bisnes shopee
Ada yang terlepas menonton episod penuh drama komedi dan juga misteri - Sweet Dreams lakonan Mira Filzah, Ben Amir dan Sean Lee? Aha ... jangan risau. Anda kini boleh menonton kesemua episod drama Sweet Dreams ini secara online dan percuma.

Drama yang menarik ini adalah merupakan adaptasi dari novel Sweet Dreams karya Acik Lana. Drama yang disiarkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria ini sememangnya lain daripada yang lain, dan ia merupakan drama pertama Mira Filzah tanpa suara (bisu)!.

Tonton Online Full Episode Drama Sweet Dreams

Tonton Online Sweet Dreams

Drama Sweet Dreams ini merupakan drama arahan Michael Ang, diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Ia telah ditayangkan di Astro bermula 5 Ogos 2019 lalu. Drama ini menampilkan pelakon cantik Mira Filzah bersama Ben Amir dan juga Sean Lee.

Turut sama berlakon dalam drama ini ialah Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, dan Michael Ang.

Sinopsis Drama

Drama Sweet Dreams - Tonton Online Percuma



Puteri (Mira Filzah) seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Mungkin kerana dia bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang.

Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Drama Sweet Dreams Tonton Online Percuma

Qash Adam (Ben Amir) seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Qash Adam dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.


Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Tetapi, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Tonton Sweet Dreams Secara Online Percuma

Sweet Dreams - Tonton Online Episod Penuh

Ingin menonton kesemua episod penuh drama Sweet Dreams ini? Klik sahaja butang 'tonton online' di bawah ini.




Tontonan secara percuma drama penuh Sweet Dreams ini dibawakan oleh IQ.com.

OST Drama Sweet Dreams

Drama ini turut menampilkan lagu 'Ilusi' nyanyian IamNeeta sebagai lagu tema drama (ost) Sweet Dreams.


Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee

Free iPhone 12 Pro