Skip to main content

3 Perkara Harus Buat Selepas Terbitkan Entri

As-Salam. Perghh memang hebat .. sekali buat entri sampai 3... 4 ... malah ada blogger yang boleh buat hingga lima entri setiap hari ... erkk lagi hebat buat dalam masa sejam! Ada memang ada, dan kebanyakkan blog-blog ini adalah blog informasi yang biasanya kandungan blog atau entri yang ada lebih 90 peratus adalah entri copy-paste.

"Bro .. adalah blogger yang bukan copy-paste yang boleh buat entri banyak-banyak camtu", kata seorang blogger kacak ni.

Ya, memang ada. Malah, saya sendiri akui ramai blogger yang punyai daya kreativiti hebat sehingga mampu hasilkan rentetan entri baru setiap jam, setiap masa. Kerajinan dan kreatif ini telah memberikan satu impak positif pada blog iaitu kebanjiran trafik. Tetapi seperti biasa, soal kualiti akan dipersoalkan di sebalik kuantiti.

Saya tak nak kongsikan mengenai entri copy-paste bagai ni ... tapi saya nak berikan tips mengenai apa yang perlu dilakukan selepas anda siap menulis dan terbitkan entri baru di blog anda. Ada perkara yang perlu anda ambil perhatian, dan mesti anda buat sebaik sahaja entri baru telah diterbitkan.
tips perkara harus buat selepas terbitkan entri baru

3 Perkara Harus Buat Selepas Terbitkan Entri

Kongsi dan Promosi di Laman Sosial

Anda letak butang perkongsian Facebook Like, Twitter dan G+; tetapi anda sendiri tak kongsikan entri anda itu. Patutnya anda menjadi orang pertama tekan Like, tweet entri anda, dan berikan Google+1 pada entri blog anda itu. Jangan nak harapkan pengunjung tetapi anda sendiri tak lakukan.

Ambil masa minima 1-2 minit untuk melakukan promosi di laman sosial. Gunakan bahasa atau teknik ayat umpan yang pernah saya ceritakan dahulu.
tips untuk dapatkan trafik - OHBlogger

Ping Entri Menggunakan Servis Ping

Anda perlu pastikan bahawa apa-apa update terbaru dalam blog anda sampai ke dalam dunia maya. Ping entri anda menggunakan servis ping yang ada, contohnya total-ping, autoping, pingoat dan sebagainya. Untuk blogspot selalu telah tersedia feedburner ping, namun dinasihatkan untuk sentiasa buat secara manual bagi memastikan entri anda itu telah tersebar luas dengan sepatutnya.

Ia juga untuk memastikan mereka yang melanggan newsletter (email subscription) mahupun rss menjadi pembaca terawal menerima entri baru daripada blog anda.

Masa diperuntukkan hanyalah kurang dari 1 minit.

Komen Blog Orang Lain

Anda digalakkan untuk komen pada blog orang lain, terutam blog-blog yang membolehkan entri terbaru blog anda dipaparkan (sistem commentLuv atau IntenseDebate). Untuk kesan lebih baik, komen di blog yang sama niche dengan anda.

Jika blog tersebut menggunakan sistem komen biasa (blogger.com); anda boleh cuba meninggalkan entri berkaitan dengan pengisian di blog tersebut. Percayalah, orang tak mahu baca kisah anak kucing hilang kalau anda kongsikan entri itu di blog teknologi. Atau kongsi kisah anda tengok konsert kat blog yang buat entri agama. Pilih yang ada kaitan dengan pengisian blog anda, itu lebih baik dan berjaya.

Ambil masa antara 5-10 minit untuk tulis komen bernas di blog yang sama niche dengan blog anda, dan kongsikan entri anda itu.

Ok, selesai. Dah siap entri baharu, dah diterbitkan dan buat 3 perkara asas di atas, in Sha Allah .. blog akan terima pengunjung dan kemungkinan mendapat pembaca setia... lalu meningkatkan jumlah pengikut serta trafik blog anda.



Comments

  1. tips yang berguna....ada perkara yang sy lakukan di atas HH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus begitu, harap ramai lagi akan ikut jejak langkah.

      Delete
  2. saya biasa guna teknik nom 3..
    teknik nom 1 jarang2..

    ReplyDelete
  3. Thanks HH...selamat hari raya, maaf zahir & batin ya...

    ReplyDelete
  4. teknik no 1 adalah lebih mudah dilakukan..tq HH atas info yang berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah, tapi bukan semua blogger yang buat.

      Delete
  5. biasa lebih banyak kepada bw dan tinglkan coment..thnk's bro utk tip ini..

    ReplyDelete
  6. Thanks utk entri ni. Tapi sy xpernah ping kat mana2 tempat. Bodohnya saya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk, ada pulak tertulis bodoh tu. Bukan, silap. Saya nak cakap xcerdiknya saya ni

      Delete
    2. Lepas ni bolehlah buat ehh. In Sha Allah.

      Delete
  7. sagt2 berguna

    http://effendi88mear.blogspot.com/

    :)

    ReplyDelete
  8. tips yg sngat berguna. :) selamat hari raya HH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Busyra. :) Selamat Hari Raya juga.

      Delete
  9. hehe kena rajin buat kan, klu malas, susah la

    ReplyDelete
  10. good tips, tuan. terima kasih.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. terima kasih bro
    even tips ni adalah basic tp memang kadang malas nak ping . haha
    satu lg, momoy setuju sangat mmg ada blogger yg bukan blognya jenis blog infomasi, tapi dapat publish entri sampai 4 5 sejam. tapi macam tu la. kuantiti je la. kualiti memang ke laut la. memula dulu follow la sebab teruja kot sebab follower da bayk lastly mcm bosan jer. kalau setiap minit nak update guna jelah FB.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih.. tips yang berguna ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hana ..:) moga dapat dimanfaatkan ramai blogger malaysia.

      Delete
  14. terbaik dari abam HH.....thanks utk share ilmu berguna kat ats

    ReplyDelete
  15. Nombor 1 tu sll buat kat g+ je sbb nk tekan fb dan lain2 rs mcm mabuk glamour je. tu yg tak buat tu. Tp bila dh dpt tips ni, terus buat. Nombor 2 & 3 selalu juga buat. Terima kasih sifu bg tips ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan soal glamour ieta, ini soal kita perlu menyampaikan. Kalau kita tak promot, camner kita nak sampaikan?

      Delete
    2. owh... baik sifu... saya dah cuba ke semua tips di atas. Memang sangat2 berbaloi2. Terima kasih sekali lagi ajar saya :)

      Delete
  16. entri tips yang berguna =)

    ReplyDelete
  17. nice sharing bro hh
    insha Allah akan yumida praktikkan nanti

    ReplyDelete
  18. Tips yang sangat berguna..janganlah terlalu terburu-buru untuk membuat entri..pastikan ianya menarik dan diketahui ramai..www.tepakku.com

    ReplyDelete
  19. uiiiii... hebat tu kalau dapat update banyak entri satu hari. mia pun tak termampu... huhuhu

    bagus tips ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm. Haha, betul, bukan semua orang ada kemampuan untuk update entri banyak2 sehari.

      Delete
  20. Nice tips.. Insha Allah akn diikuti..

    ReplyDelete
  21. Terima kasih kongsikan tips di atas. Insyaallah cuba diamalkan secara konsisten.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.