Info mengenai cukai taksiran tahun 2020. Untuk makluman semua, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa bagi pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan, anda kini sudah boleh mengemukakan borang e-BE bagi tahun taksiran 2020 menerusi laman web baharu mytax.hasil.gov.my.

Manakala sistem e-Filling boleh diisi dan dilengkapkan mulai 1 Mac 2021. Tarikh akhir untuk penghantaran e-BE (Individu yang tidak menjalankan perniagaan) atau e-Filling adalah pada 30 April 2021.

Senarai Pelepasan Cukai Taksiran (LHDN) Individu 2020

Senarai Pelepasan Cukai LHDN 2020

Bagi rakyat atau pemastautin Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan sebagai salah satu cara membantu kerajaan melaksanakan pelbagai agenda pembangunan. Malah, cukai pendapatan juga dikenakan kepada individu bukan pemastautin dengan kadar 30% (2020).


Mulai tahun 2015, individu yang perlu mengemukakan borang cukai pendapatan individu (tidak menjalankan perniagaan/e-Be) adalah mereka yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP). Jika anda pemastautin Malaysia yang memenuhi kriteria ini, maka disyorkan untuk membuat permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan yang boleh dilakukan di cawangan LHDNM yang berhampiran atau menerusi e-Daftar.

Individu yang bermastautin di Malaysia adalah dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Walaubagaimanapun, skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:

  1. Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
  2. Pembayar cukai individu hendaklah menghantar secara e-Filing
  3. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.
  4. Mengira cukai pendapatan.
  5. Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.
  6. Membayar cukai kena dibayar.

Pun begitu, setiap pembayar cukai juga layak untuk pelepasan cukai taksiran tertentu. Biasanya pelepasan cukai ini diumumkan pada setiap pembentangan Bajet Negara dan juga pada pengumuman berkaitan pakej ekonomi dan sebagainya.

Baiklah.

Rahsia Jimat Cukai Taksiran 2020

Untuk membolehkan anda yang ingin mengetahui jenis-jenis atau kategori pelepasan cukai untuk tahun taksiran 2020, boleh rujuk pada infografik di bawah ini, disediakan oleh pihak LHDNM.

Senarai Pelepasan Cukai Taksiran 2020

Bil.

Jenis Potongan Individu

Amaun (RM)

1

Individu dan saudara tanggungan

9,000

2

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

ATAU

Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

5,000 (Terhad)

ATAU

3,000 (Terhad)

3

Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)

6,000 (Terhad)

4

Individu kurang upaya

6,000

5

Yuran pengajian (Sendiri) :

  1. Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
  2. Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian

7,000 (Terhad)

6

Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)

6,000 (Terhad)

7
Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)

8

Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad 500)

9

Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

  1. Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
  2. Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
  3. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
  4. Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)

2,500
(Terhad)

10

Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan

(Pelepasan tambahan bagi perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020)

2,500
(Terhad)

11

Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)

1,000 (Terhad)

12

Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar

3,000 (Terhad)

13
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2020 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2020)
8,000 (Terhad)

14

Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri

4,000 (Terhad)

15

Suami / Isteri kurang upaya

3,500

16

Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun

2,000

17

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

2,000

18

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
  2. berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
  3. kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

8,000

19

Anak Kurang upaya

6,000

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. 8,000

20

Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

  1. Kategori penjawat awam berpencen
    • Premium insurans nyawa
  2. Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
    • Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
    • Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)

7,000 (Terhad)

21
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)

22

Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji

3,000 (Terhad)

23
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
250 (Terhad)
24

Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong

(Perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020)

Premis penginapan berdaftar boleh disemak dipautan : http://www.motac.gov.my/semakan/hotel-berdaftar

1,000

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Ia adalah cara jimat untuk pengurangan cukai taksiran khususnya untuk individu pemastautin yang tiada pendapatan perniagaan.

Anda juga boleh rujuk info berkaitan cukai taksiran ini menerusi pautan ini - https://mytax.hasil.gov.my/ (dwibahasa)

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bahaya main lhdn sekarang..silap isi terus penalti ribu ribu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement