tau. Insyaa Allah akan improve.

Baru tadi aku terpikir. macam mana nak buat tajuk yang kacak untuk entri. Bila buka RSSOwl terus nampak tajuk ni. Tq bro. Akan dipaktiskan secepat mungkin. Dan cuba nak praktis buat entri dan lepas tu buat tajuk.Setakat ini aku fikir tajuk dulu. kalau tak ada tajuk susah idea mengoreng nak sampai.

Tips yang amat berguna..cuma aku akui kekadang nak pilih tajuk tu yang susah sikit..hehe

Regards,
-Strider-

Sama-sama ... moga bermanfaat.

Tak mengapa, saya dulu pun cam anda gak, meniarap lama ooo

Ya, sama-sama perbaiki diri dan blog

Nak tulis tajuk perlu ada seninya ..:) bab seni ni yang susah, hanya orang seni je kot yang tahu ... saya .. hmm orang sains .. :P

Biasanya saya buat tajuk dulu..baru entri..tapi ada sebaliknya..emm banyak yang perlu saya pelajari lagi..emm thanks bro kongsikan..

Semalam baca dari fon, takleh nak komen. Sy selalu susah nak cari tajuk yg sesuai. Tips ni membantu saya. Terima kasih sifu :)

itu dia! Tips berguna untuk hari ini .. thanks HH.. saya sedang cuba aplikasikan


EmoticonEmoticon