Langkau ke kandungan utama

Enjin Carian Google Tidak Suka Blog Yang Semak

Tips SEO blogspot kali ini saya bercerita soal rekabentuk blog. Samada anda sedar atau tidak, enjin carian tidak berapa suka blog yang semak. Google suka blog yang penuh dengan informasi, dan suka dengan blog yang memudahkan informasi itu disalurkan kepada pengunjung.

Secara amnya, blog anda mestilah kemas penampilannya. Bila buka, pengunjung boleh baca dengan senang lenang, dan fahama jalan cerita dari atas ke bawah. Apabila pengunjung mahu mencari artikel atau post lain, ada ruangan yang menyediakan pautan berkaitan.

Pautan ini boleh terhasil samada anda membuat backlink sendiri ke entri-entri berkenaan, atau menggunakan widget tertentu. Ada banyak widget blogspot yang boleh anda gunakan untuk memudahkan kerja anda memberikan entri-entri terbaik dan bersangkutan sesama sendiri.

Saya pernah ceritakan mengenai Outbrain, Linkwithin dan beberapa lagi. Pasang sahaja di dalam blog, in Sha Allah, bukan sahaja enjin carian tiada masalah dengan teknik ini, malah pembaca blog anda juga boleh selongkar entri-entri lain yang berkaitan.

Anda juga boleh gunakan teknik autolink sebagai salah satu kaedah automatik untuk kaitkan satu-satu perkataan di dalam blog anda dengan pautan atau link entri tertentu.


Algorithma Google seperti Panda atau ada juga dikenali sebagai Page Layout Algorithm mensasarkan untuk menyahsenaraikan blog-blog dan laman web yang tidak mempunyai layout yang tersusun dan kemas, yang boleh membuatkan pengguna laman maya sukar mencari info dan maklumat yang dikehendaki.


Sebagai blogger, anda harus tahu bagaimana blog anda kelihatan di skrin komputer orang lain. Adakah saiz font anda sesuai atau tidak, saiz header anda, side sidebar anda mahupun iklan yang mungkin diletak di tepi kiri dan kanan. Apabila algorithma Google ini - Page Layout Algorithm mendapati .... setiap kali pengunjung hadir ke blog anda berdasarkan carian maya dan katakunci, dan tiba-tiba sukar nak baca entri yang berkaitan kata kunci tersebut, maka awas ... blog anda mungkin akan menerima trafik yang merundum selepas itu.


Maka, pastikan ruangan entri utama boleh dibaca dengan jelas - termasuk penggunaan warna pada blog, warna tulisan dan sebagainya. Blog anda ada menu, ada capaian dan link untuk entri2 lain yang memudahkan pengunjung. Jangan susahkan mereka yang datang ke blog anda untuk mencari info dan maklumat berkaitan - berdasarkan kata kunci carian.

Ok. Harap jelas dan selamat berblogging.


Sumber Google: Page Layout Algorithm

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Salam tuan HH, maaf kalau tuan dah buat artikel ttg ni tapi boleh tak tolong siasat kenapa komen spam hilang dan pageviews menurun selepas update terbaru google panda/penguin sekarang ni, mungkin menarik untuk dikupas. Terima kaseh..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di luar bidang pemahaman saya sebenarnya tu.

      Padam
  2. Asalam HH terbaik info. HH boleh tak nilai blog Etuza, jujur bagi komen sebab .linkwhithin tu agak banyak sedia dah macam tu masa etuza klik akaun dan kod

    BalasPadam
  3. Sebagai blogger yang sangat etuza kagum seperti HH tolong komen blog Etuza..bantu komen dari kelancaranya. Sebab etuza guna komputer lancar ja. dan template ni dari s=cadangan HH yang ada di entry terdahulu. Mohon bagi komen ya..please

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah komen .. :) boleh baca .. saya direct je .. jangan makan rasa ehh

      Padam
  4. aku pun sedang cuba buatkan blog aku sekemas yang mungkin

    BalasPadam
  5. Tq for the tips ! sgt membantuu..
    blog sy kategori semak x bang?? huhuhu... nk komen jugak!!!

    BalasPadam
  6. Asalam HH terima kasih ..tak apa , dah ramai komen blog Etuza tu..sebab itu sellau baca tips kat sini bloh HH. inilah fungsinya ilmu disampaikan. Hehhehe etuza suka widget menceriakan blog tapi rupanya cara begitu ramai tak suka. Terima kasih ya. memang membantu

    BalasPadam
  7. Terima kasih untuk tips ini ;) Sedang usaha untuk tidak menyemakkan blog ni. Nak tukar template lain lepas ni. Hehe

    BalasPadam
  8. bila laa dapat buat blog kemas mcm HH

    BalasPadam
  9. Saya suka blog ni.. Tiap kali blogwalk ke sini ada saja info terbaru yang saya pelajari.. Baru tau ada cara untuk buat auto backlink.. Insya Allah nak try.. Thanks..

    BalasPadam
  10. harapnya saya punya blog okay la, menepati most ciri2 yang orang suka... susah juga kalau serabut. bila dah serabut, loading pun lambat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terimgin nak baca komen sifu tentang blog sy

      Padam
  11. lepas ni nak gi tebas semak kat blog la nampaknya

    BalasPadam
  12. memang tips yang baik untuk newbie...

    BalasPadam
  13. tengah berfikir adakah blog ku juga semak? kadang--kadang kita fikir tak semak tapi rupanya semak. saudara HH boleh tak tolong komen blog mak jemah walaupun sudah terasa macam semak sebenarnya ni...

    BalasPadam
  14. Bagaimana blog yang kemas tu ye? Macam blog tuan HH ni ke? Maksud saya susunan untuk Google buat pencarian SEO tu macamane ye?

    BalasPadam
  15. satu ilmu yang bagus untuk kita semua...terbaiklah

    BalasPadam
  16. pada pendapat HH, blog CN ni semak ke? CN mmg minat benor kaler merah, what to do...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …