Dalam keadaan ekonomi sekarang, antara bisnes yang kembali mendapat perhatian ialah bisnes menjual baju bundle. Bisnes ini boleh dikatakan antara bisnes yang mampu bertahan jika mengikut strategi yang betul. Ramai je yang berjaya dalam bisnes ini walaupun asalnya bermula dengan modal rendah dan secara kecil-kecilan.

Baju bundle ada peminatnya tersendiri. Malah, ada yang menjadikan baju bundle sebagai satu koleksi 'mewah' kerana ada di antara sukar didapati dan mempunyai nilai sentimental.

Bisnes Bundle, Perniagaan Untung Besar dengan Modal Rendah

Cara Nak Buat Bisnes Baju Bundle
Seingat saya, baju bundle ni dah wujud sejak saya di bangku sekolah lagi, iaitu lebih 10 tahun dahulu dah ada. Waktu sekolah menengah dulu, kerap juga saya beli baju bundle. Antara baju kegemaran waktu tu, kemeja kotak-kotak, baju sejuk dan juga seluar jeans.

Harga memang murahlah. Yelah, masa sekolah menengah kot .. mana ada duit sangat. Jadi boleh bayangkan la kalau masa sekolah, tak ada kerja, boleh beli baju sendiri.

Minat tu sampai sekarang ada, cuma bezanya ... saya dah jarang beli baju bundle untuk diri sendiri, tetapi lebih kepada anak-anak. Kadangkala, bukan setakat baju bundle, tetapi juga barangan lain seperti topi, selimut dan alas meja.

Ketika keluarga saya bercadang bercuti ke Medan, Indonesia .. kami semua dapatkan baju sejuk dan jaket beli dari kedai bundle sahaja. Kualiti memang terbaiklah kerana baju bundle ni bukannya baju terbuang ya. Ia baju yang terpilih yang telah disisih dengan teliti.


Sejak saya kenal dengan bisnes baju bundle ini, saya dapati ianya dah banyak berubah. Jika dulu, tak banyak kedai dan tempat boleh mendapatkan baju bundle berkualiti, tetapi sekarang dah banyak yang ada. Kadang kat pasar malam pun ada yang menjual baju bundle yang berkualiti terbaik dengan harga yang berpatutan.

Syarikat jual baju bundle pun banyak yang dah wujud. Ada yang menjual baju bundle dari Jepun, dari Korea, dari Amerika, dan dari Thailand. Kualiti memang tip top la. Harga pula jauh lebih murah daripada harga asal.

Jadi, apa yang nak saya katakan ialah, bisnes ini mampu bertahan walaupun pada pandangan mata ia seperti perniagaan menjual barang lusuh walhal tanggapan itu salah dan kurang tepat. Samada anda sedar atau tidak, produk dijual sebagai baju atau seluar bundle ini adalah datang dari barangan berjenama dan popular.

Bisnes Jual Bundle - Modal Rendah

Bisnes ini mampu bertahan kerana beberapa sebab:

  • Ada permintaan dan peminat baju bundle
  • Senang nak jual kerana produk memang dicari
  • Boleh dijual dari rumah
  • Peminatnya dari pelbagai lapisan dan kategori
  • Ia menepati fesyen semasa
  • Ia adalah bisnes bermodal rendah
  • Ia boleh memberikan keuntungan yang besar


Bisnes menjual baju atau pakaian bundle adalah bisnes yang boleh mendatangkan keuntungan yang besar dan lumayan kerana modalnya adalah rendah. Ia juga adalah bisnes yang boleh bermula dengan cepat dan boleh dilakukan hanya di rumah dengan teknologi sekarang - secara online.

[Dah Baca?] Tips Untuk Menjalankan Bisnes Bundle

Jika anda lihat peniaga menjual baju dan pakaian bundle, nampak macam teruk je tetapi sebenarnya peniaga-peniaga ini buat untung yang banyak dengan menjual baju bundle, terutama jenis yang sukar dicari di tempat lain atau hanya ada dijual di luar negara.

Tahukah anda, kos baju sehelai dalam bisnes baju bundle ini boleh jatuh harga antara 50sen sampai RM3.50. Ia kemudiannya dijual antara RM5 sampai RM50.

Kalau baju tersebut merupakan baju atau pakaian yang limited edition, ianya boleh dijual mencecah ratusan ringgit malah ada yang mencarinya sanggup membayar sehingga ribuan ringgit jika tahu nilai di sebalik jenis, jenama yang dijual.

Tak percaya boleh baca sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/497215/t-shirt-bundle-rm1000

Okeh.

Ada tak yang berminat nak belajar cara menjalankan bisnes bundle ini? Jika nak tahu bagaimana nak memulakan bisnes yang bermodal rendah ini dan mula menjana keuntungan lumayan dengan bisnes bundle, bolehlah belajar dan dapatkan ilmu Bisnes Baju Bundle dengan klik butang di bawah ini:


Kenapa bisnes ini sangat sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang, khususnya buat mereka yang masih mencari peluang untuk menjana pendapatan, samada secara sampingan atau melakukan sepenuh masa?

  • Orang tidak kisah berbelanja atau berkira-kira untuk membeli
  • Baju original dan berkualiti tinggi
  • Mempunyai pengikut pakaian bundle sedia ada
  • Kos modal yang sangat minimum
  • Keuntungan berlipat kali ganda
  • Menjadi pilihan orang tempatan dan warga asing
  • Semua pakaian boleh dijual termasuk buruk dan rosak


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement