As-Salam. Semua nak, itu nak, ini nak ... semuanya nak dalam satu-satu masa. Tak boleh tunggu, nak nak gak. Wallaweihhhh .... ramai blogger yang dulu bujang skang dah kahwin dan kini dah ada anak pun tak setamak haloba gitu. Kata orang cina - "Man man lo ...". Perlahan-perlahan, dikit-dikit. Tak perlu jadi blogger yang tamak haloba.
Ada blogger, bila buat blog sebulan dua, setahun lebih dah teringin macam-macam benda dari dunia blog ini. Mahu dapat income ribu ribu la, mahu dapat follower banyak la, mahu Like fanpage sampai juta la. Macam-macamlah ... ada, sapa kata tak ada. Kalau rajin blogwalking dengan tertib cermat memang akan jumpa punya.
Tak Perlu Jadi Blogger Tamak Haloba
Tak ada jalan singkat. Mahu cepat? Boleh, tapi usaha mesti lebih daripada sepatutnyalah. Mesti 200 peratus, berganda dari usaha biasa. Blogger yang sudah dikenali pun, bukan hari ini buat blog, bulan depan terus popular. Blogger taraf selebriti pun tak begitu. Dan selebriti yang ada blog pun tidak begitu.
Tak salah anda mahu itu ini, tapi biarlah satu persatu dijayakan. Apabila anda mula buat blog, fikirkan matlamat pertama anda. Pastu lakukan perancangan dan strategi untuk capai matlamat itu satu persatu. Anda senaraikan ... ikut turutan dan capai juga ikut turutan. Bila anda lompat-lompat dan langkau-langkau walhal yang pertama pun belum tercapai, maka akan jadilah - Yang Dikejar Tidak Dapat, Yang Dikendong Berciciran.
Tak perlu jadi blogger tamak haloba. Bukan semua benda boleh dapat sekaligus. Mantapkan isi kandungan blog. Dapatkan pembaca daripada kenalan dan rakan terdekat anda. Kemudian, sebarkan kepada rakan sekolah lama, kawan semasa tadika, kenalan semasa anda berada di Kem PLKN. Masa itulah, anda boleh pakai baju atau t shirt ada nama blog anda, atau anda berikan kad nama comel anda.
Gopoh gapah dalam dunia blog tak kemana. Jika menjadi pun, setakat sebulan dua, lepas tu blog anda dilupai dan tak ke mana dah. Akhirnya, timbullah kekesalan sebagai blogger. Apa yang diinginkan pada awalnya semuanya jadi hampas kepala .... errkkk hampas kelapa ...







slow2, sambil menikmati kejayaan secara perlaha2.. insya Allah akn lebih bermakna begitu.. kan ? ;)
06 Mac, 2013 09:25
Betul tu @facebook-538537437:disqus ... seperti anda ..
06 Mac, 2013 09:32
tq for sharing...good info for me...
06 Mac, 2013 09:35
nice tips..tq for sharing...akan cuba jadi bloger y berkualiti.
06 Mac, 2013 09:48
setuju sangat., kejayaan tu atas izin dari ALLAH SWT kan? tak perlu nak tamak haloba.. tak berjaya dalam dunia blogger tak semestinya kita tak mampu capai kejayaan utk perkara lain :) masing2 ALLAH dah kurniakan rezeki masing2.. slow2.. tak perlu nak tergopoh gapah.. saya pun memang nak berjaya jugak dalam dunia blogger ni.. tapi tak la mengharap sangat sampai tahap gaban.. usaha tu perlu ada untuk menyusuli pengharapan yg besar camtu..
06 Mac, 2013 09:49
Setuju sangat.....
Nak apa pun bukan boleh terus terjah.....
Kalau sekarang entri kita nampak picisan, mana tau nanti ada yang berguna masa hadapan kan...
Jangan tergopoh gapah..
Kalau ada rezeki kita dalam dunia blog adalah.... =D
06 Mac, 2013 09:58
Tersangatlah setuju Tuan! Saya yang dah berblog lebih 3 tahun pun, followers tak pernah dapat 1k. In sha Allah, siapa berusaha pasti kejayaan menjadi miliknya. :)
06 Mac, 2013 10:29
Apa sahaja yang dilakukan dengan niat yang betul pasti ada ganjarannya. Cuma lambat atau cepat saja. Tak perlu tamak haloba. Orang tamak ni selalunya rugi.
06 Mac, 2013 10:35
Thank bro.. Insya Allah.. Doakan kejayaan kita bersama
06 Mac, 2013 11:18
Tengok mcm sy....relax jek... :P
06 Mac, 2013 11:46
Berblog sejak 2006 dengan konsisten, sekurang2nya sehari 1 post.
Tak kejar populariti, tetapi cuba bina jenama untuk orang mengenali siapa itu broframestone
06 Mac, 2013 12:23
btol2...slow2 la..
uni dh 2thn lebih berblogging,xde nak kejar2 pun..elax sudah..:p
06 Mac, 2013 13:16
betul2 kalau kt tgk kebykan blogger yg berjaya, bkn sebulan dua bertapak, ada yg makan tahun.. xde jln singkat. ape pun sy banyak dpt info berguna utk jd blogger lebih matang dr blog ni.. thx HH :D
06 Mac, 2013 16:15
insya allah.. thanks atas peringatan ye
http://mama-syafi.blogspot.com
06 Mac, 2013 17:42
betul tu..... kena banyak bersabar. jangan gopoh gapah..
06 Mac, 2013 19:54
Usaha tangga kejayaan.. Janji jangan putus asa..
06 Mac, 2013 19:59
betul HH...sebagai contoh, untuk saya dapatkan income Nuffnang beratus pun ambil masa 2 tahun..ni pulak yg baru letak iklan sebulan dua dah putus asa bila tak jana walau sesen pun...
06 Mac, 2013 20:59
ye betul HH :)
06 Mac, 2013 21:16
Betul..tak kira apa jua bidang yang kita ceburi sikap yang gopoh gapah akan membawa padah. Mungkin ada yang cepat naik, tapi cepat juga turunnya. Terima kasih HH atas perkongsiannya.
06 Mac, 2013 23:46
Sebab gopoh inilah yang menyebabkan ramai penduduk dunia mati di atas jalanraya ... lebih2 lagi kat Malaysia ni.
07 Mac, 2013 09:50
Makan kalau gopoh pun tercekik .. kan @twitter-215117356:disqus ?
07 Mac, 2013 09:50
Hmm inilah akibat matlamat itu tidak jelas dan tidak jitu. Ramai blogger tidak amalkan yang sepatutnya.
07 Mac, 2013 09:51
Hehehee... :) jangan tutup blog ok.
07 Mac, 2013 09:52
Terima kasih. Moga saya tidak berasa jemu untuk terus melakukannya.
07 Mac, 2013 09:53
Yeahhhh .... jenama .... memang perlu tapi bukan singkat.
07 Mac, 2013 09:54
Tamak sebenarnya boleh, tapi kena ada cara betul. Tamak pada ilmu tak mengapa ... lebih banyak ilmu, lebih banyak darjat tingkatan diberikan oleh Allah S.W.T.
07 Mac, 2013 09:54
Janji kepuasan pada diri sudah ada .. itu sudah dikira bagus ..
07 Mac, 2013 09:55
Perjalanan kepada sebuah kejayaan itu lebih manis daripada kejayaan itu sendiri.
07 Mac, 2013 09:55
Terina kasih kerana terus hadir di blog ini.
07 Mac, 2013 09:56
Ya, tak ada jalan singkat dan mudah untuk capai sesuatu kejayaan. Kita tahu, tapi ramai hanya setakat tahu .. tapi tak buat pun.
07 Mac, 2013 10:11
Betul ckp HH kena slow2 dn bersabar, belajar dn trus belajar lagi. Yg lama pun still belajar, inikan yg baru nak terus meletop..kan HH. Kalu gitu saya yg baru ni nak belajar lah lagi dgn HH, untuk memantapka kekurangan..boleh HH?..;)
07 Mac, 2013 10:34
ya bro aku pun buat man-man loo
07 Mac, 2013 11:40
Insyaallah... Jika betul-betul minat dalam dunia blog ni, mereka akan lakukan yang terbaik..
07 Mac, 2013 11:51
nak jadi blogger yang baik, perlu rileksje.. toksah nak cepat cepat..
07 Mac, 2013 17:14
assalamualaikum hh...betul tu jadilah blogger yg baik2 x payah nak jadi tamak sgtkan...:)..:)
23 Mac, 2013 13:38
Catat Ulasan