11 Ogos 2012

10 Langkah Menjadi Blogger Yang Bagus

As-Salam. Semua orang boleh ada blog. Malah, sekarang juga anda boleh buat blog sendiri dalam masa kurang dari 30 minit. Tidak kiralah apa platform yang anda gunakan, samada wordpress, blogspot, mahupun thumblr. Sangat mudah nak buat blog ... kan kan .... yang jadi persoalannya ialah bagaimana nak menjadi blogger yang bagus. Berikut HH kongsikan 10 langkah untuk menjadi seorang blogger yang bagus.

Errr tapi sebelum itu, harus faham ... blogger yang popular tak semestinya bagus, dan gitulah sebaliknya. Blog ramai follower juga tak tunjukkan bahawa penulis blog itu seorang blogger yang baik... tapi mereka semuanya telah melakukan 10 langkah ini untuk menjadikan mereka atau cuba menjadikan mereka blogger yang bagus.

Bagaimana menjadi blogger yang bagus

10 Langkah Menjadi Blogger Yang Bagus

  1. Pertama sekali, anda perlulah buat blog. Bila ada blog barulah boleh mula dengan langkah seterusnya.
  2. Pilih tajuk atau topik yang akan buat orang baca blog anda. Jika anda mahu menulis blog mengenai kereta, so ceritalah perkara berkaitan kereta. Tapi, cuba jangan tulis blog peribadi yang mengisahkan apa yang anda buat seharian .... kecuali ... perkara-perkara yang agak lain dari kebiasaan, contohnya ... anda menjadi penumpang pertama menaiki keretapi paling laju di dunia atau kucing anda telah melahirkan anak kembar 8 berkepala tiga. Cerita begini pasti akan ada yang ingin tahu dan baca.
  3. Belajar tentang SEO (Search Engine Optimization). Kita pasti mahu apa yang diceritakan dibaca oleh orang lain dan mendapat manfaat darinya. Belajar perkara asas SEO, iaitu mencari kata kunci yang sesuai untuk ketengahkan entri kita di dalam enjin carian.
  4. Fokuskan kepada kata kunci untuk menjadikan blog anda unik tentang satu perkara. Jika kisah artis, maka pastikan kata kunci artis ada di setiap entri. Jika anda bercerita soal melancong dalam negeri, pastikan kata kunci melancong dalam negeri menjadi asas dalam setiap entri.
  5. Dapatkan backlink yang bagus untuk setiap post atau entri di dalam blog anda, terutama daripada blog yang ada kaitan dengan entri, atau dari forum, laman sosial dan sebagainya. Backlink ini memberikan blog anda ranking tertentu samada di Alexa mahupun Google Pagerank.
  6. Konsisten dengan apa yang anda ceritakan di dalam blog anda. Dengan cara ini, anda menjenamakan blog anda kepada sesuatu brand atau tajuk tertentu. Bila orang bercakap soal A, maka mereka akan terus rujuk blog anda. Malah enjin carian juga cukup suka dengan blog yang sentiasa konsisten dengan isi kandungannya.
  7. Pastikan blog anda sentiasa ada post dan entri terbaru dalam selang masa yang tidak terlalu berjarak. Entri yang evergreen lebih baik untuk blog terus terusan mendapat trafik yang baik.
  8. Entri anda perlu unik. Dari asyik cerita soal gosip artis, anda ketengahkan sebuah blog bergambar mengenai zaman remaja mereka atau macam yang HH buat, HH ketengahkan blog-blog selebriti - atau selebriti Malaysia yang ada blog.
  9. Promosikan blog anda. Macam-macam cara boleh dilakukan. Anda boleh bertukar link dengan rakan blogger yang lain. Anda boleh kongsikan penulisan atau entri anda di forum, di laman sosial mahupun menghantarnya ke ruangan artikel yang berkenaan.
  10. Jangan terlalu obses, kerana apabila anda terlalu obses dengan blog anda, anda mungkin terbabas atau melakukan sesuatu yang terdesak hanya semata nak blog anda dikenali ramai. Take a break sometime.. okeh.

Moga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda sebagai blogger baru yang ingin bertapak maju dalam dunia blogger Malaysia ini.

Selamat berjaya.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

2 Komen 10 Langkah Menjadi Blogger Yang Bagus

Perkongsian yang bagus ni. Boleh aku cuba perbaiki mana2 yg kurang dalam kerja blogging aku. Terima kasih atas entri yg memberi manfaat kepada semua..

terima kasih berkongsi tips blogging di atas. Boleh jadi panduan


EmoticonEmoticon