Saya fikir ramai yang meminati drama rantaian '7 Hari Mencintaiku 2' yang kini sudah menghampiri episod akhir. Drama ini yang ditayangkan menerusi slot Aqasia bermula jam 7 malam mempunyai 33 episod.

Untuk makluman, sebelum ini, drama 7 Hari Mencintaiku 2 boleh ditonton secara online menerusi laman YouTube. Ini telah menarik jutaan peminat drama ini yang menampilkan Siti Saleha sebagai Mia Adriana, Shukri Yahaya sebagai Khuzairi, Wan Sharmila sebagai Sofi Emilia, Syazwan Zulkifly sebagai Helmi dan ramai lagi.

Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online - Episod Penuh

Tonton Episod Penuh 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online

 Jika anda merupakan peminat drama ini sejak 7 Hari Mencintaiku, tentu perasan beberapa penukaran pelakon utama drama ini. Watak yang kini dipegang oleh pelakon 'baharu' untuk 7 Hari Mencintaiku 2 adalah watak Pak Samad (Kazar) dan Puan Hayati (Jasmeen).

Kini, pihak TV3 tidak lagi memuat-naik drama tersebut di laman YouTube membuatkan ramai peminat drama ini merasa kecewa terutama mereka yang tidak dapat pulang sebelum jam 7 malam bagi menonton drama ini.

Setakat ini, drama ini telah ditayangkan hingga 26 episod (6 Ogos 2020) dengan jumlah tayangan adalah sebanyak 33 episod. Setiap kali ditayangkan, pasti mendapat sambutan yang hangat daripada penonton sehingga trending di media-media sosial termask twitter.

Cara Untuk Tonton Episod Penuh 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online

onton Episod Penuh 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online

Memandangkan ramai yang ingin menonton drama ini secara online, anda boleh menontonnya secara percuma menerusi laman web IQIYI.

Untuk menonton kesemua episod penuh drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini, boleh klik butang disediakan di bawah ini:

Tonton Episode Penuh 7 Hari Mencintaiku 2

Okeh? Jika anda merupakan followers drama ini, bolehlah komen mengenai perjalanan dan sinopsis drama ini yang pada saya telah membuatkan ramai keluh kesah, geram, gelisah, menyampah dan pelbagai lagi reaksi.

Iyelah, watak-watak antagonis di dalam drama ini cukup memualkan .. ye tak? Apatah lagi sana sini ada sahaja drama ... uhh tak habis-habis sehinggakan ada yang memberikan tajuk 7 Hari Memarahiku 2.

Saya kongsikan cara nak tonton drama ini secara online kerana waktu tayangannya yang agak tidak sesuai sehinggakan ramai peminat drama ini yang tidak boleh menonton drama ini. Bila ada alternatif seperti disediakan oleh IQIYI ini, bolehlah tengok drama ini dari awal.

Anda boleh tonton drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini samada menerusi telefon mahupun komputer anda, boleh juga tonton di tv dengan menggunakan Smart TV.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. ramai peminat drama ni tapi kita tak tengok.heheh..tengok iklan pendek2 je

    ReplyDelete
  2. Tak nyempat nak tgk dah citer ni semua..hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha .. tu sebab letak cara alternatif nak tgk .. yang mana minat nak tgk tapi ketinggalan... leh la refer post ni ... huhuhu

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Bisnes Bundle