Trafik Tinggi Umpan Pengiklan

As-Salam. Ada yang tidak berapa nak kesah mengenai trafik blog. Namun, kalau anda seorang blogger yang mungkin mahu blog menjana pendapatan, adalah penting memastikan trafik blog sentiasa mantap dari hari ke hari, minggu ke minggu ... seterusnya bulan ke bulan.

Apabila trafik blog mantap dan berada di dalam kedudukan yang baik, maka blog anda boleh mengumpan pengiklan untuk beriklan di blog anda. Trafik tinggi menunjukkan bahawa blog anda ada nilai untuk dikunjungi. Tips paling berkesan untuk mengumpan para pengiklan ialah memastikan blog anda boleh menjana trafik di waktu tiada entri atau post terkini di blog.

Jika tatkala blog anda sedang 'bercuti' tetapi mampu untuk menjana trafik yang agak baik, sudah tentu ia akan menarik perhatian para pengiklan. Masakan tidak, kalau tanpa entri terkini boleh jana trafik sehingga ribuan sehari, bagaimana pula andai ada entri baru dikemaskini? Itu persepsi yang akan difikirkan oleh para pengiklan (fikir sayalah).
trafik blog ohblogger malaysia julai-ogos 2013
Ia menunjukkan kemampuan blog untuk menjana trafik. Dan kemampuan ini membolehkan iklan-iklan dipasang di blog anda dilihat dan dipromosikan kepada pengunjung blog yang dari pelbagai latar, umur, bangsa, kedudukan kewangan dan sebagainya.

Seperti yang telah saya sebut, tulis dan perkatakan sebelum ini, ada banyak cara, tips dan panduan untuk membolehkan blog anda menerima trafik di kala waktu blog anda kekeringan idea, di waktu si penulis blog bercuti. Praktikkan mana yang sesuai.

Blog boleh integrasi dengan pelbagai platform lain seperti Instagram, Twitter mahupun Facebook. Ada widget dan gadjet berkaitan yang boleh anda pasang di blog sebagai salah satu tambahan menarik perhatian pengunjung.
trafik tinggi ohblogger malaysia
Seperti awalan saya katakan, trafik hanya penting untuk mereka yang memikirkan untuk menjana pendapatan dari blog. Apatah lagi andai anda seorang blogger sepenuh masa - seperti saya yang sangat mahukan blog menjana pendapatan (sampingan).

Trafik ke blog boleh dijana dari pelbagai sumber, cari ilmu mengenainya dan praktikkan, in Sha Allah, akan ada hasil positif darinya.


5 comments.. read them below or add one

Nazri Darus Nazri Darus August 13, 2013
Terima kasih..memang banyak yang dapat dari info anda. Saya ni blogger baru..mungkin boleh belajar sedikit sebanyak tentang bisnes saya...tq
Pinkbubblegumprincess Pinkbubblegumprincess August 13, 2013
yeap betul tu,, trafik penting untuk blog.. :)
Bin Muhammad Bin Muhammad August 13, 2013
Salam Lebaran HH,
Ya...Trafik bukan sahaja penting utk mereka yg inginkan tarikan pengiklan, tapi juga utk ramai orang dpt manfaat dr maklumat dan info yg di sampaikan, barulah ilmu dapat disebarkan...
Leods Presla Leods Presla August 14, 2013
Malangnya cara nak naikkan trafik tu agak sukar :)
MY@R MY@R August 15, 2013
Satu lagi panduan yang berguna kepada blogger..tidak kira blogger baru ataupun blogger lama..www.tepakku.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.