Bila sebut Jalan Masjid India, Kuala Lumpur .... hampir semua penggemar hobi membeli belah akan tahu. Bukan setakat yang berada di Kuala Lumpur, malah mereka yang berada di luar Kuala Lumpur juga mengetahui di mana letaknya Jalan Masjid India. Ia merupakan 'syurga' untuk kaki shopping ...

Dan Ramadhan ini, jalan ini kembali menarik perhatian, kerana ia merupakan lokasi utama orang ramai untuk membeli belah keperluan hari raya. Ramai yang beranggapan harga barang yang dijual di Jalan Masjid India ini adalah murah dan berbaloi dengan harga.

Masjid India, Kuala Lumpur - Lebih Terkenal Adalah Jalannya

Namun, bila bercakap mengenai Jalan Masjid India, mungkin tak ramai yang akan tahu bila ditanya mengenai Masjid India Kuala Lumpur itu sendiri. Di mana letaknya, apa sejarahnya .... pasti akan terpinga-pinga.

Sejarah Masjid India, Kuala Lumpur

Masjid India Kuala Lumpur merupakan masjid tertua di bandaraya Kuala Lumpur. Ianya telah dibina pada tahun 1863 dan mula berada di dalam peta pada tahun 1889, dilukis oleh W T Wood dari pejabat Tanah Kuala Lumpur ketika itu.

Masjid India pada asalnya adalah sebuah masjid yang kecil, yang dibina dari papan dan kayu. Namun, masa telah merubah segalanya. Masjid itu kini mempunyai 3 tingkat ruang sholat yang boleh memuatkan lebih dari 3000 jemaah pada satu-satu masa. Pembinaan dan pembesaran masjid ini telah dibiayai oleh peniaga-peniaga Indian Muslim yang berniaga di  Batu Road (sekarang Jalan Tuanku Abdul Rahman).

Di awal-awal adanya masjid ini, jemaah menggunakan air sungai Kelang untuk mengambil wudhuk. Dan sehingga ke hari ini, khutbah Jumaat di masjid ini menggunakan bahasa tamil sebagai peantara, sama seperti masjid2 india muslim lain di negara ini.
Masjid India yang kini tersergam merupakan masjid yang telah dibesarkan dan telah dirasmikan pada 9 Jun 1964 oleh DYMM Sultan Selangor ketika itu. Dan sekali lagi pada tahun 1999, masjid ini telah diberikan wajah baru dengan penambah baikan pada ruang mengambil wudhuk dan pembesaran ruang sholat di tingkat bawah. Pada tahun 2002, wajah masjid ini telah dibaik pulih dengan menggunakan batuan granit merah.

Sumber: MasjidIndia.com
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

7 Komen

baru ja minggu lepas pegi sana membeli dan membelah..
hehehe

Reply

Pernah bersolat kat sana...tahun 2003...memang cantik masjid ini...

Reply

terima kasih, baru tahu ttg sejarah masjid ni :)

Reply

waaa...
tak pernah tau pun sebelum ni

Reply

Menarik... LeYa sendiri pun tidak tahu akan sejarahnya

Reply

Check out Ahmad Dowjee Dadabhoy yand bertanggung jawab membesarkan Masjid India bersama peniaga-peniaga India Muslim yang bekerja dan menetap di Batu Road (sekarang Jalan Tuanku Abdul Rahman). Dermawan yang meninggal pada tahun 1987 disebuah flat kecil di Malayan Mansion telah mewakafkan hampir segala hartanya untuk digunakan demi kebaikan umah di Malaysia. Beliau miskin dunia tetapi menjadi jutawan akhirat. Allahuakbar.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.