Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Update Blog 5 Kali Sehari?

Ramai blogger akan ada masalah untuk update blog berkali-kali dalam sehari. Mengapa perlu update blog banyak kali sehari? Mengapa perlu tulis entri 5-10 kali sehari? Sebagai seorang blogger baru, memberikan cerita terkini dan unik adalah satu kekuatan dan kelebihan. Saya nampak ramai blogger baru yang sering update blog akan mudah menerima kunjungan dan dapat pengikut tersendiri.

Itulah yang saya praktikkan semasa saya mula memperkenalkan blog ini sekitar tahun 2010. Saya dapatkan pelbagai cerita dan sumber, olah dengan ayat sendiri dan terus terbitkan di blog. Kemudian, saya promosikan entri, ping sana sini dan masuk segmen yang membolehkan blog ini disenaraikan di dalam bloglist.

Bagaimana Update Blog 5 Kali Sehari?

Bagaimana Update Blog 5 Kali Sehari?

Antara cara saya bolehkan blog dikemaskini dan terbitkan entri lebih dari 5 - 10 kali sehari ialah dengan menyertai beberapa komuniti dan forum tertentu. Antaranya;
Kemudian, saya juga cari bahan di laman-laman web seperti ini, antaranya:
  • Oddee.com
  • Acidcow.com
  • CuteandWeird.com
  • Wtffunfact.com

Cari Artikel Bergambar

Dan banyak lagi ... semuanya dari rangkaian laman-laman web dan blog luar. Saya cari entri bergambar, kerana gambar memberi impak yang sangat positif untuk pikat pengunjung yang akan menjadi pembaca serta pengikut. Serius, cara ini membolehkan blog ini satu ketika dahulu menerima kunjungan luar dan ada di antara follower blog ini adalah dari mereka yang tidak disangka-sangka! Ada beberapa follower blog ini terdiri daripada jurugambar pro dan blogger luar negara.
Tips update blog berkali-kali

Antara entri saya yang diolah dari sumber-sumber luar ini adalah seperti berikut:

Semua ini boleh anda dapati menerusi label ini:

Malah ada juga beberapa entri lain yang saya bersumberkan komuniti ... contohnya:

Tak Ada Masa?

Nah, saya dah bagi tips, petua dan rahsia saya sehingga blog ini berjaya dapat sehingga 2K pengikut dengan mudah satu ketika dahulu, dan ia juga cara saya update blog ini sehingga 5-10 kali sehari. Saya tulis entri di waktu malam, dan saya lakukan penjadualan setiap entri tersebut. Ada yang simpan sebagai draft dahulu. Ada cerita menarik yang belum ditulis saya bookmark dahulu ... tulis kemudian.

37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea


Sekarang, anda sudah ada idea bagaimana nak tulis dan update blog sehingga 5 kali sehari. Jika saya boleh, anda pun boleh, in Sha Allah.


Lagi Komen Pembaca ...

  1. terima kasih berkongsi pengalaman bro :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama ... moga boleh beri manfaat buat semua.

      Padam
  2. Nak kena rajin je asasnya..^__^

    BalasPadam
  3. saya pun banyak buat draft dulu dan jadualkan juga. kemudian, saya akan publish pakai fon jika tidak sempat guna pc. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tindakan yang bijak, strategi yang boleh diikuti ramai.

      Padam
  4. Sentiasa ada tips menarik di sini..nice sharing..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Norniwanie .. terima kasih atas prihatin, moga banyak lagi tips yang boleh digeledah dalam blog inin.

      Padam
  5. bgs lh tips HH ... tp bila dh ddk dlm draft entry tue mcm dh tak nk keluar "publish" pulak.. hehehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. dia main aci nyorok ehh? Hehehehe...

      Padam
  6. Saya cuba buat auto publish sbb saya tau waktu keje saya fokus kt keje je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, begitulah Ainim .. saya tahu Ainim boleh buat punya

      Padam
  7. shark plak buat 2.
    pagi dan petang,
    slow2 update nnti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan semua orang ada masa, ye tak?

      Padam
  8. tip terbaik bro..dkt carigold bro xjoin ke..hu3

    BalasPadam
  9. cuba juga nak buat entri banyak.. tapi cuba juga untuk maintain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..maintain tu yang susah, saya pernah kata dah ... nak punlish banyak2 tak sukar, nak maintain tu yang sukar.

      Padam
  10. Terima kasih kerana berkongsi idea. Saya antara blogger yang baru nak menampak, tak sampai 6 bulan pun. Bagus juga idea-idea ini, mungkin boleh saya guna pakai kalau bersesuaian dengan blog saya yang lebih kepada kehidupan seharian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, banyak tips dan panduan saya kongsikan yang mungkin boleh bantu ...

      Padam
  11. baru nak mintak tips uruskan masa...tq sifu

    BalasPadam
  12. blogger semakin byk pesaing. namun ape yg penting, olahan kita itu sendiri. cx pon blogger baru jgk. byk lg bnda yg perlu dipelajari. cx jg bersyukur Allah bg peluang pd cx berkongsi ilmu melalui medium sebegini :)

    BalasPadam
  13. wahh..rajinnya update banyak artikel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu dulu ... :) semasa blog ini masih lagi dalam carca marba

      Padam
  14. 5 entri tu memang rajin orgnya, saya 2 entei sehari pun payah

    BalasPadam
  15. Assalam.
    Terima kasih Tuan HH. Tips yang bagus sangat.

    http://perjumpaanmeeting.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga bermanfaat pada tuan juga ..

      Padam
  16. T kasih diatas perkongsian.. mmg sgt2 berguna..

    BalasPadam
  17. paling penting kena usaha bersunguh2 nak taip entri bukan sekadar nak cari trafic

    BalasPadam
  18. Tabik dengan bro. Dapat menulis blog dengan tenang bermula jam 10 malam. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa? Selepas 10 malam bro buat apa ???? hehehehe

      Padam
  19. mau tanya. lalu setelah update 5-10 per hari. Itu bisa dapet trafik berapa ya? mohon jawabannya ya. terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.