Siapa yang tak pernah merasa makan dan menikmati Ubi Kayu Rebus, saya fikir anda patut mencubanya walau sekali. Ubi Rebus pernah menjadi makanan ruji ketika pendudukan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu beras susah nak dapat, apatah lagi ia dicatu dan dikawal oleh pemerintah Jepun.

Ubi Kayu boleh dimasak dalam pelbagai cara. Yang paling mudah, pastinya dengan merebus. Ia mudah dan cepat. Sedap pun sedap.

Ubi Kayu Rebus Sedap Dicicah Gula atau Sambal Bilis

Menu Ubi Kayu Rebus

Saya kenal dengan menu ubi rebus ni sejak kecil lagi. Biasanya arwah opah akan memasaknya bila nampak ada pokok ubi yang dah nampak tua.

Selain pucuk ubi kayu yang direbus sedap dicicah dengan sambal belacan, ubinya juga jika direbus empuk sedap juga dimakan dan dicicah dengan sambal bilis mahupun gula. Ada tempat yang menikmati Ubi Kayu Rebus bersama ikan masin dan juga kelapa parut.


Itu cara paling mudah nak menikmati ubi kayu.

Selain direbus empuk, ubi kayu sedap dimasak menjadi Pengat Ubi, Lepat atau dibuat Kuih Bengkang atau Bingka.

Jika anda nak tahu, pokok ubi kayu bukan asalnya dari Asia tetapi sebenarnya dari Amerika Selatan. Ia juga dikenali dengan nama Ubi Benggala dan juga Ubi Belanda. Ia turut dikenali dengan pelbagai nama lain mengikut negara seperti Kappa di India, Singkong di Indonesia, Mushu di China dan Khoai Mi di Vietnam.

[Dah Baca?] Menu Untuk Isteri Pantang Bersalin

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi.

Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.

Bahan Utama Untuk Ajinomoto

Tahukah anda produk terkenal yang terhasil daripada bahan ubi kayu adalah perisa makanan Ajinomoto atau Monosodium Glutamat (MSG}?

Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.

Ubi Kayu Rebus

Kenikmatan makan Ubi Rebus lebih mengancam jika disekalikan dengan kopi o panas, apatah lagi bila menjamahnya waktu hujan ... sejuk-sejuk dapat makan ubi rebus panas dicicah gula atau kelapa parut memang terbaiklah ...

Jika anda merupakan generasi muda yang belum pernah merasa, cubalah dapatkan ubi kayu dan rebus sehingga empuk lalu nikmati sendiri keenakkannya. Umppph ianya manis berlemak ... dan berserat tinggi.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. antara favourite ammi gak ni.

    kalau ubi rebus pastu tumis indian style pun best gak..

    ReplyDelete
  2. Cicah dengan sambal tumis ikan bilis. Perghhh. Menangis woo masa makan. Teringat zaman kecik

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle