Langkau ke kandungan utama

Tip Hadir Rumah Terbuka OHBlogger Malaysia

As-Salam. Kemeriahan masih lagi terasa. Amalan mulia berkunjung ke rumah sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan masih lagi meriah di sana sini. Di mana-mana ada sahaja rumah terbuka meraikan tetamu yang hadir. Dan inilah kesempatan paling mudah buat OHBlogger Malaysia merapatkan jalinan perkenalan yang dah lama dijalin dan terjalin. Maka, entri ini nak kongsikan sedikit mengenai tip hadir rumah terbuka, haaa ... bukan main langkah masuk dan terus ngadap apa yang terhidang. Perlu tahu sedikit sebanyak panduan agar kehadiran kita itu tidak memberikan kesusahan pada empunya rumah.
Tip hadir rumah terbuka ohblogger Malaysia

5 Panduan dan Tip Hadir Rumah Terbuka Hari Raya

Ambil Makanan dalam Jumlah Kecil

Jangan tamak haloba. Andai nak merasa semua aneka juadah terhidang, sila ambil dalam kuantiti kecil. Anda perlu tahu, bukan anda sahaja diraikan. Ia juga adalah untuk kesihatan anda. Makan berlebihan adalah memudaratkan. Ia juga dapat elakkan dari berlaku pembaziran - memastikan makanan diambil habis dimakan.

Elak Beraya Terlalu Lama

Sesetengah dari kita ambil masa sehingga lebih sejam berada di rumah terbuka. Alangkah molek jika diberikan ruang dan peluang untuk tuan rumah berehat dan melayan tetamu lain yang hadir atau mungkin hadir. Jangan jadikan rumah kunjungan seperti rumah sendiri, melainkan ia rumah adik beradik atau sanak sedara yang memang akrab dengan anda. Ingat, anda perlu beri ruang untuk orang lain juga.

Berkatalah Perkara Baik

Jangan cemari hari raya dan kunjungan anda dengan menjaja cerita tidak benar, bergosip, umpat mengumpat ... apatah lagi fitnah. Carilah cerita yang baik, yang boleh memberikan manfaat. Kongsikan kegembiraan sepanjang anda berpuasa sebulan. Harus ingat, setiap tutur kata di hari lebaran adalah satu doa. Jadi, tambahkan keberkatan hari mulia dengan bercakap perkara yang boleh memberikan anda saham baik untuk akhirat.
Foto

Duit Raya untuk Si Comel

Anak-anak adalah insan paling seronok dan gembira. Berikan sedikit duit raya atas kemampuan anda. Tidak perlu risau dengan nilai yang ada kerana nilai di sisi Tuhan adalah yang lebih utama. Niatkan untuk sedekah amal jariah bagi menjadikan anak-anak itu insan soleh dan solehah.

Doa untuk Tuan Rumah

Saya pasti ramai yang jarang buat hal ini. Sepatutnya selain mengucapkan salam Aidilfitri, eloklah dimulai makan dan minum dengan doa. Ia bertujuan agar apa yang dihidangkan lebih berkat. Sebelum pulang, doakan pula untuk tuan rumah agar dilimpahkan rezeki yang baik dan halal, serta kesihatan yang sempurna agar apa yang kita kecapi hari itu, boleh kita kecapi lagi di Aidilfitri akan datang. Syukur dengan hidangan yang ada, dan sentiasa ingat bahawa kegembiraan yang hadir adalah kerana susah payah orang lain.
ohblogger raya aidilfitri

Dah, itulah antara tips dan panduan hadiri rumah terbuka yang dapat saya kongsikan. Moga ia boleh dijadikan pedoman untuk dipraktikkan, in Sha Allah.

Kredit Foto: BicaraMakDara dan Rotikaya


advertisement


Komen Pembaca ...

  1. betul2. pada masa inilah kita dapat eratkan hubungan silaturrahim sesama rakan. Tapi jangan pula sampai mengganggu tuan rumah.

    BalasPadam
  2. Betul sgt tu, adab diri nilai murni jgn dilupa..
    slmt hari raya, maaf zahir batin ye sifu

    BalasPadam
  3. tip yang sangat berguna..membantu dan mengingati sesama kita agar tidak terlupa..www.tepakku.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …

iklantwo