Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menangguhkan semua urusan berkaitan Peperiksaan Online (PSEE), Ujian Psikometrik, Ujian Fizikal dan Pancaindera serta temuduga kerja kerajaan ke satu tarikh yang tidak dinyatakan.

Hebahan mengenai penangguhan ini ada dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi SPA pada 31 Mei 2021. Menerusi hebahan tersebut, tiada sebarang tempoh penangguhan dinyatakan.

SPA Tangguh Urusan Ujian Psikometrik, PSEE, Ujian Pancaindera dan Temuduga

Penangguhan PSEE, Ujian Psikometrik, Temuduga SPA

Menerusi satu hebahan bertarikh 31 Mei 2021, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengambil keputusan untuk menangguhkan semua urusan berkaitan ujian penilaian termasuklah Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE), Ujian Pancaindera/Fizikal dan juga urusan temuduga.

Penangguhan ini dibuat untuk mematuhi keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bermula dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Saya difahamkan pihak SPA turut memaklumkan kepada semua calon terlibat terutama untuk sesi Jun 2021 menerusi email.

Tiada Tempoh Penangguhan

Hebahan yang dibuat menerusi laman Facebook rasmi SPA itu tidak menyatakan sebarang tempoh penangguhan. Walaupun begitu, sebarang penjadualan semula untuk urusan ujian penilaian akan dimaklumkan kepada calon, samada menerusi email mahupun laman web rasmi SPA.

Jadi, buat mereka yang terlibat dengan PSEE, Ujian Psikometrik, dan temuduga perlu ambil maklum mengenai hebahan ini selain daripada sebarang email yang dihantar oleh pihak SPA.

[Dah Baca?] 40+ Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Penting supaya mereka yang berkelayakkan tidak terlepas peluang bagi memasuki perkhidmatan awam.

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam - PSEE

Banyak kelebihan dapat berkhidmat dalam perkhidmatan awam ini, boleh dikatakan ia adalah kerjaya terjamin selain ada kelebihan untuk memajukan diri jika bersungguh-sungguh dan ikhlas bertanggungjawab menggalas jawatan disandang.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement