As-Salam. Melompat2 saya bila nampak blogger yang memang hebat ni dapat pendapatan sebulan sampai RM12 Ribu .... Tu pendapatan bulan Januari tu. Jangan memain. Terima kasih saya ucapkan kepada Redmummy sebab sudi berkongsi 'bukti' pendapatan ini.

Mungkin ada yang macam kus-kus semangat bila nampak pendapatan sebegitu hebat. Boleh ke dapat income macam tu dari berblog je? Ohh tentulah boleh .. tu dah ada bukti. Bukan nak main-main, malah dalam akhbar baru2 ni pun dah nyata dan terang lagi. Blog bukan lagi sebagai tempat curahkan rasa hati terpendam tapi juga tempat menjana pendapatan yang ribu2.

Bila Blog Berpendapatan RM12, 608.20

Hmm ... itulah rezeki namanya. Dengan hanya menulis, anda boleh dapat pendapatan. Diberi Tuhan akan kebolehan untuk ramai orang menjenguk blog dek kerana menulis entri, buatkan mereka yang jadi pengiklan turut teruja. Masakan tidak jika blog itu dikunjungi ribuan orang setiap masa - bukan hari!

Jadi kalau nak jana pendapat hebat macam Puan RedMummy ni .. ikuti blog dia dan petua yang dia ada. Kaji blog dia secara mendalam, jangan singgah gitu2 je .. banyak ilmu tersembuyi di sebalik kaler merah yang buatkan saya pinar2 bila berada di situ.

Dan oh ya ... jangan fikir duit semata .. ingatlah perkara pertama anda bertujuan buat blog ni dulu. Jangan sampai jadi kabur2 kerana terpaku dengan cek dan nilai pendapatan blogger lain. Jika anda ikhlas berblogging, tak mustahil .. cek anda pula akan saya paparkan dalam blog ntah apa2 ini.

:) Buat Pn Redmummy, terima kasih kerana memberikan kebenaran guna gambar dan terima kasih kerana memberi petua dan tips untuk berjaya dalam menjana pendapatan dari blog.

Dan buat semua yang dah mula leka dengan nilai tu - bukan senang nak berjaya.. kena usaha lebih. Jangan buat kerja singkat dan jangan ada hasad dengki.


14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mmg teruja tgk jumlah tuh..
    Bila lank sampai turn kite ni yer?

    BalasPadam
  2. target den 13,000. moge2 dapat la.hehe

    BalasPadam
  3. bestnyaa :) i tak dapat apa2 pun lagi :(

    BalasPadam
  4. wah.. memang teruju.. mmg tiada jalan singkat.. biasanya yang singkat tu bnyak fraud..

    BalasPadam
  5. memang itu dia patut dapat pun dengan usaha yang dia buat..bila dah automatik, semuanya dah senang skit..:D semua pun bleh buat macam tu sebenarnya..

    BalasPadam
  6. He..23x Kalau ikutkan, ada lagi blogger dapat lebih banyak dari Nuffnang. Tapi bukan melayu la..

    BalasPadam
  7. Pergh! masyuk...
    kenapa aku tak leh masuk?

    BalasPadam
  8. Rezeki dari Allah..
    semoga sy pun beroleh rezeki yg sama..dan semoga Allah buka pintu rezeki kita semua..

    BalasPadam
  9. perghh.. mantap btol income dari nuffnang..

    BalasPadam
  10. sememangnya penulisan yang berkualiti akan banyak mempengaruhi..pembaca dan secara langsung meningkatkan traffik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement