Drama ini diarahkan oleh saudara Pali Yahya dan diterbitkan oleh Suhan Movies and Trading. Manakala skrip cerita drama ini adalah idea penulis skrip Nieza Nahar. Selain dari Saharul Ridzwan (Fahad Iman), Nelydia (Amanda) dan Hannah Delisha (Amani), drama ini turut dibintangi oleh Raja Afiq (Ungku Mukhlis), Luqman Hafidz (Dr Izamel), Ezzaty Abdullah (Farhana), Haleeda (Puan Nazira), Dilla Ahmad (Ungku Nadrah) dan Iman Zulkarnain (Muiz) serta Arash Mohamad. Ia juga turut dijayakan oleh pelakon Zara Shelby (Danisha Dania) dan Alessandra Alyssa (Daniya).
Drama Cinta Sekali Lagi - Tonton Online Percuma Semua Episod
Drama ini kini menjadi antara drama yang trending kerana sudah tiba ke kemuncak plot yang menyaksikan sengketa antara dua beradik yang dilakonkan oleh Nelydia Senrose (Amanda) dan Hannah Delisha (Amani).
Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi
Amani adalah adik kepada Amanda, dan sentiasa tidak mahu 'kalah' dengan kakaknya. Kalau boleh dia mahu segalanya lebih baik dari kakaknya. Sengketa Amani pada kakaknya bermula apabila Amanda menyebabkan Amani ada parut kekal di tangan.
Amani ada keinginan untuk berkahwin dengan lelaki kaya dan hidup mewah serta glamour, walaupun masih lagi belajar. Beza dengan kakaknya Amanda yang suka terlibat dengan kerja-kerja kebajikan dan mengejar cita-cita.
Amanda kemudian dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad Iman, pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk merancang untuk berkahwin dengan Ungku Mukhlis, yang secara kebetulan adalah sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang.
Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.
Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.
Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.
Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah.
Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.
Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Malah menggunakan ilmu sihir untuk menundukkan Fahad agar sentiasa mengikut kehendaknya selain merasa benci kepada Amanda. Fahad dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Ibu Fahad juga telah diperdaya oleh Amani.
Akhirnya Fahad dan Amani bercerai, manakala Amani berjaya mendapatkan Fahad.
Apakah yang bakal berlaku seterusnya?
Tonton Episod Penuh Drama Cinta Sekali Lagi di iQIYI
- Cinta Sekali Lagi - Episod 1
- Cinta Sekali Lagi - Episod 2
- Cinta Sekali Lagi - Episod 3
- Cinta Sekali Lagi - Episod 4
- Cinta Sekali Lagi - Episod 5
- Cinta Sekali Lagi - Episod 6
- Cinta Sekali Lagi - Episod 7
- Cinta Sekali Lagi - Episod 8
- Cinta Sekali Lagi - Episod 9
- Cinta Sekali Lagi - Episod 10
- Cinta Sekali Lagi - Episod 11
- Cinta Sekali Lagi - Episod 12
- Cinta Sekali Lagi - Episod 13
- Cinta Sekali Lagi - Episod 14
- Cinta Sekali Lagi - Episod 15
- Cinta Sekali Lagi - Episod 16
- Cinta Sekali Lagi - Episod 17
- Cinta Sekali Lagi - Episod 18
- Cinta Sekali Lagi - Episod 19
- Cinta Sekali Lagi - Episod 20
Selamat menonton. Jangan lupa untuk kongsi dan like ya .. :)
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**