Langkau ke kandungan utama

Pageviews Kosong - Tiada Pengunjung

As-Salam. Ada yang tanya pada saya - "Bro, blog bro mesti tak putus-putus dengan pengunjung kan? Mesti pageviews mantap je setiap hari." Hmm itu kata dia, tapi saya nak tunjukkan bahawa kadangkala ada masa blog yang berada di kedudukan terbaik Alexa pun akan terima nasib tiada kunjungan.

Ya, saya tak nak sorok-sorok, ia memang berlaku. Bagi saya, itu normallah. Pageviews kosong, bererti tiada pengunjung, tiada trafik. Bukan bererti itu isyarat tanda merah suruh saya berhenti berblog. Itu tanda bahawa entri dalam blog sudah kurang menyengat, kurang memikat. Signal itu menunjukkan bahawa saya tidak boleh duduk diam, tidak boleh alpa, tidak boleh duduk selesa.

Pageviews Kosong - Tiada Pengunjung


Ada yang anggap, oh blogger itu sudah ramai pengikut, dah ramai yang singgah setiap hari. Itu sekadar tanggapan mereka, tetapi realiti dan kenyataannya hanyalah pemilik blog yang tahu. Saya pasti, ada yang fikir bahawa blog ini hari-hari terima trafik ribuan, tetapi percayalah ada masa trafik merudum juga. Jadi, jangan gelisah resah kalau blog anda juga begitu.

Seperti awal tadi saya dah beritahu, itu adalah normal. Tidak perlu menjadi pematah semangat. Apa yang ditunjukkan adalah untuk diri kita perbaiki mana-mana kelemahan.

Pasaran saham pun sering jatuh dan naik. Tengok sahaja harga emas. Ramai yang anggap ia komoditi paling stabil, tetapi ada unsur lain yang boleh pengaruhi harganya untuk terus berada di tahap harga terendah. Semua itu normal.

Hidup pun macam tu. Adakala bahagia, adakala hiba. Adakala sedih, adakala ceria.

Saya menulis entri ini sekadar untuk menasihati diri dan juga rakan blogger lain. Ada waktu, kita akan merasa blog kitalah yang terbaik, dan ada waktu kita kena pasrah bahawa ada blog yang lebih baik dari kita. Jangan terlalu sombong sebab kerana kesombongan itu akan memudaratkan kita.


Komen

  1. setuju dengan entri ini..

    selamat berpuasa & berhari raya buat HH sekeluarga

    BalasPadam
  2. camne trafik kurang tapi alexa tinggi ea? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trafik ni kurang sbb blog ni tukar niche dia, dulu memang kemaruk dok cerita pasal artis itu ini. Sensasikan banyak cerita, jadi time tu mencanak naik. Dah 5 tahun ... jadi fikirlah trafik blog 5 tahun dengan 3 tahun.

      Padam
  3. yang penting jangan berhenti bekerja..

    BalasPadam
  4. Suka baca pendedahan yang ikhlas begni.

    BalasPadam
  5. perkara biasa...tu.ada masa ada dan ada masa tiada pula

    latest entry posted:Garis Panduan Menerbitkan Entri

    BalasPadam
  6. tak pernah lagi kosong tapi 3-4 hari ni trafik jatuh dengan mendadak

    seakan ada sesuatu yang tak kena

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sbb Google Panda yang hebat diperkatakan tu.

      Padam
  7. saya pernuh berbulan x ada Pageviews x kisah pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. HMm kalau ada income lain tak mengapa, macam saya .. 90 peratus income datang dari blog .. jadi tak ada trafik, tak ada income.

      Padam
  8. betul tu bro, naik turun tu normal.. sekarang ni proses recession kat blog saya.. pv bawah 100 tu normal di blog saya...kena work 101% harder tuk lebih trafik :)

    BalasPadam
  9. Ok.. Sy kena blaja tarik traffic lg ni..

    BalasPadam
  10. normal lah tu,.. hihi.... jangan taksub sangat kejar trafik sehingga menjadi lalai dengan kewajipan yang lain...

    BalasPadam
  11. soo true.. pageview ni saya anggap macam jalan raya juga.. kadang kadang jemm kdg2 lengang.. kadang2 hari raya sepatutnya meriah tp hakikatnya time rayalah jalan raya jd kosong.. errrr harap ada yg paham dgn meroyan saya ni hehe

    BalasPadam
  12. setuju setuju.. yang penting, jangan mudah putus asa..

    BalasPadam
  13. btul3
    http://agdaudr.blogspot.com/:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.