Metafora Dalam Menulis Entri

Metafora Dalam Menulis Entri. Seandainya anda pengikut setia blog ini sejak 2010, tentu anda nampak banyak post yang saya tandakan atau label sebagai tips blogging, tapi isi kandungannya tidak direct macam blog lain yang bercerita soal yang sama. Ada tips blogging yang saya tulis menggunakan metafora, terutama sekali tips dan panduan menulis blog yang agak keras maksudnya.

Tips Blogging - Metafora Dalam Menulis Entri

Metafora Dalam Menulis Entri
Cara saya menulis entri ini dinamakan menggunakan metafora. Metafora adalah ayat yang direct tetapi mempunyai maksud yang tersirat, disampaikan dalam bentuk yang lebih difahami dari segi penceritaannya tetapi disamakan dengan satu situasi yang lain.


Contohnya .. saya cerita dalam tips blogging:
Saya kisahkan pasal pengalaman saya naik keretapi. Dalam entri itu saya ceritakan mengenai penumpang A, penumpang B ... dan perangai penumpang C. Bla...bla...bla ... dan hujung cerita saya beritahu setiap penumpang turun di destinasi masing-masing.


Yang sebenarnya saya bermaksud .. dalam dunia blog, ada beberapa platform untuk menulis blog. Masing-masing dengan cerita sendiri, pembawakan sendiri dan teknik sendiri. Namun, hasil akhirnya adalah untuk berjaya ke arah apa yang diinginkan, yang mungkin sama. Meskipun setiap orang akan dapat capai awal daripada orang lain.

Mengapa menggunakan metafora? Sebabnya saya memang suka .. hehehe... lagipun ia lebih menghiburkan, dan kadangkala ia lebih menyampaikan dalam bentuk yang lebih santai. Jika anda ingin menyampaikan sesuatu yang agak tegas ataupun 'keras', penggunaan metafora ini boleh melembutkan tatacara penyampaian itu tanpa menidakkan mesej yang nak disampaikan.

Metafora ni lebih kurang macam kiasan juga ... :) bezanya ialah kias mungkin boleh berbentuk sinikal, berbentuk ayat2 yang sinis. Kiasan digunakan untuk menyembunyikan maksud sebenar secara lansung tetapi sebenarnya ia seakan cuba mempamerkan maksud dalam pengertian berlawanan .... macam contohnya: Merokoklah sepuasnya ... nanti leh dapat rumah eksklusif .... atau Waahhh cantiknya tudung u .... lepas ni leh la beli cam tudung Dato V tu lak .. mesti lagi cantikkk ...

Metafora lebih lembut dan lebih menghiburkan tanpa menyekat maksud nak disampaikan. :)

5 comments.. read them below or add one

Dawa Dawa April 13, 2011
btol tu. dlm english pon ada perbezaan methaphorically dan juga cynically
Mommy Fara Mommy Fara April 13, 2011
Tapi itu semua subjektif. Dan tak ramai yang faham pun dgn metafora sesuatu penulisan....

Mereka lagi suka yg naif dan lurus bendul....
~nsar~ ~nsar~ April 13, 2011
macam nak tegor ek.. tapi tak nak dia tersinggung kasi ayat terbalik...

padahal dah belajar zaman sekolah dulu.. hehe soryy pakcik hasrul.. sy pun dah tua..
Azwan Azwan November 07, 2016
Best juga tu. Dari komen pembaca kepada artikel tersebut, kita boleh tahu, siapa faham, siapa tak faham, siapa buat-buat faham, siapa buat-buat tak faham.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 28, 2016
Maka, silalah tanggani pembaca-pembaca ini dengan cara lain yang lebih bijak.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.