Mengapa Tiada Orang Baca Blog Aku?

Ramai blogger akan hadapi fasa ini.

Alamak, pageview blog tak naik-naik, entri tak ada orang komen, tak ada blog yang berikan backlinks. Dengan kata lain, blog tak ada orang baca. Tak siapa baca blog. Mengapa? "Mengapa tiada orang baca blog aku?" ... beginilah rintihan ramai blogger, baik blogger baru mahupun yang dah lama ada blog.
Mengapa tiada orang baca blog aku?

Jika anda ada masalah seperti yang saya katakan, mari kaji bersama-sama.

Ketepikan blogger yang mungkin baru dua minggu buat blog. Tengok pada apa yang sudah anda kongsi, tulis dan cerita dalam entri-entri lepas. Mengapa tiada pembaca? Jangan fikir lagi mengenai entri yang bagaimana nak anda kongsikan dalam blog. Ini bukan berkenaan entri apa yang akan memancing pengunjung serta pembaca, ini adalah untuk melihat kesilapan lalu yang tidak mahu anda ulang lagi.

Cari Sebab Mengapa Tiada Pembaca

Anda perlu cari sebab mengapa blog anda tiada pembaca.

Cuba tanya pada diri sendiri, dan lihat kembali entri-entri lama anda dalam blog yang sudah berbulan dan bertahun anda buat ini.
  • Adakah anda hanya terbitkan entri ulangan yang telah diterbitkan oleh blogger lain?
  • Rekabentuk blog anda bagaimana? Cukup buat orang terpesona dan rasa suka?
  • Adakah blog ada telah dioptimasi dengan keperluan enjin carian - SEO?
  • Dan paling penting, adakah anda pakar atau setidak-tidaknya tahu apa yang anda ceritakan dalam blog anda?
Mesti akan ada sebab, paling tidaklah, mesti ada sekurang-kurangnya satu sebab mengapa orang tidak membaca blog anda. Dan anda perlu tahu sebab itu. Penting untuk anda tahu dengan melihat kembali pada entri-entri secara keseluruhan dalam blog, dan tenung kembali blog anda berdasarkan soalan-soalan yang telah saya usulkan tadi.
Mengapa Tiada Orang Baca Blog Aku?

Anda Perlu Tahu Apa Yang Diceritakan Dalam Blog

Pernah saya tampilkan dulu, untuk membolehkan orang baca berulang kali blog anda (datang singgah selalu), anda perlu cerita dan kongsi benda yang anda tahu - seperti pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang anda miliki. Kongsi perkara yang hanya unik kepada anda - seperti gambar anda bercuti di Cameron Highlands, gambar anda ke Amsterdam. Ini bagai meyakinkan pengunjung yang bakal menjadi pembaca blog anda, bahawa anda arif dengan apa yang anda ceritakan.

Lihat blog-blog yang sememangnya hebat dan dapat trafik serta komen yang tinggi. Apa keistimewaan isi kandungan blog tersebut?

Inilah perkara yang anda perlu lihat dalam blog anda apabila memikirkan kenapa dan mengapa tiada orang baca blog anda.

Moga bermanfaat, in Sha Allah.



{ 57 comments.. read them below or add one }

Yumida Huda Yumida Huda September 10, 2013
This comment has been removed by the author.
Yumida Huda Yumida Huda September 10, 2013
nice sharing bro hh
turun naiknya pv..harus kita kaji kan
Bin Muhammad Bin Muhammad September 10, 2013
Jangan selalu bersungut tapi tidak berusaha mencari punca masalah dan membuat kajian. Mengharapkan sesuatu keajaiban tanpa melakukan sesuatu...itu mustahil.
kamil salleh kamil salleh September 10, 2013
Sedikit sebanyak dapat memberi peringatan dan panduan ke arah blog yang lebih baik...
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah September 10, 2013
trafik blog fae turun kalo fae x aktif blogwalking huhu and also kalo x update entri baru..
MY@R MY@R September 10, 2013
Usaha yang berterusan dan jangan cepat putus asa..www.tepakku.com.
Fizi Zaidi Fizi Zaidi September 10, 2013
betul tu..banyak yang perlu dikaji kembali utk majukan blog..:) nice entry bro^^
kucha lana kucha lana September 10, 2013
hebat..tunjuk ajarku sifu
hafiz hafizol hafiz hafizol September 10, 2013
ok.. kejap nak check kt blog apa yg kurang.. pengunjung x bertambah-tambah nie hehehehe =p
||aLeaSaRa|| ||aLeaSaRa|| September 10, 2013
samalah kita huhu...tqvm ye HH for this tips :)
Prince of Noob Prince of Noob September 10, 2013
macam mana nak naikkan trafik blog nih?
Fendy Fendy September 10, 2013
baru kita fikir apa yg pembaca nak, apayg perlu di lakukan utk blog konsisten pembaca...
Nissa Jalaluddin Nissa Jalaluddin September 10, 2013
Ya Allah..sgt membantu! sangat5 bermanfaat! tq... =)
mahmud thalut mahmud thalut September 10, 2013
Masih menghadapi situasi 'writer's block'
PakcikLie PCL PakcikLie PCL September 10, 2013
terima kasih dgn tips yg bagus mcm ni HH .
pha is pha is September 10, 2013
perasaan biasa yg pernah dialami mana2 bloger.. thanks untuk tips tu...
epik high epik high September 11, 2013
This comment has been removed by the author.
epik high epik high September 11, 2013
Hmm, membantu jugak ni :)Thanks ! Aeen baru kat dunia blogging ni , sudi-sudi jugak la follow ye senior semua ;D
http://aeenamalina.blogspot.com/
Elih Japahar Elih Japahar September 11, 2013
Tips yg bagus utk blogger picisan mcm sy hehe...tq bro HH
Ahmad Zarif Ahmad Zarif September 11, 2013
hebat bro HH ni.. Thanks 4 the tips. memang wow! hehe
nurul harnani nurul harnani September 11, 2013
terima kasih atas tips ni. sgt bagus.

salam ukhuwah dr nanie
Khairil Mazri Khairil Mazri September 11, 2013
lagi bagus kalau takde cerita gosip ntah apa-apa ntah kat blog kita. boleh kita cerita pasal artis, tapi biar berhemat.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Terima kasih Lynn .. moga perkongsian ini dapat bantu ramai blogger dapatkan pembaca setia mereka.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Ya. Jika kita seorang blogger yang sering ambil berat mengenai blog, maka kena tengok, kaji sikit2.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
In Sha Allah. Moga lebih ramai blogger akan dapat manfaatnya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Maka, perlulah cari jalan lain untuk bolehkan trafik blog sentiasa ok.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Terima kasih Leeza. Saya harap dan doakan entri ini dapat bantu ramai blogger Malaysia dapatkan pembaca ke blog mereka.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Apa yang hebat? Seseorang manusia itu hanya akan jadi hebat kalau Allah suka.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Errkk terima kasih Khairil Mazri sebb ingatkan saya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Terima kasih Nurul Harnani.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Banyak lagi tips yang boleh blogger amalkan.
tarmizi tarmizi September 11, 2013
Inilah lumrah kehidupan sebagai blogger
Hafiz Md Hafiz Md September 11, 2013
ada info yg menarik pasti akan ada yg datang ke blog...tp yg dtg belum tentu akan tinggalkan komen...hohoho
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Hehehe.. jangan tak check .. :P
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Ya. Kena fikir, sbb dalam apa benda pun, kena guna otak dan akal.
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad September 11, 2013
Masih tercari2 dimana kelemahan dan niche blog www.ieta-myblog.blogspot.com
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad September 11, 2013
Blog sy terlalu ramai silent reader... huhu...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Semua orang hadapinya. :) walaupun seorang penulis novel terkenal sekalipun.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Terima kasih kembali kerana sudi korek dan kongsi ilmu juga.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Elih Japahar blogger picisan ke? Hmm saya nampak dah semakin bagus dah.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Hmm ... silent readers kadangkala lebih bernilai daripada mereka yang komen tu. Jangan perlekehkan mereka, sbb ada di antara silent reader itu amal dan praktikkan apa yang dismapaikan. Itu kan lebih bermakna?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Blog tiada komen tapi trafik tinggi - tu banyak silent reader la tu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2013
Carilah kekuatan sendiri, mesti ada punya. Allah dah bagi anda kelebihan tu, cuma kena selidik dan berusaha mencarinya.
Ainim Suju Ainim Suju September 11, 2013
trafik blog saya agak menurun sejak hari raya sehingga sekarang.rasanya sebab saya sendiri kesuntukan masa utk blogging kot
Hairul Hafiz Hairul Hafiz September 12, 2013
bagi saya kena mantapkan seo dulu....sila beri tunjuk ajar bro..
Azwar Syuhada Azwar Syuhada September 12, 2013
tips yang sangat bermanfaatt.. First time jejak ke blog HH!! Salam kenal!! Seo?? apakah itu?? :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 13, 2013
SEO- kalau kita bukan blogger famous...kena guna SEO, baru blog leh dapat trafik.
Anis Salmizan Anis Salmizan September 25, 2013
saya cuba perbaiki atas nasihat sifu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.