Ambil Perhatian Dengan URL Blog Anda

Masih ramai yang bermula dengan meletakkan URL blog terlalu panjang dan sukar untuk diingati. Pada anda, mungkinlah tak berapa susah, namun bagaimana pula dengan pengunjung blog anda? Bagaimana mereka mahu ingat URL dan nama blog anda ketika tidak berada di depan komputer? Maka, anda sebagai seorang blogger baru terutamanya, jangan lakukan kesilapan dengan tidak ambil perhatian dengan URL blog anda.

Ambil Perhatian Dengan URL Blog Anda

Walaupun, saya dan kebanyakkan blogger yang ada pengalaman lampau berkali menegaskan bahawa nama blog dan URL perlu ringkas, padat serta mudah diingati. Ya, saya akui ada blogger terkenal contohnya Fatin Liyana tidak pun aplikasikan teknik ini, tapi harus anda ingat, blognya muncul tatkala anda baru sahaja nak kenal dunia blog - pengikutnya sahaja sudah boleh menjadikan dia dikenali serata dunia. Tambahan lagi, waktu Fatin Liyana buat blog ... jumlah blog yang ada tidak seperti sekarang, maka teknik dan taktik untuk blog dikenali telah berubah.

Bayangkan kalau ada 100 blog ... untuk tampil dalam kalangan itu, blog anda pertama-pertamanya perlu dan mesti ada URL yang mudah untuk diingati, nama blog yang unik serta memikat perhatian orang yang melihatnya.

Tips Ringkas Cari URL Blog

Ada beberapa tips mengenai mencari URL yang sesuai.

  • Tidak terlalu pendek sehingga buat orang lupa.
  • Tidak terlalu panjang sehingga ia sukar untuk diingati.
Pendek sangat sehingga tiada nilai yang unik, seperti oh.blogspot.com (contohnya) boleh dipanjangkan sedikit menjadi ohblogger.blogspot.com atau ohtidak.blogspot.com.

URL yang terlalu panjang pula akan sebabkan sukar untuk anda ingat, malah kadangkala bila dicatitkan atas kertas, akan ada yang sasul mencatatkannya.

Pada sesetengah, pemilihan URL mungkin lebih kepada trial and error, lihat sejauh mana ia boleh melekat dan bertahan di dunia blog.

Seperti nasihat Redmummy - seorang blogger yang cukup dikenali, URL sesebuah blog perlu mudah dan cerminkan diri anda atau cerita anda. URL atau nama blog yang baik mestilah yang boleh menceritakan secara am mengenai blog anda.

Contoh:
Ben Ashaari (www.benashaari.com) - Entri tentu berkaitan dengan kehidupan seorang lelaki bernama Ben Ashaari. Nama Ben itu pun dah boleh menarik minat memandangkan kewujudan blog tersebut tatkala nama Ben Laden sedang hangat diperkatakan di dunia maya.

Hanis Zalikha (www.inibelogsaya.blogspot.com) - Walaupun agak panjang tapi URL blog itu dah boleh ceritakan apa yang akan terkandung di dalam blog di sebalik nama blog Hanis Zalikha. Ini belog saya - mengatakan bahawa ini belog kepada Hanis Zalikha.

Tertunailah Hasrat di Hati (www.kakinakl.com) - Nama blog cukup unik dan buatkan orang tertanya-tanya, apakah yang tertunai di hati. Hati siapa? Kak Ina? Siapa pula kak Ina KL ni? Dan kalau dilihat pada URL, sekali imbas macam Kaki Nakal je .. kan kan? Nampak tak keunikkannya di situ?

Hidup Biar Sedap (www.kujie2.com) - Sekali lagi nama blog yang cukup mengiurkan, menyelerakan, menyedapkan? URL blog pun agak mudah nak ingat.

Jadi, buat blogger baru yang mungkin masih belum lagi terlalu jauh melangkah, boleh cepat-cepat memikirkan URL yang benar-benar sesuai untuk anda gunakan pada blog. Jika dah terlanjur, gunakan pendekatan membeli nama domain sendiri untuk dapatkan URL yang unik dan menarik. Jika tak ada dana untuk beli nama domain sendiri (sekitar RM38 setahun), maka cuba cari nama blog yang unik yang boleh berikan impak kepada pengguna internet.

Masih banyak ruang untuk anda meneroka nama serta URL blog anda. Lihat sekeliling, lihat diri ... apakah yang unik mengenai diri anda.







Ambil Perhatian Dengan URL Blog Anda

6 comments.. read them below or add one

Ainim Suju Ainim Suju September 11, 2013
url blog saya guna nickname saya sendiri ainimrashihah. harap senanglah org nak ingat
weschairs weschairs September 12, 2013
Bagaimana pulak http://peluangtercipta.blogspot.com en Hasrul adakah senang diingat?
YuSeNzE - KniGhT YuSeNzE - KniGhT September 12, 2013
Nama pun tips. Kena la tunjuk kaedah yang skema. hahha..

Pemilihan nama domain itu sangat penting terutama sekali bagi mereka yang benar2 peka dan serius dalam dunia blog. Contohnya nama domain dengan perkataan Melayu tidak praktikal untuk jejak carian global. Nama domain juga bertindak sebagai kata kunci. Terutama sekali bagi yang berbayar (domain, hosting)

Kalau nak ikut contoh2 nama blogger di atas, bagi blogger kelas bawahan mcm saya rasanya tidak membantu sangat dari segi SEO. Semua blogger di atas adalah nama besar dalam komuniti blogger. Populariti bukanlah tips yang sesuai untuk blogger rekrut.
Lynn Munir Lynn Munir September 12, 2013
Hemm...nama blog saya dah ringkas dah kut...
Mia Liana Mia Liana September 12, 2013
mia punya pendek je... heheheh entah HH ingat ke.. tak tu.... huhuhu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.