Langkau ke kandungan utama

15 Sebab Blog Kurang Komen

Entri kurang komen satu hal. Blog kurang komen pula satu hal lain. Entri kurang komen, itu normal. Blog saya sendiri pun banyak je entri kurang komen. Tapi, andai blog kurang komen, mesti ada masalah di mana-mana. Paling busuk pun, sesebuah blog mesti, harus dan perlu dapatkan paling tidak minima 20-50 komen. Ingat ehh ... ni cakap soal blog bukan entri!
15 sebab blog kurang komen

Blog kalau kurang komen, kena lihat dari perspektif keseluruhan. Dan bila nak tengok keseluruhan, anda perlu lihat pada setiap entri. Paling senang, anda lihat entri yang ada komen, dan lihat entri yang tak ada komen langsung. Apa perbezaan keduanya yang boleh anda cari, dan jadikan perbezaan itu sebagai nota penting - Awas, jangan tulis lagi entri seperti ini!

Blog ini pun bukan semua entri akan ada komen terisi. Ada je entri yang ruangan komennya ibarat rumah kosong di tengah sawah.

Namun, nak bagi ingatan di sebalik blog yang kurang komen ni. Lihat juga jumlah perkongsian entri tersebut - mungkin komennya kosong, tapi jumlah Like ... jumlah +1 dah lebih daripada jumlah keseluruhan komen yang ada. Sekarang, fikir balik ... hehehe..

15 Sebab Blog Kurang Komen

Saya nak kongsikan 15 sebab sebuah blog kurang komen, tapi saya nak notakan separuh je, separuh lagi anda kena dapatkan di entri asal yang disediakan oleh blog INI  +Mieza Jhaa K
  1. Kurang blogwalking ke blog orang. Biasa lah sikap malas sentiasa ada kan. Mungkin juga anda busy, tapi itulah cara paling mujarab kalau nak orang komen kat blog kita.
  2. Ada Word Verification la macam-macam. Erkk paling tak suka. Tolong check blog masing-masing ye. Biasanya saya akan komen sekali je. Pastu serik dah nk pergi. Kejamkan saya? *rasa nak bagitau tapi bila ingat kena masukkan balik word tu.. ermm tak jadi lah. Bye2!
  3. Entry tak best. Hehe..komen entry orang pulak. Tapi saya tak maksudkan sapa-sapa la. Cuma nak bagitau kalau entry tu cincai-cincai je memang orang tak suka baca. Nak komen pun malas. Blah cepat-cepat!
  4. Tulisan terlalu kecil sampai sakit mata dibuatnya. Ada jugak yang guna huruf berwarna silau dengan backgroud cerah. Adakah orang boleh baca? Anda sorang je kot. Cukup sekadar tulisan hitam background putih. Pasti ramai yang suka.
  5. Orang tak faham kita nak cakap pasal apa..contohnya poem yg amat tersirat maksudnya. Baca sampai tengah jalan muntah hijau. Kecuali la jika anda bagitau maksudnya.
  6. Tajuk kebabomm...tapi isi merapu-rapu entah kemana. Ishh apa kes?
  7. Tiada tarikan dalam penulisan.. Membosankan. Kalau semua entry macam tu, mungkin orang tak hingin dah nak datang lain kali. 
  8. .............................
  9. ....... ........
  10. ........
Dah dah .. cukup saya berikan info yang 7 ini, yang selebihnya anda kena baca kat blog yang kongsikan pendapat ini kepada anda. Setuju atau tidak, anda sendiri ada akal ... ada ilmu .... ada pengalaman, boleh fikir ....

Baca lagi 8 sebab blog kurang komen di entri ini - Kenapa Blog Kurang Komentar?

Dan antara sebab yang menarik perhatian saya dan pernah saya tampilkan dalam blog ini ialah sombong ...

Sombong buatkan blog anda macam rumah berhantu ... masuk bayar pastu cari jalan sendiri dan kemudian keluar sendiri, sekali dah masuk, esok lusa tak masuk dah .. sebab dah tahu apa isi yang gelap gelita. ... adeh.




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. hehe berguna sungguh ilmu ni

    terima kasih ya bro HH :)

    BalasPadam
  2. arghhhhh kadang2 terasa dan terkena tempias. dulu rajin blogwalking. but now kena rajin2 kan diri terjah blog.

    tq for the tips :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan paksa diri. Buat seikhlas hati. :)

      Padam
  3. Semuanya betul.. Hurmm.. tak reti nak buat entri best2.
    Ikut suka hati aje. Nak blogwalking selalu pun tak berapa rajin. Huhu.

    Selalu aje blog ni ter'update'. bagus betul. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm lama2 banyak menulis akan temui juga formula tu

      Padam
  4. nak kena terjah banyak blog...kena selalu rajin berjalan ke blog orang lain...

    BalasPadam
  5. terjah la blog saya haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada je terjah, cuma mungkin kekurangan idea untuk komen sesuatu.

      Padam
  6. ni sy jenjalan kat sini ni..ape lg, terjah la balik..blog sy mmg xde komen langsung pun..hahaha..
    http://nuurjana.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. banyak lg yg sy perlu belajar ni

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Heh. Masuk akal ok, jangan masuk angin ...

      Padam
  9. thanks for the tips HH..saya akan usaha untuk terbitkan entri yang lebih baik

    BalasPadam
  10. Bila baca entry-entry macam ni..kalau tak kuat semangat memang boleh say goodbye to the blog..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, akan diberikan kekuatan untuk terus berada di dalam dunia blog Malaysia.

      Padam
  11. makin lama makin aku suka plak singgah sini..kena bookmark nampaknya pasni..haha

    BalasPadam
  12. Moga mampu terus setia bersama blog Tuan HH

    Selamat Hari ATM ke 80

    BalasPadam
  13. Tips yang sangat berguna untuk saya..kena berusaha lebih lagi ni

    BalasPadam
  14. Dalam apa jua kerja yang kita buat ikhlas adalaah kata kunci utamanya..jangalah semata-mata blogwalking sebab nk orang komen..buat seikhlas mungkin..balasaannya pasti ada..jangan mengharap..usaha dan tawakal pasti akan berjaya..saya masih baru dalam dunia blogging ini..masih banyak yang perlu diperbaiki..dari www.tepakku.com

    BalasPadam
  15. Lepas ni kena selalu2 blogwalking la nampaknya.. :D

    BalasPadam
  16. Blog yang pertama di baca pagi ni..good info..kena selalu semak diri...n perlu lebih kreatif

    BalasPadam
  17. assalamualaikum hh...menarik ilmu yg dikongsikn bersama...kena juga pelajari ni...;)

    BalasPadam
  18. style saya blogwalking, 1hari yg free, sy akn baca beberapa entri yg akn buat sy tinggalkan komen even tuan punya blog tak jengah pun blog saya. tak kisah... janji blogwalking.
    1 lg, sy akn cari 1hr yg free utk jwb smua komen dlm blog sy tu n blogwalking balik ke blog mereka yg sudi komen di blog saya. Nak cari masa tu, berkapang gak la... so, buat slow2 sekadar termampu... Maklumla... sy mengajar pagi ptg... bisnes lg... huhu... thanks buat entri ni ^__^

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum..tips yg menarik....kena berusaha lagi nie....

    BalasPadam
  20. Assalammualaikum... bro HH,

    terima kasih sesangat dengan entry yg bermanfaat nie..

    mselim3

    BalasPadam
  21. blogwalking tu mmg sangat2 penting, lagi2 kalau join giveaway, lagi lah best orng duk komen kat entry ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…