Tips untuk berkenalan dengan rapat. Time zaman muda-muda dulu, waahh memang zaman gelenya (kata orang kelantan). Pantang ada awek cun cantik, mesti ambil peluang nak berkenalan. Tapi ... hehehe... saya bukanlah seberani dan sedaring lelaki kacak lain (kacak konon), saya nih pemalu dohhh .. siyes. Saya mula bercinta pun dah dekat2 nak tamat belajar. Bukan apa .. time tulah saham jejaka tahun akhir kat IPT meningkat mendadak ... dan dengan saham tinggi, agak mudah ler nak approach junior2 ni .. hehehehe....


Ok. Itu kisah dulu.


Dalam entri ini saya nak kongsikan sedikit bagaimana nak berkenalan dengan rapat dengan seseorang. Berkenalan dengan rapat tak semestinya anda mencari jodoh atau nak kawin, mungkin juga sebagai seorang sahabat baik. Tak salah berkawan cuma tahu adab nak berkawan .. :)


Dah oh ... tips ni bukan takat buat lelaki nak kenal perempuan, bukan takat perempuan nak kenal lelaki ... malah buat lelaki dan kenal lelaki (erkk bukan gay okehhhh!) dan boleh juga pompuan nak kenal pompuan (cit .. not lesbian dohh). Leh apply buat sesapa saja .. lelaki, pompuan, tua dan muda. Nak kenal makcik sebelah pun leh guna pendekatan ni. Tak caya? Cubalah ... dan anda akan tahu. Tak cuba camner nak tahu kan ...kan ...kan?


5 Tips Untuk Berkenalan Dengan Rapat


Jangan Terburu-buru


Perkata paling utama untuk berkenalan rapat adalah jangan terburu-buru. Kena slow and steady. Jangan first time berkenalan, dah tanya macam-macam. Beri masa dan ruang. Anda boleh minta no telefon ataupun kalau dia tak nak bagi, cubalah cara lain ... macam minta email atau akaun FB. Macam makan benda yang sedap, untuk menikmati bukanlah cara dengan melahap, tapi makan pelan2 .. nanti tercekik .. mati lak .. hahaha

Tunjukkan Keikhlasan



Bagi seseorang yang baru nak kenal, orang tu mungkin akan berasa was-was dengan keikhlasan kita. Tak tahu niat kita apatah lagi tingkah laku kita yang sebenarnya. Cuba sesekali, jika dia ada masalah, anda offer pertolongan, dengan cara ini dia akan tahu bahawa kita ikhlas nak kenal dan bantu dia. Tapi, kalau anda tak mampu tolong, cakap tak mampu .. jangan jadi pak sanggup lak, sebab nanti kalau kita cakap boleh tapi sebenarnya tak boleh .. nanti akan keruhkan persahabatan anda. Macam anda dah janji nak tolong jiran anda pinjamkan kereta, tapi sebenarnya anda keberatan sebab kereta anda tu belum tukar timing belt, baik cakap ... kalau kasik gak, bila jadi sesuatu nanti time pinjam .. aha .. sapa nak disalahkan...

Berjenaka atau Bergurau Senda


Sapa tak seronok jika kita hadir dengan segala keriangan. Sapa yang tak suka berkawan dengan orang yang boleh buat kita tersenyum. Orang yang penuh jenaka memang disukai ramai... tapi jangan pula terlebih jenaka, terlebih gurau .. nanti bahaya juga. Buat lelaki, pujilah sesekali si perempuan tu tapi dalam puji tu ... cuba sampaikan dalam bentuk santai ... dalam bentuk yang berjenaka, cam anda katalah ehh cantiklah hari ni ... mesti pakai sabun LUX time mandi. Atau mungkin anda boleh kata, uisshh semalam lain .. hari ni lagi lain .... nih syok kawan ngan u ni. Hmm gitulah. Tapi awas, hati-hati ... takut menguris perasaan lak.

Mulut Kena Manis


Dalam nak kenal rapat ni, mulut kita kena manis sebab first impression mesti didahului dengan benda-benda sweet, benda yang tak merepek ...benda yang ikhlas. Jangan sesekali nak mencarut .. uhh choy .. pantang saya tu (erkkk). Beri pendapat ttg apa berlaku di sekeliling, cam ... anda tengok pokok bunga. nampak bunga .. katalah ..eh cantiklah bunga tu ... tapi cantik lagi awak .. hehehe ..gitulah. Atau leh cakap .. tengok budak tu ... sweet kan ... tentu awak masa kecil sweet cam tu gak.

Biar Rindu


Jangan nak ngengada setiap masa nak call, nak sms.. nak masuk bilik air pun nak kabo. Ceh apa daaa.... kasik la ruang skit. Orang lain pun ada hal dan benda lain bukan takat nak melayan anda je. Sesekali, anda renggangkan skit, ambik masa untuk orang di sana pula menyapa anda. Tapi bila dah lama tak ada khabar berita tu .. hmm maknanya ... orang tu tak berminat dah la ngan anda .. carilah orang lain .. hehehehee....


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. haha...tips ngorat ke ni ? hahai xD


    woot woot kene ngorat je sepanjang mase..tips nak elak dari dingorat ade ? haha xD


    joke*

    BalasPadam
  2. haha..aah la mcm tips mengorat plak..

    BalasPadam
  3. menarik ! abg harul, saya study kat srawak skrg ni.. :)

    BalasPadam
  4. saya dah serik kalo nak mencari kawan rapat ni..even laki ke pmpuan ker..zaman skrg susah bebenar nak cari kawan yg baik sejati kan!! kalo yang senang ajer hadooo..tu sbb tiapkali saya kenal someone yang baru sentiasa dalam kawalan..utk mengelakkan kejadian yang lalu berulang kembali...

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    BalasPadam
  5. Wah.. bolej jadi tips nk mengorat sekali ni HH.. :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement