Ada tak di antara anda terlibat dengan panggilan exam online SPA bagi jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat? Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan ini bakal dan akan diadakan pada 27 Julai 2021.

Untuk pengetahuan, kali terakhir PSEE Pembantu Pembangunan Masyarakat diadakan adalah pada tahun 2019. Tiada peperiksaan online dijalankan untuk jawatan ini pada 2020.

Rujukan Khas PSEE Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Rujukan PSEE Pembantu Pembangunan Masyarakat

Peperiksaan online Pembantu Pembangunan Masyarakat Julai 2021 melibatkan dua seksyen sahaja. Menerusi maklumat dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Bahagian Peperiksaan, peperiksaan online untuk jawatan gred S19 ini melibatkan seksyen:

  1. Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
    • Tempoh masa: 25 minit
    • Jumlah soalan: 20 soalan
  2. Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
    • Tempoh masa: 20 minit
    • Jumlah soalan: 20 soalan

Daripada info di atas, calon yang terlibat perlu menjawab semua soalan disediakan dalam tempoh 45 minit, dengan jumlah keseluruhan soalan sebanyak 40 soalan. Ini bermakna setiap soalan itu perlu dijawab dalam tempoh seminit lebih (secara purata).


Tips Hadapi PSEE

Rujukan Contoh Soalan PSEE Pembangunan Masyarakat

Jika ikut logik, calon mempunyai masa yang mencukupi untuk menyelesaikan kesemua soalan dalam tempoh ditetapkan. Namun, daripada pengalaman saya membantu calon di dalam peperiksaan online SPA ini, ramai calon terkandas atau menghadapi masalah menjawab kesemua soalan disebabkan perlu mengambil masa yang lebih untuk menjawab seksyen Daya Menyelesaikan Masalah.

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Soalan-soalan di seksyen ini sedikit rumit untuk diselesaikan kerana ia melibatkan pengiraan atau soalan matematik. Biasanya kadar kesukaran untuk soalan-soalan seksyen ini bergantung kepada gred perjawatan dan skop kerjaya bagi jawatan tersebut.

Misalnya, jika jawatan melibatkan pengurusan akaun atau jawatan Akauntan, pastinya pengiraan peratus, pecahan, rumus linear akan dimasukkan ke dalam struktur penilaian seksyen Daya Menyelesaikan Masalah.

Bagi PSEE Pembantu Pembangunan Masyarakat, soalan berkemungkinan melibatkan penelitian kepada jadual, carta, peratusan, pengiraan melibatkan kewangan, statistik dan seumpamanya.

Bagi membantu calon yang terlibat dengan PSEE untuk jawatan ini, saya syorkan untuk membuat latih-tubi contoh-contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Latihan perlu dibuat berdasarkan kepada tempoh masa sebenar yang diberikan di dalam peperiksaan. Ini adalah penting bagi mempersiapkan diri calon dengan pelbagai bentuk format soalan yang bakal ditanya.

Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Manakala untuk seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, lebihkan banyak membaca teks berbahasa Inggeris. Pemahaman penggunaan perkataan dan ayat yang ada kaitan dengan persekitaran pembangunan masyarakat perlu ditambah-baik. Calon boleh cuba mendapatkan bahan bacaan ini di laman web rasmi jabatan atau kementerian terlibat, misalnya Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Juga ambil masa membaca petikan yang ada kaitan dengan psikologi masyarakat, pendidikan rumahtangga, Self Empowerment Program yang semuanya ada kaitan dengan perjawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat.

Buat calon yang mahir dengan Bahasa Inggeris, seksyen ini biasanya menjadi satu bonus untuk menjawab soalan dengan lebih pantas berbanding yang lain. Maka, ambil peluang tersebut untuk bijak mengendalikan tempoh masa menjawab soalan.


Rujukan KHAS Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Testimoni Pembeli Rujukan PSEE

Jika anda merupakan calon yang terlibat dengan PSEE Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 pada Julai ini, ada satu pakej ebook rujukan yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan contoh-contoh soalan lengkap dengan jawapan untuk membantu anda dalam melakukan persediaan sebelum peperiksaan online sebenar Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Rujukan ini merupakan satu-satunya rujukan yang telah berjaya membantu ribuan calon dalam pelbagai PSEE dikendalikan SPA, termasuklah Ujian Psikometrik.

Rujukan ini disusun mengikut seksyen untuk memudahkan para calon membuat persiapan dengan pelbagai soalan latih-tubi. Malah, rujukan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah turut diberikan lampiran nota rumus serta formula matematik yang pastinya menjimatkan masa ketika menjawab soalan seksyen ini.

Rujukan Berbekalkan Pengalaman 10 Tahun

Untuk pengetahuan, rujukan khas PSEE ini disediakan oleh Tim Infokerjaya. Berbekalkan reputasi baik dan cemerlang membantu calon menghadapi peperiksaan dan temuduga kerja kerajaan selama lebih 10 tahun, pakej rujukan dihasilkan telah memberikan impak positif kepada calon, malah ramai calon yang berjaya ke peringkat seterusnya, termasuklah lulus di dalam temuduga pengambilan perjawatan SPA.

Untuk calon yang masih mencari rujukan dan contoh soalan untuk peperiksaan online Julai ini bagi jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat gred S19, boleh buat tempahan pakej rujukan seksyen disediakan oleh Tim Infokerjaya, dengan klik butang di bawah ini.


Rujukan Contoh Soalan PSEE


Penting! Pastikan anda memasukkan alamat email utama anda supaya proses pengesahan tempahan dan juga pemberian link muat turun pakej ebook rujukan dapat dibuat dengan pantas dan cepat, kurang 24 jam.

Dengan setiap pakej pembelian, anda juga bakal mendapat beberapa tips lain untuk menghadapi peperiksaan online SPA secara percuma selama 3 tahun! Pastinya berbaloi untuk kebaikan kerjaya kerajaan anda.

Terlibat dengan PSEE Pembangunan Masyarakat? Terus ke link di bawah ini:


Saya doakan semoga berjaya kepada semua calon yang terlibat dengan peperiksaan online ini. Buatlah persediaan awal, dan selamat menjawab semua soalan. Banyakkan berdoa setelah segala usaha dibuat. Kali ini, pastikan anda LULUS jika pernah gagal sebelum ini.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Rahsia Menjadi PEMILIK PRODUK JENAMA SENDIRI. Panduan Lengkap. Guna Kod "40DISKAUN" utk potongan 40%!KLIK SINI

Rahsia FB Post Viral 20 Ribu Share Dalam 5 hari! Ketahui Caranya Dengan Klik DI SINI

Advertisement