Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan keputusan kerajaan melaksanakan Lockdown atau juga dikenali PKP 3.0. Lockdown ini dibuat secara berfasa di mana fasa pertama bermula dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Standard Operation Precedure (SOP) PKP 3.0 dianggap agak ketat kerana kebanyakan aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan. Ini menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia hilang sementara punca pendapatan.

5 Projek Lockdown Boleh Dibuat Menjana Pendapatan

Projek Cari Duit Waktu PKP

Setiap dugaan ada hikmahnya. Jika anda sebahagian rakyat terkesan dengan perlaksanaan PKP 3.0 ini, usah rasa susah hati tetapi berusahalah untuk mencari peluang lain. In Sha Allah, setiap dari kita ada rezekinya ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Post kali ini, saya ingin kongsikan tentang 10 plan atau projek yang mungkin anda boleh lakukan sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.


Jom kita tengok satu persatu!..

1. Projek Shopee

Projek Shopee

Macam yang kita tahu, sewaktu tempoh lockdown ini, banyak kedai yang ditutup. Malah, pihak kerajaan juga menggalakkan orang ramai membuat pembelian secara online sahaja. Kurang contact dengan orang ramai, kurang pergerakan dan banyakkan masa duduk dirumah sahaja; tidak perlu bersesak untuk membeli-belah.

Ok. Baik.

Sedar atau tidak, kita lihat buat masa ini .. website yang paling popular dalam urusniaga jual beli online di Malaysia adalah laman web Shopee.

Untuk pengetahuan anda, seramai 1.2 juta orang memasuki laman web serta aplikasi Shopee setiap hari!! Ya .... sehari!! .. bukan sebulan .. bukan setahun.. perghh cukup banyak kan?

Melihat pada angka, ia bukan perkara mustahil kerana laman web Shopee sememangnya ada pelbagai jenis produk yang dijual. Dari sekecil barang hinggalah kepada motorsikal .. malah Proton X70 pun boleh ditempah menerusi Shopee ni.

Projek Lockdown Boleh Jana Pendapatan

Saya ada seorang kawan, dulu dia ragu-ragu untuk menjual di Shopee. Katanya, Shopee banyak saingan. Ada jutaan penjual menjual macam-macam barang di Shopee.

Tapi saya kata pada dia, setiap orang ada bahagian rezekinya. Asalkan mencuba. Jika mencuba, sekurang-kurangnya ada keberangkalian untuk berjaya, mungkin 10% .. mungkin 30%.

Tetapi jika tidak mencuba langsung .. maka, kebarangkalian untuk berjaya tu .. memang 0% lah!

Lagipun, dah ramai usahawan kecil-kecilan malah peniaga pasar malam yang beralih berniaga di Shopee dah berjaya menjana pendapatan yang cukup lumayan.

Tak susah pun nak buka kedai online menerusi Shopee ni. Jika belajar menerusi Panduan Shopee, semuanya ada diterangkan satu persatu. Mudah, senang, langkah demi langkah .. lengkap segalanya hinggalah cara nak mempromosikan barang dijual.


Waktu PKP 3.0 ni, jika anda benar nak jana pendapatan dengan berniaga di Shopee, boleh luangkan masa untuk belajar.

Klik Sini Belajar Shopee

Satu nasihat penting, jangan takut untuk mencuba .. dan jangan mudah putus asa. Awal-awal memang akan ada beberapa cabaran dan dugaan. Paling penting, sediakan kedai online dulu menerusi Shopee.

2. Projek USD

Mungkin ada yang skeptikal... rakyat Malaysia ni ada duit ke? Ada ke yang akan membeli waktu PKP 3.0 ni?

Baik .. jika anda berpendapat begitu, apakata menjual barang ke pasaran luar Malaysia? Jual di pasaran antarabangsa dan jana pendapatan dalam USD!

Nak jana pendapatan dalam USD ni ada banyak cara.. tak semestinya kena pergi atau pindah ke luar negara baru boleh buat duit dalam USD.

Zaman sekarang ni, dengan duduk dalam bilik di rumah pun, kita boleh menjana pendapatan dalam nilai USD. Dengan syarat, perlu ada akses internet.

Projek Waktu PKP - Jana Income Online

Memang ada banyak cari untuk menjual barang ke pasaran luar Malaysia ni. Antara yang popular ialah dengan menjual di ebay, jual di amazon, atau buat laman web e-commerce sendiri yang mensasarkan kepada pasaran antarabangsa!

Jual barang kat 'mat saleh' ni memang seronok. Sebabnya, kadar keuntungannya boleh jadi berganda-ganda. Bayangkan barang yang berharga USD20 pada mereka seperti beli barang berharga RM20 saja.. sedangkan, USD20 tu, bila tukarkan ke matawang RM, nilainya jadi RM80!

Klik Sini Belajar Buat Duit USD

Ada seorang penjual ni, namanya Tuan Herman (penulis RahsiaShopify.com) telah menjana pendapatan ratusan ribu ringgit seorang diri dengan hanya duduk di depan komputer di rumah beliau tanpa ada staf mahupun pejabat.

Cumanya, untuk menjana pendapatan dalam USD ini perlukan kemahiran serta modal yang agak besar. Namun, sekali lagi, dengan adanya panduan yang betul seperti ditunjukkan oleh Tuan Herman, in Sha Allah .. tiada yang mustahil.

Berani tak untuk mencuba?

3. Projek YouTube

Projek YouTube

Jika tak suka nak menjual barang, tetapi nak cari cara menjana pendapatan secara santai-santai ... ada ke?

Ya memang ada! Anda ada smartphone yang boleh rakam video kan?

Video yang anda rakam guna smartphone boleh menjana duit untuk anda. Apa perlu anda buat ialah menyediakan akaun Youtube anda sendiri. Senang dan mudah je nak setup akaun ni.

Bila dah ada saluran anda sendiri di Youtube tu, anda boleh upload video dan buat duit secara santai menerusi iklan-iklan yang muncul pada video.

Dah ramai rakyat Malaysia yang berjaya menjana pendapatan menerusi video santai-santai mereka di Youtube. Pendapatan pula dalam USD!

Projek Jana Income Menerusi Video

Saya sendiri dah pernah dapat duit USD menerusi saluran Youtube yang saya buat secara santai-santai. Lama dah, waktu tu memang suka-suka dan bila dah dapat duit USD menerusi video Youtube memang rasa syok sangat.

Tetapi, nak beritahu projek buat duit dengan video Youtube ni bukanlah hari ini upload video .. esok tu dah boleh dapat duitnya .. huhu

Ada syarat Youtube kena patuhi dan tak boleh dilanggar.

Dari pengalaman saya, kena letakkan banyak video terlebih dahulu dan menunggu sekitar 6 bulan atau lebih baru nampak hasil yang baik. Tapi kalau dah memang minat .. in Sha Allah, ia bukan satu perkara yang perlu dirisaukan.

Ada yang dah buat saluran Youtube, tetapi kurang dapat views ... namun, ada kaedah atau cara yang mampu menarik minat orang untuk tonton video ni.

Tuan Hafiz Mansor ada sediakan panduan dan tips untuk naikkan views ni, jika nak tahu boleh semak panduan yang beliau sediakan menerusi Rahsia Youtuber naikkan views video.

4. Projek Fotografi

Projek Fotografi

Ah ha! Selain rakam video guna smartphone dan upload video di Youtube...anda juga boleh dapat duit menerusi gambar yang anda ambil.

Anda ambil gambar banyak-banyak dan boleh jalankan projek foto.

Apa perlu anda buat ialah upload dan jual di halaman-halaman photo stock seperti Shutterstock, Gettyimage, Istockphoto dan sebagainya.

Anda boleh terima bayaran dari USD5 hingga USD25 untuk sesebuah gambar yang cantik dan mempunyai maksud atau keperluan tertentu.


Cuma, untuk buat projek ni, kena ada ilmu sikitlah.. bukan main upload sahaja sebarang gambar yang ada. Kena hasilkan gambar yang betul-betul berkualiti dan menarik.

Jadi, kena belajar cara ambil foto atau gambar dari mereka yang pakar. Ada ramai jurugambar profesional yang menyediakan kursus percuma untuk ambil gambar yang menarik.

Hurmmm .. kat aplikasi Tiktok dan di laman Youtube pun banyak tutorial cara nak ambil gambar yang berharga. Boleh belajar di sana secara percuma.

5. Projek Jiwa

Projek Jiwa

Dalam meneruskan kehidupan, kena ada jiwa yang kuat. Kita mesti ada semangat yang kuat untuk terus berusaha. Ada orang yang tidak kental jiwanya cepat tersungkur. Langsung segala projek yang dibuat, terbengkalai atau separa siap.

Dalam projek jiwa ini..kita gunakan tempoh lockdown ini untuk muhasabah diri dan perbaiki semula amalan kita.

Manalah tahu, dengan asbab kita berusaha memperbaiki amalan ibadah kita ini.. Allah akan permudahkan segala urusan dan melancarkan rezeki kita sepanjang waktu-waktu yang sukar ketika PKP 3.0 ini... in sya Allah...!

Dari pengalaman saya sendiri .. selepas menetapkan niat di awal Ramadan untuk berdamping dengan Al-Quran, alhamdulillah .. rezeki datang di saat yang tidak disangka, dari sumber yang tidak terfikir pun.

Jiwa pun lebih tenang. Tutur kata pun jadi lebih baik dan kurang menyakiti orang lain. Bila nak tulis status dan komen di media sosial pun .. saya berfikir banyak kali.. risau ia menjadi umpatan dan fitnah.

Jana Income Menerusi Shopee

Menerusi projek jiwa ini, mungkin kita boleh mulakan misi memperbaiki bacaan surah di dalam solat terutama surah Al-Fatihah. Kemudian, perbaiki atau menghafal pula ayat-ayat lazim Al-Quran.

Selepas itu, banyakkan baca atau hafal surah-surah pilihan.. seperti surah al-Mulk, surah Yassin, surah Ar-Rahman, 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Al-Kahfi atau surah lainnya.

Untuk lebih seronok, boleh ajak sekali pasangan serta anak-anak untuk menghafal Al-quran bersama-sama.

Banyakkan juga mendengar ceramah dan tazkirah agama. Lebihkan masa mendalami ilmu agama waktu pandemik ini. Ia sebenarnya memberikan perspektif baharu dari sudut Qada' dan Qadar serta hikmah di sebalik semua yang sedang berlaku ini.

Moga-moga dengan usaha tersebut, hidup kita menjadi lebih tenang menghadapi hari-hari yang sukar ini.. :)

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. good info.. xdelah stress memanjang kan kat umah bila sibuk dgn projek juta² selain buat report wfh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek kelima tu ramai yang kuran ambil perhatian .. tetapi sebenarnya ia adalah yang paling penting dalam menghadapi suasana sekarang

      Delete
  2. hihi, timm pkp ni nak buat projek menanam lah pulak, haha!

    ReplyDelete
  3. saya suka projek jiwa..

    inilah masa yang sesuai untuk kita bertenang dan beramal ibadat

    ReplyDelete
  4. Sedang buat dan usaha nak disiplinkan diri dengan projek no 5 tu. Tenang is good.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Rahsia Menjadi PEMILIK PRODUK JENAMA SENDIRI. Panduan Lengkap. Guna Kod "40DISKAUN" utk potongan 40%!KLIK SINI

Rahsia FB Post Viral 20 Ribu Share Dalam 5 hari! Ketahui Caranya Dengan Klik DI SINI

Advertisement