Awek Kena Pukau Kawan Facebook

Uhhh .. berhati-hatilah dengan kenalan yang anda add sehari-hari di Facebook. Di alam maya ni, lelaki tak kacak leh jadi kacak, gadis biasa-biasa boleh jadi awek paling meletop. Macam-macam jenis manusia yang suka ambil kesempatan. Facebook dijadikan sebuah profil diri alam fantasi.

Terbaru, ada pula gadis dari tempat saya ni - Parit Buntar, didakwa kena pukau oleh seorang lelaki yang baru dikenali menerusi Facebook. Dia kemudian dibawa lari dan duduk tinggal di rumah orang lain. Nasib baik diketemui balik, kalau tak .. manakan tahu apa nasib malang yang akan menimpa.

Awek Kena Pukau Kawan Facebook

Gadis dakwa kena pukau rakan facebook ohblogger

Saya cilok sedikit fakta daripada Berita Harian Online ini:

Parit Buntar: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dipercayai mengikut teman lelaki yang dikenali dalam laman sosial Facebook, pada 8 Julai lalu, kembali semula ke pangkuan keluarganya di sini Jumaat lalu.

Siti Sakira Ahmad, 18, mendakwa dipukau sehingga lupa dirinya sendiri dan keluarga selain tidak mengetahui kedudukan dia berada sehingga seorang wanita dikatakan ibu angkat yang menjaganya sepanjang 26 hari tidak kembali ke rumah, membaca mengenai kehilangannya dalam akhbar ini. 

Boleh baca selebihnya di sini - Gadis Dakwa Dipukau Teman Facebook

Jadi, rakan-rakan blogger yang asyik masyuk tambah kenalan di Facebook, hati-hatilah. Jangan sampai jadi macam kes begini.

Oh ya, agak-agak nak kenal lelaki kacak berkaca mata ..kulit hitam manis .. bolehlah add saya ni ... saya ok punya .. hahahahahahahaa... jom jadi rakan saya di Facebook ... klik sini - Facebook Jejaka Kacak Berkaca Mata.


4 comments.. read them below or add one

Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin August 05, 2013
Bahaya betul kalau kes macam ni. Macam-macam orang sekarang ni dekat FB
shark shark August 05, 2013
samapi x ingt diri sindiri..
bahaya jugak ni.
bomoh mana yg hebat nie.
Muhamad anuar Marsib Muhamad anuar Marsib August 05, 2013
Abang... Saya dah jadi rakan Abang dekat facebook boleh tak?... hehehe...
FaKArePa!n FaKArePa!n August 05, 2013
tinggi betol ilmu hitam mamat ni..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.