04 Oktober 2013

Bagaimana Nak Mendapat Beribu Follower Blog?

Sukar nak jawab. Dulu, mungkin saya boleh jawab, tapi sekarang ni dah jadi susah. Bukan apa, selera pembaca blog ini berbeza. Sesebuah blog ada trafik tinggi tapi tak berjaya nak pikat pengunjung tu jadi follower, macam blog saya ni ... pageviews baru je capai 5K tapi jumlah follower ... tak macam blogger lain yang dah capai pageviews yang sama.

Masing-masing ada resepi masing-masing. Saya tak pandai mengayat, dan ayat saya tak berapa best. Ramai blogger lain terutama blogger baru, blogger remaja yang muda belia, blogger cantik menawan yang lebih hebat daripada saya. Blog mereka ada ribuan ... malah puluhan ribu pengikut.

ohblogger malaysia - bagaimana nak dapatkan ribuan follower blog?

Saya cuma kongsi apa yang saya tahu, jadi kemungkinan apa yang saya kongsi itu mungkin dah ramai tahu .. dan mereka anggap, ini entri biasa yang dah pernah mereka baca sebelum ini. Tak salahkan mereka sebab saya bukanlah blogger yang pandai.

Nak dapatkan ramai follower? Ada blogger terkenal berkata, untuk mendapatkan ramai pengikut mesti jadi blogger yang aktif update blog, keluarkan entri-entri menarik yang memikat. Benar.

Di awal wujudnya blog ini, jumlah follower mudah sangat meningkat ... sebabnya saya sering update blog paling tidak 5-10 entri setiap hari. Isi kandungannya pula tak macam sekarang, lebih kepada cerita perkongsian mengenai sesuatu fakta, macam yang pernah dipaparkan di sini - Klik

Ramai yang suka. Ramai yang mudah nak klik jadi follower blog ini ketika itu. Tapi tidak sekarang.

Kalau nak ramai follower sampai ribu riban, anda kena aktif promosikan blog, dan paling penting kena pastikan blog update setiap masa, bukan sehari sekali, tetapi sehari berkali-kali. Tak percaya? Tengok blog Ben Ashaari ... :P

Oh ya, satu lagi ... ada kecenderungan juga buat pengunjung nak jadi follower jika header blog anda cukup cun cantik .. dengan gambar anda yang paling fotogenik, menarik, lawa, anggun, kacak, bergaya ... lain macam saya, letak gambar anak saya nombor dua yang sering jadi periuh rendah dalam keluarga.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

27 Komen

Salam...pada fikiran saya la....buat kontes suruh org iskan emel di subscrible via emel sebagai syarat. Sbb kita yg bagi hadiah kat mereka yg menang pastinya perlu juga ada habuan utk penganjur jugak. Kalau nak harap smart lagi hensem...susah org yg berumur spt kita.

peredaran zaman dah bro dulu lain skrg lain

Hahaha best tul ayat last tu .. uhh dah berumur kita ni ye Kamil .. hmmm ... nak buat camner .. redha je la ...

Subscribe .. idea marketing tu .. :)

Betul. Dulu lain, sekarang lain.

suka jugak ayat perenggan terakhir..hhuhu... mcm deno pula, hanya tulisan semata-mata.... :)

agak2 blog saya ni mesra pembaca tak HH?

Walaupun bilangan blogger dah bertambah sekarang tapi bukan senang nak kasi bilangan follower bertambah.

hmmm... idea menarik ni...

Setuju yg bawah sekali tu. Sebelum nie header x letak gambar pun, bila letak header ada gambar fotogenik, terus ramai orang follow. haha =P

follower beribu-ribu pun belum tentu hari-hari mereka singgah dan komen di blog kita...:)

tip yg bagus jugak tu..untuk blog baru mencari follower

Nak tulis entri banyak2 tetiap hari pun naik mati kutu dibuatnya HH..sekarang pun saya dh macam sabut kelapa sekejap tenggelam timbul entrinya...idea nak menulis dh semakin berkurang. Dh tak tau nak cerita apa...bukan senang nak menarik minat hati seseorang tu....huhu

semoga sy berpeluang nak update berkali-kali dalam sehari...setakat nie sehari baru mampu updte 2 kali jer..hehehe

Regards,
-Strider-

Assalam Tuan HH. Saya nak hensem lah :)

part gambar yg cun-melecun tu - angkat tangan le saya ni

angkat tangan bermaksud mengalah le saya - tp ttp jugak nk berblog

mmg btl apa yg tuan nyatakan diatas tu.....bila blog updated pembaca akan fikir blog tu aktif..dan bnyk lg entri2 menarik akan muncul....secara auto pembaca akan follow..

walaupun ada ribuan follower tapi kalau tak rajin tak de maknanya jugak. Tima kasih atas tips EN hasrul :) Banyak yang sedang saya belajar ni....

betol tu admin..lebih2 lagi blog personal mcm sy nie haha..aku bukan retis.jom baca..

sy selalu datang sini coz of the 'ilmu' ....blog ini byk sharing how to be a good blogger...dan sy sedang belajar :)

Assalam
Berusaha terus usaha

Jadi kita yang sebenarnya, kita berusaha, berdoa dan bertawakal.. Rezeki Allah yang beri.

nice entry..banyak berkongsi ilmu lg lah yer..


EmoticonEmoticon