Tonton episod penuh drama Bougainvillea (episod 1 - 15) secara online. Jika anda merupakan peminat drama Bougainvillea, anda boleh menonton seluruh episod drama ini secara online menerusi laman web iQIYI secara percuma.

Drama ini ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda jam 10 malam dari Isnin hingga Khamis. Ia mula ditayangkan pada 28 Disember 2020.

Tonton Drama Bougainvillea Episod Penuh Secara Online

Tonton Online Drama Bougainvillea TV3

Drama 15 episod ini menampilkan pelakon seperti Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish dan juga Hanna Aqeela. Turut sama di dalam drama Bougainvillea ini ialah Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din serta Jasper Supayah.

Drama Bougainvillea 15 episod ini, amnya merupakan drama kisah kekeluargaan dan percintaan. Ia diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd.

Sinopsis Bougainvillea

Tonton Drama Bougainvillea Online Episod 1 - 15

Drama ini berkisar mengenai kisah keluarga Adrian dan Aryanna. Adrian adalah seorang arkitek muda yang berjaya dan Aryanna pula baru sahaja berhenti kerja dan menjadi surirumah. Mereka berdua mempunyai dua orang anak dan Aryanna mengandung anak ketiga.

Namun, perkahwinan dan keluarga bahagia mereka diuji apabila Aryanna mengalami kemalangan tragis dan berada di dalam koma.

Adrian telah mengupah Mimie yang juga seorang jururawat untuk menjaga isterinya di rumah.

Segalanya berubah apabila Mimie mula menyimpan perasaan pada Adrian dan berjanji untuk menjadikan Adrian sebagai miliknya.


Akhirnya Adrian dan Mimie terpaksa berkahwin apabila ditangkap dalam keadaan mencurigakan. Pun begitu, Adrian masih kuat menyanyangi isterinya, membuatkan Mimie melakukan banyak perkara untuk memastikan Adrian melupakan isterinya.

Aryanna akhirnya tersedar dari koma dan mendapati bahawa suaminya sudah berkahwin dengan Mimie. Apakah kesudahan kisah ini?

Tonton Online Episod Penuh Bougainvillea

Jom tonton episod penuh drama Bougainvillea ini menerusi laman web iQIYI (720p) secara online dan percuma. Anda boleh klik butang disediakan di bawah ini untuk tontonan episod penuh drama Bougainvillea.


Sedikit teaser untuk anda yang mungkin masih baharu mengetahui mengenai drama ini...



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post
Panduan Labur Saham
Ketahui Rahsia Menjadi PEMILIK PRODUK JENAMA SENDIRI. Panduan Lengkap. KLIK SINI


Terkesan PKP/Covid? Belajar Buat Duit USD Secara Online dengan AffiliateXUSD. Info Lanjut DI SINI