Manakala sistem e-Filling boleh diisi dan dilengkapkan mulai 1 Mac 2021. Tarikh akhir untuk penghantaran e-BE (Individu yang tidak menjalankan perniagaan) atau e-Filling adalah pada 30 April 2021.
Senarai Pelepasan Cukai Taksiran (LHDN) Individu 2020
Bagi rakyat atau pemastautin Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan sebagai salah satu cara membantu kerajaan melaksanakan pelbagai agenda pembangunan. Malah, cukai pendapatan juga dikenakan kepada individu bukan pemastautin dengan kadar 30% (2020).
Mulai tahun 2015, individu yang perlu mengemukakan borang cukai pendapatan individu (tidak menjalankan perniagaan/e-Be) adalah mereka yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP). Jika anda pemastautin Malaysia yang memenuhi kriteria ini, maka disyorkan untuk membuat permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan yang boleh dilakukan di cawangan LHDNM yang berhampiran atau menerusi e-Daftar.
Individu yang bermastautin di Malaysia adalah dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Walaubagaimanapun, skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:
- Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
- Pembayar cukai individu hendaklah menghantar secara e-Filing
- Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.
- Mengira cukai pendapatan.
- Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.
- Membayar cukai kena dibayar.
Pun begitu, setiap pembayar cukai juga layak untuk pelepasan cukai taksiran tertentu. Biasanya pelepasan cukai ini diumumkan pada setiap pembentangan Bajet Negara dan juga pada pengumuman berkaitan pakej ekonomi dan sebagainya.
Baiklah.
Rahsia Jimat Cukai Taksiran 2020
Untuk membolehkan anda yang ingin mengetahui jenis-jenis atau kategori pelepasan cukai untuk tahun taksiran 2020, boleh rujuk pada infografik di bawah ini, disediakan oleh pihak LHDNM.Bil. | Jenis Potongan Individu | Amaun (RM) |
1 |
Individu dan saudara tanggungan |
9,000 |
2 |
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) ATAUIbu dan Bapa |
5,000
(Terhad) 3,000
(Terhad) |
3 |
Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) |
6,000 (Terhad) |
4 |
Individu kurang upaya |
6,000 |
5 |
Yuran pengajian (Sendiri) :
|
7,000 (Terhad) |
6 |
Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) | 6,000 (Terhad) |
7 |
Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri) | |
8 |
Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad 500) |
|
9 |
Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
| 2,500 |
10 |
Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan (Pelepasan tambahan bagi perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020) |
2,500 |
11 |
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) |
1,000 (Terhad) |
12 |
Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar |
3,000 (Terhad) |
13 |
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2020 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2020) | 8,000
(Terhad) |
14 |
Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri | 4,000 (Terhad) |
15 |
Suami / Isteri kurang upaya |
3,500 |
16 |
Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun | 2,000 |
17 |
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) |
2,000 |
18 |
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
|
8,000 |
19 |
Anak Kurang upaya |
6,000 |
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | 8,000 | |
20 |
Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
|
7,000 (Terhad) |
21 |
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. | 3,000
(Terhad) |
22 |
Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji |
3,000 (Terhad) |
23 |
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | 250 (Terhad) |
24 | Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong (Perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020) Premis penginapan berdaftar boleh disemak dipautan : http://www.motac.gov.my/semakan/hotel-berdaftar | 1,000 |
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Ia adalah cara jimat untuk pengurangan cukai taksiran khususnya untuk individu pemastautin yang tiada pendapatan perniagaan.
Anda juga boleh rujuk info berkaitan cukai taksiran ini menerusi pautan ini - https://mytax.hasil.gov.my/ (dwibahasa)
bahaya main lhdn sekarang..silap isi terus penalti ribu ribu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.