>
bisnes shopee

Drama Pengantin Satu Malam (P1M) kini menjadi antara drama rantaian terbaru di slot Akasia TV3. Ia telah menarik minat ramai penonton kerana tajuknya yang agak unik dan memberikan seribu tanda tanya.

Drama ini membariskan pelakon-pelakon seperti Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, dan juga Afifah Nasir. Turut membintangi drama Pengantin Satu Malam ini adalah Farisha Irwayu, Edika Yusof, Norish Karman, Mustapha Kamal, Susan Menon, Sharifah Shahora dan juga Aleeza Kassim.

Tonton Drama Pengantin Satu Malam Episod Penuh Terkini Secara Online

Tonton Online Full Episod Pengantin Satu Malam

Buat mereka yang baru mengikuti drama Pengantin Satu Malam, ia mengisahkan tentang Zulaikha (Amelia) yang memerlukan wang untuk pembedahan ibunya.

Demi ibunya, dia meminta bantuan daripada bosnya bernama Zahred. Zahred bersetuju untuk menolong Zulaikha dengan satu syarat, iaitu Zulaikha harus menjadi "isterinya" untuk satu malam.

Tetapi, Zahred memungkiri janji tersebut dan tidak mahu menceraikan Zulaikha seperti dipersetujui. Malah, Zulaikha telah 'diseksa' oleh Zahred sehingga membawa trauma kepada Zulaikha.

Kerana kejadian tersebut, Zulaikha membenci bossnya. Tetapi, berbeza dengan Zahred yang akhirnya merasa sayang kepada Zulaikha, walaupun pada awalnya dia bersikap skeptikal dengan perawatakan Zulaikha yang pada tanggapannya adalah seorang perempuan murahan sepertimana teman wanitanya sebelum ini.

Apakah kesudahan drama Pengantin Satu Malam ini, yang merupakan sebuah drama adaptasi novel karya Sophilea?

Drama Pengantin Satu Malam

Drama 28 episod ini diterbitkan oleh A10 Alliance Sdn Bhd dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini.

Tonton Online Secara Percuma Drama Pengantin Satu Malam

Episod Penuh Pengantin Satu Malam Tonton Online

Buat mereka yang tidak berpeluang untuk menonton episod-episod drama Pengantin Satu Malam di kaca tv, anda boleh menontonnya secara online menerusi iQ.com atau iQIYI app mulai 18 Ogos 2020.

Kesemua episod drama ini boleh ditonton online secara percuma daripada episod pertama hinggalah ke episod terakhir. #PengantinSatuMalam

Untuk terus menonton episod penuh dan terkini drama Pengantin Satu Malam ini, boleh klik butang disediakan di bawah ini:

Tonton Full Episode Drama Pengantin Satu Malam

Selamat menonton ya. Jangan lupa untuk kongsi dengan rakan anda yang mungkin meminati drama Melayu dan tidak berkelapangan untuk menonton drama ini di slot Akasia TV3. 

p.s: Jika anda menggunakan smartphone, anda akan automatik diminta untuk gunakan apps iQIYI dan daftar secara percuma. Jika menerusi web (komputer) .. anda boleh terus menontonya tanpa perlu sebarang pendaftaran.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee

Klik Sini Untuk Tahu Caranya