Bebaskan diri. Foto: Lensahasrul
Salam.
Perit. Sakit. Pedih. Gulana. Begitulah keadaan bila putus cinta. Ada frust sampai tekup kepala dengan bantal dan tertonggeng2 di atas katil. Bila dikecewakan dek kerana cinta yang tak bernoktah dengan baik, adakala kita membiarkan diri sendiri terseksa. Kita dibuai perasaan dan emosi luluh yang tak membina.

Kalau dapat bangkit kembali dari kekecewaan ... tak mengapa. Bagaimana kalau tiada kekuatan untuk meneruskan hidup? Kerana cinta ... seluruh jiwa jadi longlai .. macam dah kena kebas dek peragut cinta yang tak berperi kecintaan.

Dalam mengharungi masa-masa dalam kekecewaan dan merawat hati, cuba lakukan beberapa petua berikut. Mana tahu ia boleh mempercepatkan penyembuhan 'luka' anda itu.

13 Resepi Sembuh Luka Putus Cinta


  1. Berdamai dengan diri sendiri. Manjakan diri anda seperti mandi bogel sauna, urut aromaterapi dan sebagainya. Jangan ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yang diinginkan. Usah pedulikan komen-komen daripada orang lain. Nangis .. tak abis punya air mata tu .. jangan risau. :)
  2. Hindari dari membuat keputusan2 besar kerana keadaan anda masih dalam kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi. Keputusan yang anda buat tatkala merawat duka boleh menambah derita nanti. Jadi, tenang2kan diri.
  3. Berbicara dengan org2 yang anda percayai. Selalunya kata-kata peransang daripada mereka boleh menguatkan jiwa anda. Dan kadangkala bualan sesama mereka boleh menceriakan keadaan kerana mereka juga pernah kecewa seperti anda.
  4. Keluarlah dgn. kawan2 lama yang dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar. Takkan tak ada pak lawak antra ramai kawan-kawan anda... mesti ada sorang ...mesti!
  5. Perbaiki penampilan diri dgn. demikian akan akan lebih mempercayai diri. Anda lebih yakin dengan apa yang ada pada diri anda. Kecewa bercinta bukan bererti diri anda tidak lagi menarik, bukan bererti diri anda tidak bernilai.
  6. Jangan melarikan diri dengan org lain. Orang yang baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru untuk menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.
  7. Bermesralah dgn. binatang kesayangan spt. kucing, arnab, kuda .. asalkan ia tak haram. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.
  8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih... tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda. Kalau tengok citer P. Ramlee ... Labu Labi ... ada dibuat macam ni. Cubalah.
  9. Jangan ragu memberi 'komplimen' utk. diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga dan letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dgn. bunga lain.
  10. Makan tepat pada waktunya. Jgn. menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dengan cepat tapi jangan pula hilang selera makan kerana anda akan jadi tidak bermaya. Makanlah dengan bijak dan sihat. Ala .. buat cam biasa.
  11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'.
  12. Lakukan hobi yang anda suka. Macam pegi melancong ke .. berkelah ke ... erkk hobi ke nih? Hmm macam main layang-layang ke ... fotografi ke .... berkebun pun boleh ... anda pasti ada hobi. Kalau hobi tu dah lama tak buat... inilah masa sesuai untuk anda sambung semula.
  13. Jangan 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm. hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Biasanya kalau sy sedih atau tertekan, biasa buat yg no. 7 dan no.12 ....info yg sangat menarik mr.hasrul..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement