Filem KAMI adalah sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1982. Ia merupakan sebuah filem berbentuk cereka drama diterbitkan oleh Indra Filem Productions & Distributions Sdn. Bhd. Filem ini mula ditayangkan pada 17 Mei 1982.

Filem KAMI telah diarahkan oleh Patrick Yeoh dan dibintangi oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arsad. KAMI merupakan satu-satunya filem dibintangi Allahyarham Sudirman, yang dikenali rakyat Malaysia sebagai penghibur nombor satu negara satu ketika dahulu.

Tonton KAMI Secara Online, Satu-Satunya Filem Dilakonkan Allahyarham Sudirman

Tonton Online Filem KAMI

Filem KAMI mengisahkan kehidupan golongan tidak berumah (gelandangan) dan miskin di Kuala Lumpur. Ia berkisar kepada kehidupan dan perjalanan hidup dua orang sahabat baik, iaitu Tookoo (Sudirman) dan Din (Zul Zamrin).

Mereka berdua lari dari rumah dengan tujuan untuk mencari kebebasan dan rezeki di bandaraya Kuala Lumpur.

Tonton Secara Online Filem KAMI - Sudirman

Tooko menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi terkenal manakala Din pula cuba mencari ibu kandungnya. Masing-masing tidak menerima pendidikan yang tinggi malah Tooko hanya belajar setakat darjah enam manakala Din pula buta huruf.

Filem ini menyanyat hati dan mampu membuatkan penonton merasa sebak dan sayu.

Secara peribadi, saya suka dan telah beberapa kali menonton filem ini. Filem ini ada jiwanya sendiri dan ia mampu mengusik emosi. Apatah lagi ia membawakan kisah kehidupan yang sudah sukar untuk ditonton di zaman kini.



Banyak perkara yang disampaikan di dalam filem ini yang boleh dijadikan sebagai pedoman dan panduan selain menyedarkan kita bahawa sehingga sekarang, di tengah megahnya bangunan pencakar langit, ada insan-insan seperti Tookoo dan Din.

Selain Sudirman dan Zul Zamrin, filem ini turut dilakonkan oleh Allahyarham Osman Zailani, Allahyarham Ibrahim Din, Ho Kwee Leng dan ramai lagi. Pelakon yang dibarisi pelbagai lapisan masyarakat ini, pada saya menggambarkan Malaysia yang sebenar.

Fakta Menarik Filem KAMI

Walaupun filem ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan ketika ditayangkan namun ia telah menjadikan Zul Zamrin sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Pesta Filem Malaysia Ketiga.

Ia juga mencatatkan sejarah sebagai filem Melayu pertama ditayangkan di Pawagam Federal yang ketika itu hanya menayangkan filem-filem dari luar negara.

Filem ini adalah satu-satunya filem (pertama dan terakhir) dilakonkan oleh dua watak utama filem ini iaitu Allahyarham Sudirman dan Zul Zamrin

Buat generasi sekarang dan mungkin anda yang mahu kembali mengimbau kenangan lama, bolehlah tonton filem KAMI ini secara online di iQYI. Anda boleh tonton filem ini dengan paparan HD 720.

Klik Sini Untuk Tonton Filem KAMI

 Selamat menonton.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle