Ryan Aralyn. Tonton episod penuh drama terbaru 2020 ini lakonan Zul Arifin dan Raysha Rizrose secara online di Youtube saluran Drama Sangat Official. Drama rantaian terbaru ini mula bersiaran pada 25 September 2020 menggantikan drama Pengantin Satu Malam di slot Akasia TV3.

Drama Ryan Aralyn diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Qaisworks Production Sdn Bhd.

Tonton Online Episod Penuh Terkini Drama Ryan Aralyn

Tonton Episod Penuh Terbaru Ryan Aralyn

Drama rantaian 25 episod ditayangkan di slot Akasia TV3 (Isnin hingga Jumaat, 7 malam) turut menampilkan pelakon Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Aishah Atan, Arash Mohd dan juga Ummar Dzariff.

Saya telah berkesempatan menonton drama ini pada episod terawal dan pada saya ia mampu menarik perhatian penonton untuk menyaksikan episod penuh drama ini. Selain tontonan menerusi slot Akasia TV3, drama lakonan Zul Arifin bergandingan dengan Raysha Rizrose boleh juga ditonton di Youtube dan juga laman web Tonton.my.

Sinopsis Ringkas Ryan Aralyn

Drama ini mengisahkan Ryan (Zul Ariffin) memegang tanggungjawab untuk menjaganya neneknya yang sakit dan juga anaknya Amir. Isterinya, Hanis (Fify Azmi) pula selalu merasakan nenek menyusahkan dan tidak puas hati bila nenek tinggal bersama mereka.

Hanis tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan selalu keluar malam untuk berhibur dan juga berjudi.

Sebenarnya Ryan merupakan Pak Sanggup kepada Hanis, menikahinya demi untuk menutup malu selain menjaga Amir. Malah, ketika Hanis menjadi isteri Ryan, dia juga melakukan keterlanjuran dengan lelaki yang lain.

Manakala buat Aralyn (Raysha Rizrose), kehidupannya adalah mewah dan dalam keterujaan untuk berkahwin dengan Zarul (Shah Iskandar) yang suka seorang playboy. Puan Nora iaitu ibu Aralyn tidak berkenan dengan Zarul yang akhirnya tahu perangai buruk sebenar Zarul yang disembunyikan dari pengetahuan Aralyn.

Pada suatu hari, satu kemalangan telah berlaku yang membabitkan keluarga Ryan dan juga Aralyn. Ryan telah kehilangan anaknya, Amir dan juga nenek. Hanis pula meminta cerai. Arayln pula telah lumpuh dan menyalahkan Ryan tanpa mengetahui siapakah Ryan sebenarnya. Zarul pula memutuskan hubungan dan membatalkan perkahwinannya bersama Aralyn.

Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Tonton Ryan Aralyn Secara Online Full Episod



Anda boleh tonton episod pertama hingga terkini drama Ryan Aralyn menerusi saluran Drama Sangat dan juga Tonton, boleh terus tonton secara online menerusi link disediakan di bawah:

Tonton Drama Ryan Aralyn Episod Terkini - Penuh





Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle