Kampung People kembali lagi. Drama ini memasuki musim baharu dengan jalan cerita yang baharu serta beberapa pelakon utama yang baharu.

Kampung People musim ke-2 mula disiarkan pada 17 September menerusi slot Lestary TV3, jam 9:00 malam setiap Rabu sehingga Jumaat. Tagline baharu untuk Kampung People 2 'Absolutely Correction'.

Tonton Online Kampung People 2 - Absolutely Correction Eposid Penuh Terkini

Tonton Online KAMPUNG PEOPLE 2

Drama rantaian ini mengekalkan semua pelakon asal termasuklah Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Riena Diana, Hun Haqeem, Fizz Fairuz, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Nazeri Md Isa dan juga Shah Kimin serta Shahril Sarjen. Untuk musim kedua ini, drama Kampung People 2 turut menampilkan Adibah Noor, selain Kismah Johar dan Nam Ron.


Musim kedua Kampung People ini akan bersiaran sebanyak 13 episod. Ia diarah bersama Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Wan Alauddin Wan Zainuddin.

Sinopsis Kampung People 2


Untuk musim ini, Kampung People 2 memaparkan kehidupan keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Shuhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan. Namun, kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung.

Disebabkan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung. Demi memujuk isterinya Mona, Razif berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera.


Lalu berlakulah banyak insiden dan kejadian sepanjang kehidupan keluarga ini di kampung. Tambah meriuhkan apabila munculnya Madam Dona (Adibah Noor) yang merupakan ibu kepada Mona.

Tonton Secara Online Episod Penuh Terkini Drama Kampung People 2

Apakah kesudahan kisah Kampung People 2 ini?

Tonton Online Kampung People 2 Percuma

Jika anda tidak berkesempatan untuk menonton keseluruhan episod dan episod terkini Kampung People 2, anda boleh menontonnya secara online di laman web IQ. Ianya adalah secara percuma dengan resolusi 720HD.

Anda boleh tonton online Kampung People 2 secara percuma dengan klik butan di bawah ini:



Ramai yang sudah mula menonton drama rantaian ini dan berpendapat bahawa drama keluarga ini memang seronok ditonton, penuh dengan gelak tawa, apatah lagi dengan kemunculan Adibah Noor sebagai Madam Dona yang gemar membawang pasal anaknya di media sosial.

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle