22 Ogos 2013

Hasrat Tercapai? Jadi Panduan Blogger Blogspot Malaysia?

Dah lama tak Google blog sendiri. Kali ini saya cuba lihat sejauh mana kedudukan blog ini dalam enjin carian Google Malaysia. Dah lama nak lihat, cuma tak terlihat. Dan kali ini saya taip kata kunci dan lihat sejauh mana letaknya blog ini dalam pencarian kata kunci di enjin carian. Saya mahu tengok adakah hasrat saya selama ini telah tercapai?

Dengan menggunakan beberapa kata kunci pilihan sendiri, saya pun melihat hasil carian. Mungkin hasil ini berbeza dengan apa yang mungkin anda dapat, al maklumlah, komputer saya ni versi otai .. old timer punya komputer.

Hasrat Tercapai? Jadi Panduan Blogger Blogspot Malaysia?


Blog Ilmu Blogspot Malaysia

Blog Panduan Blogspot Malaysia

Panduan Blogger

Panduan Blogging Blogger Malaysia

Panduan Blogspot Malaysia

Panduan Blogger Malaysia


Ini merupakan kata kunci atau keywords yang saya gunakan untuk target pembaca dan pengunjung blog ini. Semua paparan yang saya kongsikan di atas adalah benar setakat entri ini ditulis, tak tipu punya ..... dan berdasarkan kata kunci diberikan, blog ini hasrat tercapai berada di muka depan atau laman utama enjin carian untuk variasi kata kunci panduan blogger blogspot Malaysia.

Ini bukan hasil kerja usaha setengah jam atau beberapa jam, ini usaha bertahun. Konsisten dengan kandungan entri bukan mudah, apalagi menggunakan kata kunci yang perlu direbut dengan blog-blog hebat yang lain.

Tips mudah untuk berada di enjin carian dengan kata kunci yang anda pilih - konsisten dengan entri-entri seumpamanya. Bila konsisten dan banyak entri berkenaan kata kunci tersebut, in Sha Allah, anda juga akan nampak apa yang telah dinampakkan kepada anda di atas tu ....

Oh ya .. blog ini bukan blog popular .... mahu pula saya sebagai blogger popular .. kerana apabila dicari menggunakan Google ... memang tak akan nampak kelibat blog ini atau wajah saya; jadi tak perlulah anggap saya sebagai blogger popular (perasan) ... itupun jika adalah.

Siapa blogger popular? Anda boleh Google sendiri ....


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

15 Komen Hasrat Tercapai? Jadi Panduan Blogger Blogspot Malaysia?

moga hasrat tersebut tercapat :) tapi kira hebatlah tu berapa page di main page google .,.apa pon tahniah

tahniah HH, nak capai ke taraf tu mmg payah bagi zaza lah.. hehe =)

bro tetap blogger yang tersohor.. blogger yang wajib dihormati. :)

Sebenarnya Zaza, semua blogger Malaysia boleh buat.

HAhaha.. tersohorlah sangat. Tak ada apapun, biasa je, tulis sbb suka menulis dan kongsi .. itu sahaja.

keep it up HH....saya kena banyak belajar.......

memang terbaek blog panduan nie..
tahniah HH

kalau saya google semua keyword diatas, HH tetap berada no1. cayalah.

terbaik...tahniahhh... :)

fuhh..memang rajin tu sebenarnya..

orang hebat pakai platform apa pun dasat


EmoticonEmoticon