Klik Sini Untuk Tempahan Rujukan
Dah lama saya tak kongsikan beberapa tips mengenai berniaga online ni. Hari ini, saya nak kongsikan perkara penting khususnya untuk mereka yang mencari peluang untuk menjalankan perniagaan online. Al maklumlah, sejak pandemik melanda ini, ramai yang mula berjinak dengan perniagaan secara online.

Tetapi, yang menjadi masalah ialah ramai yang memulakan perniagaan online ini tanpa ada ilmu yang cukup. Akibatnya, apa yang diharapkan tak menjadi. Sia-sia habiskan modal berniaga. Sia-sia setup kedai online walaupun menerusi platform percuma seperti Shopee dan Lazada.

2 Kesilapan Besar Yang Dilakukan Ramai Apabila Memulakan Bisnes Secara Online

Kesilapan Besar Memulakan Bisnes Online

Tak salah nak buat bisnes online. Anda boleh buat kejap lagi, hari ini, malam ni, esok dalam masa kurang 5 minit je untuk setup sebuah kedai online mudah, samada menerusi laman sosial ataupun platform percuma seperti Shopee mahupun Lazada.

Malah, dah ada syarikat yang menyediakan tapak online buat laman web e-commerce yang padu seperti Shopify, EasyStore, OrderSini dan banyak lagi. Siap diberikan tempoh percubaan dan ada yang mengenakan bayaran sekali sahaja tanpa yuran bulanan.


Di sebalik kemudahan mewujudkan kedai online sendiri yang pelbagai, ramai yang baru memulakan perniagaan online ini yang tak mampu bertahan lama. Kenapa?

Kesilapan Besar Mereka Yang Nak Mula Bisnes Online

Ada dua kesilapan besar bagi mereka yang mahu mulakan bisnes online ini. Kesilapan inilah yang membuatkan ramai pemilik bisnes online hanya bertahan sekejap sahaja, malah ada yang berhenti buat bisnes online walaupun dah ada kedai online sendiri - dalam masa tak sampai pun tiga bulan!

Apakah dua kesilapan yang hancurkan sebuah perniagaan atau bisnes online?

Jual Produk Syok Sendiri

Kesilapan Dalam Memulakan Bisnes Online

Ada produk. Tapi produk tu hanya kita je guna dengan seronoknya. Orang lain? Kita fikir produk yang kita ada memang terbaik, tetapi kita gagal untuk tentukan samada produk yang kita nak jual itu ada permintaan atau tidak.

Kena buat validation. Kena tanya orang. Kena buat research. Bagaimana nak buat? Ada laman sosial, gunakan untuk dapatkan feedback. Letak gambar, tunjuk produk tersebut dan dapatkan komen.

Jom Belajar Cara Menyediakan Kedai Online Shopee Yang Mantap! Klik Sini Sekarang!

Cara lain ialah dengan berikan sampel percuma. Lepas tu dapatkan pendapat daripada mereka yang menggunakan produk. Jangan syok sendiri.

Anda kena sahkan produk itu ada permintaan, barulah boleh mula buka sebuah kedai bisnes online sendiri.

Zero Pengetahuan Mengenai Ilmu Pemasaran

Kesalahan Besar Memulakan Perniagaan Sendiri Secara Online

Produk ada, tapi tak tahu cara nak buat pemasaran. Sebagus mana sekalipun sesuatu produk itu, kalau tak ada ilmu pemasaran, ia akan hanya berada di dalam simpanan sahaja. Perlu ada asas ilmu pemasaran.

Ilmu pemasaran ialah ilmu untuk meyakinkan orang lain untuk menjadi pelanggan, dan membeli produk yang kita nak jual. Ada macam-macam teknik pemasaran. Pelbagaikan ilmu pemasaran ini, tetapi fokus satu persatu.

Bila ada hasil dari satu teknik, tambah dan cabangkan pula dengan teknik lain. Jangan main semborono memasarkan produk tetapi produk itu tidak terjual.

Apa guna anda ada kedai bisnes online menarik, sedap mata memandang, mesra pengunjung, dan macam-macam lagi jika tidak ada produk yang mempunyai permintaan, sah-sah nanti produk tu hanya anda sahaja yang akan anda gunakan sampai habis stok. Apa guna ada produk hebat tetapi anda tidak berjaya meyakinkan orang untuk membelinya, jika tidak gunakan teknik-teknik betul pemasaran?

Nak Hidup Tenang Tanpa Hutang? Ketahui Caranya Di Sini

Jika anda seorang yang baru nak mulakan sebuah bisnes online, sila semak balik dua perkara di atas. Dah buat ke belum? Dah ada ilmu ke belum?

Ok ye. Ingat tu. Saya bukan nak patahkan semangat anda miliki bisnes online sendiri tetapi nak tolong anda untuk mempunyai satu bisnes online yang berjaya.


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement