Langkau ke kandungan utama

Berkorban Kerana Blog?

Ada yang sanggup berkorban demi blog? Apa yang dikorbankan? Wang ringgit? Masa? Tenaga? Setiap orang terutama blogger tentu ada jawapan tersendiri. Bagi saya, kalau berkorban hanya kerana blog, pastikan apa yang dikorbankan itu berbaloi. Kena ingat, blog bukan boleh dibawa mati, tetapi andai isi kandungan blog itu berbentuk ilmu yang boleh diamalkan, in Sha Allah ... akan ada saham sedikit sebanyak sebagai bekal.

Berkorban Kerana Blog?

Tak kisahlah anda korban apa kerana blog, tapi jangan sampai anda menjadi korban kerana blog. Jangan sebab blog, anda korbankan sholat 5 waktu. Jangan sebab blog, anda korbankan masa berkualiti bersama anak-anak. Jangan kerana blog, anda abaikan kehidupan hakiki.

Blog hanyalah blog.

Tapi seperti yang saya beritahu di awalnya tadi. Blog boleh jadi pemberi manfaat kepada umat. Dan anda boleh menjana seribu keuntungan darinya. Bukan maksud wang ringgit, tetapi amal kebaikan yang boleh anda lakukan menerusi blog.

Berkorban untuk sesuatu yang baik memang amat digalakkan. Lebih-lebih lagi apabila ia melalui proses ikhlas dan redha. Namun, pengorbanan sebenar ialah membawa kebaikan kepada yang terhampir dengan anda. Jika pengorbanan itu memerlukan anda meninggalkan dunia blog, untuk memastikan agama dan keluarga anda selamat sejahtera, maka lakukan.

Jangan silap melakukan pengorbanan, kerana nanti yang rugi adalah diri sendiri. Fikir betul-betul.

Berkorban demi blog - berbaloi jika anda yakin segala kebaikan itu adalah lebih baik daripada anda melakukan di luar sana.

Selamat Hari Raya Qurban buat semua.


Komen

  1. Selamat hari raya aidil adha :)

    BalasPadam
  2. selamat hari raya aidiladha hh

    BalasPadam
  3. inshaAllah akan seimbangkan aktiviti bersama blog.. ingat jangan terkorban dek blog..hehehe..

    anyway #SalamAidiladha buat HH dan keluarga.. =)

    BalasPadam
  4. bekorban apa sahaja.. harta ataupun nyawa :)

    BalasPadam
  5. berkorban biar bertempat sokong sgt

    BalasPadam
  6. berkorban biar kena pada tempatnya dan tau caranya..selamat hari raya Aidiladha

    BalasPadam
  7. Well said! Selamat Hari Raya Iduladha.. :)

    BalasPadam
  8. berkorban jangan sampai terkorban

    BalasPadam
  9. setahu kami, pengorbanan untuk blog ada dua. duit dan masa. Salam Aidiladha HH :)

    BalasPadam
  10. Yup..betul tu bro..jangan silap buat pengorbanan..kan nanti sia-sia pulak..hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.