Langkau ke kandungan utama

Iftar 2013 Bersama Hanis Zalikha

As-Salam. Siapa yang tidak kenal dengan blogger cantik menawan - Hanis Zalikha. Baru-baru ini, 4 Ogos 2013 bertempat di Restoran Alicafe Tiga Rasa, Taipan, Subang Jaya, Hanis Zalikha telah bertemu dengan para pembaca setia blognya untuk majlis Iftar with Keknis. Kira-kira 20 pembaca setia dan peminatnya telah hadir dalam majlis tersebut.

Mungkin ramai nak tahu suasana majlis yang berlangsung, maka saya kongsikan beberapa gambar yang telah diambil pada majlis Iftar 2013 Bersama Hanis Zalikha ini. Terima kasih kepada blogger Nana S kerana sudi berkongsikan gambar-gambar menarik di majlis tersebut.

Gambar Iftar 2013 Bersama Hanis Zalikha (Iftar with KekNis)



Lagi gambar menarik suasana iftar boleh anda lihat di blog Nana (klik).

Errrr amacam? Heh .. ada yang terlepas dan melepas untuk hadir ke majlis iftar bersama Hanis Zalikha ke?

Oh ya, mungkin ada yang nak tahu kenapa tak ramai yang hadir? Ini adalah kerana Hanis Zalikha menghadkan jumlah orang yang boleh hadir kerana mahu lebih mesra dan memastikan agar dia dapat melayan tetamu-tetamu yang hadir. Hmm cukup bijak bukan? Tak adalah nanti diangkat sebagai blogger yang sombong.

Hanis Zalikha seorang blogger yang agak peramah - berdasarkan beberapa pengalaman daripada rakan blogger yang pernah bertemu dengan si cantik manis ini.



Lagi Komen Pembaca ...

  1. ada terniat nak join, tapi malas pula.. huhu melepas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eceh... best punya alasan tu ...

      Padam
  2. mmg tak tahu menahu pun. hehe... mmg dia cantik cun melecun. hep, puan tak marah ke puji sakan ni...? hehe....

    BalasPadam
  3. hanis zulaikha. blogger paling cun

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum.... HH,

    biasa lah orang lawa semua orang suka...kan.

    mselim3

    BalasPadam
  5. Nampak meriah. Cantiklah keknis

    BalasPadam
  6. Mungkin satu hari nanti dapat join dengan blogger ini..www.tepakku.com

    BalasPadam
  7. hh bila nak buat macam nie huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh mana ada yg nak sponsor ... :P

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.